Muzium Sungai Lembing | Jabatan Muzium Malaysia
Source: http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-sungai-lembing
Archived: 2026-04-23 15:39
Muzium Sungai Lembing | Jabatan Muzium Malaysia
Warna
| Saiz teks
Bahasa Melayu
English
Lain-lain Bahasa
23 April 2026 - 11:42 pm
Jabatan Muzium Malaysia |
☰ Main Menu
Utama
Mengenai JMM
Mengenai JMM
Carta Organisasi
Dasar & Perundangan
Ketua Pengarah JMM
Ketua Pegawai Digital
Lagu Rasmi
Perkhidmatan Teras
Koleksi
Konservasi
Penyelidikan
Pameran
Perkhidmatan Lain
Perkhidmatan Dalam Talian
Internet
Museum Research Application (MUSRA)
WebOPAC JMM
Permohonan Lawatan Berkumpulan ke Muzium Negara
Permohonan Lawatan Berpandu Muzium Tesktil Negara
e-Penyertaan
Intranet
Webmail JMM
Sistem Tempahan Bilik Mesyuarat JMM
Sistem Pemantauan Kontrak
Pengurusan Aset
Sistem Latihan JMM
Intranet JMM
Hubungi Kami
Direktori Pegawai
Direktori Muzium
Maklum Balas
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME
Muzium Sungai Lembing
Anda di sini
Anda di sini
Home
Brosur
Mengenai Muzium
Muzium Sungai Lembing berperanan menyebarkan maklumat serta mempamerkan bukti-bukti sejarah kegemilangan perlombongan bijih timah di Sungai Lembing seiring dengan statusnya yang pernah menjadi kawasan perlombongan bawah tanah yang terbesar di dunia, sebuah bandar yang terkaya dan pengeluar utama bijih timah di negeri Pahang. Bandar ini diibaratkan sebagai El-Dorado Timur di negeri-negeri Tanah Melayu kerana di sinilah letaknya sebuah perkampungan masyarakat Inggeris, iaitu di Lembah Sungai Kenau.
Mengenai Bangunan
Bangunan muzium ini terletak di atas bukit di sebelah timur menghala ke Sungai Kenau. Pada asalnya bangunan ini merupakan tempat kediaman bagi pengurus-pengurus besar syarikat lombong bijih timah di Sungai Lembing, bermula dengan Syarikat The Pahang Corporation Limited , pada tahun 1887 hingga tahun 1906 hinggalah ke zaman kegemilangan Syarikat The Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) dari tahun 1906 hingga tahun 1986. Rumah kediaman pengurus ini dahulunya dikenali sebagai The European Bungalow atau singkatannya EB1, yang membezakannya dengan rumah Pegawai Kanan British yang lain.
Struktur binaan bangunan ini mengikut reka bentuk vertikular-kolonial dan mempunyai kronologi sejarah pembinaan yang tersendiri. Bermula dengan bangunan bersaiz kecil, dengan atap yang diperbuat daripada daun nipah dan berdindingkan kulit-kulit kayu, ia diubah suai dari semasa ke semasa bermula dari zaman J.T Mariner pada tahun 1911 hingga zaman pengurusan H.R.M. Hodding pada tahun 1966.
Semasa Perang Dunia Kedua, bangunan ini digunakan sebagai markas tentera Jepun sehingga tahun 1945. Setelah pengunduran tentera Jepun, bangunan ini diambil alih oleh PCCL untuk meneruskan kegiatan perlombongan hinggalah kejatuhan harga timah pada tahun 1986.
Mengenai Galeri
Galeri Aras Bawah terdiri daripada empat segmen iaitu Galeri 1-Pengenalan dan Sejarah Sungai Lembing, Galeri 2 – Proses Perlombongan dan Keselamatan, Galeri 3 – Diorama Perlombongan dan Galeri 4 – Jentera dan Peralatan Elektrik. Ruang ini memaparkan aktiviti-aktiviti dan proses perlombongan bijih timah di bawah tanah hinggalah ke peringkat pemasaran keluar bijih. Ia turut menyentuh tentang peranan dan sumbangan syarikat PCCL dalam pembangunan Pekan Sungai Lembing.
Galeri Aras Atas pula terdiri daripada tujuh segmen iaitu Galeri 5 – Sejarah Perlombongan, Galeri 6 – Geologi dan Geomorfologi, Galeri 7 – Arked Perlombongan, Galeri 8 – Memori Perlombongan, Galeri 9 – Peralatan dan Pakaian, Galeri 10 – Kaedah Perlombongan dan Galeri 11 – Ekonomi Perlombongan. Galeri ini memperagakan maklumat menyeluruh tentang sejarah, keadah perlombongan serta kehidupan, peralatan dan kelengkapan pelombong.
Mengenai Koleksi
Muzium Sungai Lembing memperagakan koleksi peralatan asal perlombongan yang pernah digunakan untuk melombong bijih timah bawah tanah di Sungai Lembing. Antara koleksi menarik di muzium ini ialah Acuan-acuan Kayu, iaitu pelbagai jenis acuan kayu yang digunakan untuk membuat alat-alat ganti bagi kegunaan mesin-mesin yang beroperasi di dalam kawasan kilang. Selain itu terdapat juga roda kiew dan winch yang merupakan sebahagian peralatan untuk menaikkan atau menurunkan pekerja, barang-barang, kayu atau besi di kolong serta untuk kerja-kerja menarik bijih. Alat pemadam api yang berusia lebih 50 tahun dan troli henjut juga merupakan koleksi menarik di muzium ini.
Objektif Penubuhan Muzium
Mengimbas kembali sejarah kegemilangan perlombongan bijih timah di Sungai Lembing serta tokoh yang terlibat dengannya untuk tatapan generasi kini dan akan datang
Memelihara, mengumpul sejarah dan kebudayaan negara termasuk artifak, monumen serta tinggalan lain di Sungai Lembing untuk terus dipulihara dan disimpan.
Menarik minat masyarakat dan pelawat agar terus meminati sejarah warisan, negara, seterusnya memanfaatkan pengetahuan yang diperoleh.
Menyebarkan maklumat kepada penyelidik dan pencinta sejarah serta menggiatkan lagi usaha ke arah pendokumentasian sejarah yang berkaitan dengannya.
Dibuka
setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Ditutup
pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Pertama Aidil Adha
Jenis Pelawat
Kadar
Warganegara
RM 2.00
Warga Tua dan Orang Kelainan Upaya (OKU)
RM 1.00
Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah (
warganegara
)
Percuma
Pelajar Sekolah Menengah berpakaian Seragam (
warganegara
)
Percuma
Pelajar Sekolah Menengah tidak berpakaian Seragam (
warganegara
)
RM 2.00
Ahli International Council of Museums (ICOM)
Percuma
Bukan Warganegara
RM 5.00
Kanak-kanak berumur (6 tahun hingga 12 tahun) (
bukan warganegara
)
RM 2.00
Kanak-kanak berumur kurang daripada 6 tahun (
bukan warganegara
)
Percuma
Bas dan Teksi dari Terminal Bas Kuantan
Kemudahan Penginapan
Sekitar Bandar Kuantan dan Pekan Sungai Lembing
Tempat-tempat Menarik Berhampiran
Pekan Sungai Lembing, Terowong Sungai Lembing, Air Terjun Pelangi, Bukit Panorama, Jambatan Gantung, Rumah Kristal, Galeri 3D Sungai Lembing.
Kedai Cenderahati
Para pelawat berpeluang membeli cenderahati kenangan di kedai sewaan syarikat Asr Deco yang terdapat di Muzium Sungai Lembing. Kedai tersebut menyediakan jualan makanan dan minuman ringan, topi, cawan, magnet peti ais, penanda buku, beg, t-shirt, pen, produk kraftangan dan lain-lain.
Tandas, Surau, Tempat letak kereta, Lawatan Berpandu, Kemudahan Penyelidikan, Kedai Cenderamata dan Kafeteria.
Address:
Muzium Sungai Lembing,
Sungai Lembing,
26200 Pahang.
Tel:
09-541 2378
Fax:
09-541 2377
Email:
info@jmm.gov.my
Facebook:
https://www.facebook.com/profile.php?id=61555813411826&mibextid=ZbWKwL
Versi mesra pencetak
75520 bacaan
Hubungi Kami
Jabatan Muzium Malaysia,
Jalan Damansara
50566, Kuala Lumpur.
Tel : (+603) 2267-1000
Faks : (+603) 2284-9103
Emel - pr [at] jmm.gov.my
Laman ini telah diuji dan sesuai untuk semua jenis perisian pelayar dengan skrin resolusi 1024x768.
Statistik
Jumlah hit:
4,070,428
Jumlah pengunjung:
1,436,818
Hit minggu ini:
1,111
Hit bulan ini:
4,445
Hit minggu lepas:
1,986
Hit bulan lepas:
3,874
Semenjak:
22 Mar 2014
Media Sosial
Waktu Operasi Muzium
Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha
Info Lanjut
Chief Information Officer (CIO)
Kemas kini terakhir: 23 April 2026 - 4:18pm
Developed and designed by Hadafi Solution and Resources