Muzium Perak | Jabatan Muzium Malaysia

Source: http://www.jmm.gov.my/ms/museum/muzium-perak

Archived: 2026-04-23 15:35

Muzium Perak | Jabatan Muzium Malaysia
Warna
| Saiz teks
Bahasa Melayu
English
Lain-lain Bahasa
23 April 2026 - 11:37 pm
Jabatan Muzium Malaysia |
☰ Main Menu
Utama
Mengenai JMM
Mengenai JMM
Carta Organisasi
Dasar & Perundangan
Ketua Pengarah JMM
Ketua Pegawai Digital
Lagu Rasmi
Perkhidmatan Teras
Koleksi
Konservasi
Penyelidikan
Pameran
Perkhidmatan Lain
Perkhidmatan Dalam Talian
Internet
Museum Research Application (MUSRA)
WebOPAC JMM
Permohonan Lawatan Berkumpulan ke Muzium Negara
Permohonan Lawatan Berpandu Muzium Tesktil Negara
e-Penyertaan
Intranet
Webmail JMM
Sistem Tempahan Bilik Mesyuarat JMM
Sistem Pemantauan Kontrak
Pengurusan Aset
Sistem Latihan JMM
Intranet JMM
Hubungi Kami
Direktori Pegawai
Direktori Muzium
Maklum Balas
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME
Muzium Perak
Anda di sini
Anda di sini
Home
Brosur
Latar Belakang
Muzium Perak, Taiping dibina pada tahun 1883 dan merupakan muzium yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Bangunan Muzium Perak mempunyai keunikan dari segi seni bina yang mempunyai pengaruh bangunan masyarakat ‘moor’ di India yang digabungkan dengan seni bina ‘neo-classical’ dan ‘victorian’ masyarakat Eropah. Ia direka bentuk oleh arkitek berbangsa Inggeris dari England. Idea penubuhan Muzium Perak  dicetuskan oleh Sir Hugh Low, Residen British Ketiga di negeri Perak ketika itu. Beliau merasakan perlunya ditubuhkan sebuah muzium di Tanah Melayu untuk dijadikan sebagai sebuah pusat penyelidikan dan pengumpulan bahan sejarah, budaya dan alam semulajadi Negara. Tujuannya adalah untuk mengkaji budaya material masyarakat tempatan sebagai salah satu usaha memahami cara hidup budaya setempat. Beliau telah melantik Leonard Wray Jr., seorang ahli botani dan geologi untuk mengumpulkan spesimen-spesimen alam semulajadi dan etnologi sebagai koleksi awal Muzium Perak.
Muzium Perak yang kaya dengan bahan koleksi etnologi, sejarah, alam semulajadi, arkeologi dan etamobologi yang sebahagiannya diklasfikasikan sebagai koleksi nadir (rare) berusia lebih seratus tahun seperti spesimen binatang jenis binturong dan pulasan, tengkorak dan  rangka binatang serta tembikar  tanah yang kini hampir pupus atau sukar ditemui.
Pelan Reka Bentuk
Direkabentuk oleh arkitek berbangsa Inggeris yang didatangkan khas dari England. Beliau mengaplikasi gaya dan ciri-ciri bangunan masyarakat ‘moor’ di India serta mengabungkan gaya klasik seni bina neo-classical dan Victorian masyarakat Eropah. Reka bentuk bangunan agak unik, sekiranya dilihat dari udara kelihatan seperti huruf ‘L’ dan diandaikan mengambil sempena nama kurator pertama Muzium Perak iaitu Leonard Wray Junior.
Bahan Binaan
Bahan-bahan binaan terdiri daripada batu bata yang diimport dari India dan batu bata tempatan yang diperbuat di Selama, Perak. Menggunakan kulit kerang yang dihancurkan halus, putih telur ‘lime tar’ sebagai bahan asas simen. Manakala ketulan batu granit yang ditempa khas digunakan dibahagian tangga, bingkai tingkap dan bahagian-bahagian tapak serta dasar bangunan. Struktur pintu, lantai, tingkap, gelegar adalah dari  kayu tropika tempatan yang berkualiti tinggi seperti cengal batu, meranti dan merbau.
Objektif
Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan memelihara warisan sejarah,budaya dan alam semula jadi negara.
Menyebarkan ilmu pengetahuan melalui aktiviti pameran tetap, pameran sementara dan pameran bergerak.
Mengadakan ‘out-reach’ dan ‘in-reach’ program bagi menwujudkan hubungan dua hala dengan masyarakat.
Menjadi pusat rujukan penyelidikan warisan sejarah, budaya dan alam semula jadi negara.
Menjadi pusat ‘One Stop Centre’ yang menyediakan semua keperluan dan keselesaan pelawat.
Menjadi pusat pelancongan warisan terkenal di Malaysia.
Misi
Menjadi  ‘One Stop Centre’ yang menyediakan semua keperluan permuziuman, warisan dan budaya  di samping memberi hiburan dan keselesaan untuk semua lapisan masyarakat.
Visi
Sebagai destinasi pusat pelancongan warisan terkenal di Malaysia.
Pencetus inspirasi kepada masyarakat untuk mengkaji dan berkongsi informasi kepelbagaian budaya, warisan dan fauna.
Pameran Terkini
Muzium Perak mempunyai empat buah galeri dan pameran luar:
1. Galeri A - Galeri Pameran Sementara
2. Galeri B - Galeri Alam Semula Jadi
3. Galeri C - Galeri Pameran Kebudayaan
4. Galeri D -  Galeri Orang Asli dan Tembikar
5. Pameran Luar
Galeri A -
Pameran Terkini
Pameran 135 Tahun Perak
Pameran 135 Tahun Muzium Perak diadakan bermula pada 31 Oktober 2018 hingga 31 Julai 2019 bertempat di Galeri A, Muzium Perak. Sebanyak  135 artifak terpilih dan menarik  dipamerkan seperti “Replika Patung Avalokitesvara” yang  ditemui di sebuah lombong bijih timah Bidor, Perak pada tahun 1936, “Tengkorak Kepala Gajah” yang menyerang keretapi di Teluk Intan, Perak,  pada tahun 1894. Turut dipamerkan adalah Pingat Anugerah Permaisuri Negara Komanwel, mangga dan anak kunci peti pameran terawal yang diimport dari England, peralatan pejabat yang digunakan pada awal penubuhan Muzium Perak, kamera dan peralatan memproses gambar dan banyak lagi.
Galeri B - Galeri Alam Semula Jadi
Pameran di galeri ini menonjolkan pelbagai koleksi spesimen rangka seperti  gajah, ular sawa, harimau, buaya, beruang, kuda, kambing gurun dan sebagainya. Spesimen haiwan dipamerkan dalam bentuk diorama yang menarik iaitu berlatar belakangkan habitat. Sebanyak 242 koleksi spesimen dipamerkan dalam galeri ini termasuk koleksi burung, ikan dan hidupan laut. Spesimen binatang seperti binturong dan pulasan yang dipamerkan kini hampir pupus atau sukar ditemui. Salah satu tarikan utama dalam galeri ini ialah rangka tulang buaya tembaga dan rangka ular sawa yang terpanjang di Asia.
Galeri C - Pameran Kebudayaan
Galeri ini memperagakan koleksi artifak dari pelbagai aktiviti pertukangan tembaga, perak, cutam, tekatan, anyaman, busana Melayu Perak dan sebagainya. Selain itu, pameran permainan tradisional seperti congkak, wau, gasing, sepak raga dan juga pameran perkahwinan dan perayaan masyarakat Melayu, Cina dan India.Terdapat juga segmen diorama pertukangan logam secara tradisional. Salah satu tarikan utama dalam galeri ini ialah artifak cutam yang merupakan campuran logam emas dengan perak dan juga seni tekatan.
Galeri D - Galeri Pameran Masyarakat Orang Asli dan Pelbagai Koleksi Tembikar (D)
Galeri ini dibahagikan kepada dua bahagian yang mempamerkan koleksi sosio budaya masyarakat Orang Asli dan koleksi pelbagai tembikar dari seluruh Malaysia. Bahagian masyarakat Orang Asli  menonjolkan pelbagai koleksi artifak unik seperti sumpit, jerat, topeng, ukiran kayu, kraf dan lain-lain.Manakala bahagian tembikar menonjolkan pelbagai koleksi seperti labu, terenang, pasu kechor dan sebagainya. Salah satu tarikan utama dalam pameran ini ialah koleksi artifak labu air dan ukiran kayu masyarakat Orang Asli.
PAMERAN LUAR
Terdiri daripada pelbagai koleksi khazanah warisan negara seperti Pesawat F-86 Avon Sabre milik TUDM, Kereta Kuda , Koc Keretapi , Dandang Jana Kuasa Stim, Meriam Long Jaafar, Perahu Sagor, Kereta Antik “Rolls Royce”  dan sebagainya.
Penyelidikan & Koleksi
Penyelidikan & Pengumpulan Maklumat  Sejarah Muzium Perak bermula pada 1883 hingga 2018, untuk terbitan buku 135 tahun Muzium Perak – (2018)
Penyelidikan & Pengumpulan Maklumat  Sejarah Muzium Perak (2013)
Koleksi Buku/ Jurnal Terpilih di Perpustakaan
Twentieth Century Impressionn Of British Malaya 1908
Bulletin Of The Raffles Museum
Perak Gazettle

Dibuka
setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Ditutup
pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Pertama Aidil Adha
Bayaran Masuk
Jenis Pelawat
Kadar
Warganegara
RM 2.00
Warga Tua dan Orang Kelainan Upaya (OKU)
RM 1.00
Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah (
warganegara
)
Percuma
Pelajar Sekolah Menengah berpakaian Seragam (
warganegara
)
Percuma
Pelajar Sekolah Menengah tidak berpakaian Seragam (
warganegara
)
RM 2.00
Ahli International Council of Museums (ICOM)
Percuma
Bukan Warganegara
RM 5.00
Kanak-kanak berumur (6 tahun hingga 12 tahun) (
bukan warganegara
)
RM 2.00
Kanak-kanak berumur kurang daripada 6 tahun (
bukan warganegara
)
Percuma
Kemudahan Yang Disediakan
Taman Permainan Kanak-Kanak (out-door), Sudut Permainan Kanak-Kanak (in-door ‘Kids Corner’) Surau, Tempat Letak Kereta, Tandas Awam, Kerusi Roda, ‘Wifi Free Zone’, dan Kedai Cenderamata.
Perpustakaan Khas
Perpustakaan Muzium Perak merupakan antara perpustakaan yang  terawal di Tanah Melayu. Semasa pembinaan bangunan Muzium Perak, kurator pertama iaitu  Leonard Wray Jr. telah menyediakan satu ruang khas dalam bangunan sebagai perpustakaan. Oleh itu, perpustakaan ini adalah seusia dengan bangunan Muzium Perak yang siap dibina pada tahun 1886.
Selain daripada menjadi tempat rujukan dan mencari maklumat, Perpustakaan Muzium Perak juga menyediakan perkhidmatan seperti:
Perkhidmatan fotokopi
Penjualan bahan - bahan terbitan Jabatan Muzium Malaysia ( buku, jurnal, vcd dan dvd )
Sudut bacaan ringan
Waktu Operasi Perpustakaan
Isnin hingga Khamis : 8.00 pagi - 5.00 petang
Jumaat : 8.00 pagi - 12.15 tengahari; 12.15 tengahari - 2.45 petang (ditutup); 2.45 petang - 5.00 petang
Tutup : Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am / Cuti Umum
Aktiviti Muzium
Lawatan Berpandu
Lawatan berpandu diadakan berdasarkan permohonan yang dikendalikan oleh kakitangan Muzium Perak.
Sila hubungi 05-807 2057  (Isnin-Jumaat, 8.00pagi-5.00ptg) untuk sebarang pertanyaan atau emel kepada
pr.mp@jmm.gov.my
Kemudahan Penginapan
Legend Inn Hotel
No. 2, Jalan Long Jaafar,
34000 Taiping, Perak
05-806 0000 (T)
http://www.legendinn.com
SSL Traders
No.43, Jln Medan Perwira Satu,
Medan Perwira,
34600 Kamunting, Perak
05-808 0000 (T)
http://www.ssltradershotel.com/
Panorama Hotel
No. 61-79, Jalan Kota,
34000 Taiping, Perak
05-808 4111 (T)
http://www.panoramataiping.com/
Hotel Seri Malaysia
No. 4, Jalan Sultan Mansor
34000 Taiping, Perak
05-806 9502 (T)
http://www.serimalaysia.com.my
Flemington Hotel
No.1, Jalan Samanea Saman,
Taman Tasik Taiping,
34000 Taiping, Perak
05-820 7777 (T)
Hotel Taiping Perdana
No. 1, Lorong Koperasi 1,
Medan Koperasi,
34000 Taiping, Perak
05-808 2011 (T)
http://www.taipingperdana.com.my
Kamalodge Cafe & Resort
No. 7, Jalan Bukit Larut,
34000 Taiping, Perak
05-806 1777 (T)
Sentosa Villa
Jalan 8, Taman Sentosa,
34000 Taiping, Perak
05-805 1000 (T)
The Regency Hotel Seri  Warisan
No. 2453, Jalan Convent,
34000 Taiping, Perak
05-805 2312 (T)
https://www.theregency.com.my
Hotel Vistana Micassa
No. 18 & 20, Jalan Taming Sari,
34000 Taiping, Perak
05-809 1188 (T)
Hotel Fuliyean
No. 14, Jalan Berek,
34000 Taiping, Perak
05-806 8648 (T)
http://www.hotelfurama.com.my/
Novotel Taiping
No 1 Jalan Tupai,
34000 Taiping, Perak
05-8208288 (T)
Tune Hotel
No. 67, Taiping Centre Point, Susur Laru
34000 Taiping, Perak
05-8208288 (T)
Grand Boron Hotel
No. 8, PT 786
,
Jalan Bukit Larut
34000 Taiping, Perak
05-807 9222 (T)
Tempat Menarik Berhampiran
Zoo Taiping & Night Safari
Taman Tasik Taiping
Bukit Larut ( Maxwell Hill)
Taiping Equine Park
Burmese Pool Taiping
Spritzer Ecopark
ATV Adventure Park Larut
Air Terjun Pecah Batu
Taiping War Cemetery Memorial
Peta Lokasi
Koordinat (GPS) 4.8606°
N, 100.7450° E
Address:
Muzium Perak
Jalan Taming Sari,
Taiping, 34000 Perak
Tel:
05-807 2057
Fax:
05-806 3643
Email:
info@jmm.gov.my
Facebook:
https://www.facebook.com/muziumperak
128446 bacaan
Hubungi Kami
Jabatan Muzium Malaysia,
Jalan Damansara
50566, Kuala Lumpur.
Tel : (+603) 2267-1000
Faks : (+603) 2284-9103
Emel - pr [at] jmm.gov.my
Laman ini telah diuji dan sesuai untuk semua jenis perisian pelayar dengan skrin resolusi 1024x768.
Statistik
Jumlah hit:
4,070,428
Jumlah pengunjung:
1,436,818
Hit minggu ini:
1,111
Hit bulan ini:
4,445
Hit minggu lepas:
1,986
Hit bulan lepas:
3,874
Semenjak:
22 Mar 2014
Media Sosial
Waktu Operasi Muzium
Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha
Info Lanjut
Chief Information Officer (CIO)
Kemas kini terakhir: 23 April 2026 - 4:18pm
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources