Muzium Kota Kuala Kedah | Jabatan Muzium Malaysia

Source: http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-kota-kuala-kedah

Archived: 2026-04-23 15:39

Muzium Kota Kuala Kedah | Jabatan Muzium Malaysia
Warna
| Saiz teks
Bahasa Melayu
English
Lain-lain Bahasa
23 April 2026 - 11:41 pm
Jabatan Muzium Malaysia |
☰ Main Menu
Utama
Mengenai JMM
Mengenai JMM
Carta Organisasi
Dasar & Perundangan
Ketua Pengarah JMM
Ketua Pegawai Digital
Lagu Rasmi
Perkhidmatan Teras
Koleksi
Konservasi
Penyelidikan
Pameran
Perkhidmatan Lain
Perkhidmatan Dalam Talian
Internet
Museum Research Application (MUSRA)
WebOPAC JMM
Permohonan Lawatan Berkumpulan ke Muzium Negara
Permohonan Lawatan Berpandu Muzium Tesktil Negara
e-Penyertaan
Intranet
Webmail JMM
Sistem Tempahan Bilik Mesyuarat JMM
Sistem Pemantauan Kontrak
Pengurusan Aset
Sistem Latihan JMM
Intranet JMM
Hubungi Kami
Direktori Pegawai
Direktori Muzium
Maklum Balas
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME
Muzium Kota Kuala Kedah
Anda di sini
Anda di sini
Home
Brosur
Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang terletak di tebing utara muara sungai Kedah. Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar. Sejarah Ringkas Kota yang dibina dalam tahun 1771 semasa zaman pemerintahan sultan Muhammad Jiwa ini siap pembinaanya dalam tahun 1780. Reka bentuk kota ini telah dilukis oleh Hafiz Sab yang ketika itu menjawat jawatan Dato' Maharaja Kadhi. Manakala tukang-tukang mahirnya dibawa darpada India. Sebuah pintu gerbang telah dibina di bahagian tembok timur menghadap ke Alor Melaka dikenali dengan nama "Pintu Gerbang Kadapuri". Kota ini juga pernah diserang oleh Bugis, Acheh dan Siam. Dalam tahun 1909 apabila Kedah dengan rasminya diletak di bawah penguasaan British beberapa buah pejabat kerajaan telah dibina di dalam kawasan kota ini, termasuklah rumah api. Sebuah pintu gerbang baru telah dibina yng wujud hingga ke hari ini. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Kota ini dijadikan markas tenteranya sehinggalah kekalahan mereka kepada British dalam tahun 1945. Pada 31 Ogos 1978 kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) sebagai "Tapak Tanah Bersejarah" mengikut peruntukan "Akta Benda Purba 1976" di bawah akta 165. Dalam bulan November 2000 Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) telah melaksanakan kerja-kerja konservasi tembok timur dan selatan, termasuk membina semula pintu Gerbang Kacapuri yang telah runtuh dalam tahun 1970.
Galeri
Galeri pameran Muzium Kota Kuala Kedah dibahagikan kepada enam segmen, iaitu:
- Pengenalan
- Sejarah
- Fungsi Kota Kuala Kedah
- Zaman British
- Zaman Jepun
- Zaman Selepas Merdeka
Koleksi
Muzium Kota Kuala Kedah memperagakan 60 koleksi artifak arkeologi, seramik dan batu bata asal kota. Koleksi menarik yang dipamerkan di Muzium Kota Kuala Kedah ialah 13 buah peluru meriam dan enam buah meriam buatan Inggeris yang berusia lebih 100 tahun. Selain itu, terdapat artifak yang dipanggil ‘Pelita’ ditemukan semasa penyelidikan arkeologi dan kerja-kerja konservasi tembok timur berhampiran pintu gerbang Kacapuri.
Dibuka
setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Ditutup
pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha
Percuma
Muzium Kota Kuala Kedah terletak lebih kurang 11 km dari Alor Setar. Pengunjung boleh menaiki bas ke Kuala Kedah dari Shahab Perdana atau Pekan Rabu atau dengan menaiki teksi dari Alor Setar atau Terminal Feri Kuala Kedah. Pengangkutan sendiri melalui Jalan Kuala Kedah.
Tandas, tempat letak kereta, kafe, surau, lawatan berpandu (atas permintaan)
Tarikan Berhampiran
- Kota, mahkamah lama, pintu gerbang Kacapuri, pintu gerbang British, rumah api, tapak   kuarters, tapak istana
- Pekan rabu
- Muzium Negeri Kedah
- Muzium Diraja
- Muzium Padi
Pegawai untuk dihubungi
Encik Suhaimi bin Osman (
suhaimi.osman@jmm.gov.my
)
Address:
Muzium Kota Kuala Kedah,
Kampung Seberang Kota,
06600 Kuala Kedah,
Kedah Darul Aman
Tel:
011-65727266
Email:
info@jmm.gov.my
Facebook:
https://www.facebook.com/muziumkotakualakedah
Versi mesra pencetak
65146 bacaan
Hubungi Kami
Jabatan Muzium Malaysia,
Jalan Damansara
50566, Kuala Lumpur.
Tel : (+603) 2267-1000
Faks : (+603) 2284-9103
Emel - pr [at] jmm.gov.my
Laman ini telah diuji dan sesuai untuk semua jenis perisian pelayar dengan skrin resolusi 1024x768.
Statistik
Jumlah hit:
4,070,428
Jumlah pengunjung:
1,436,818
Hit minggu ini:
1,111
Hit bulan ini:
4,445
Hit minggu lepas:
1,986
Hit bulan lepas:
3,874
Semenjak:
22 Mar 2014
Media Sosial
Waktu Operasi Muzium
Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha
Info Lanjut
Chief Information Officer (CIO)
Kemas kini terakhir: 23 April 2026 - 4:18pm
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources