Pekerja Domestik

Pekerja Domestik
Accessibility Tools
Content scaling
100
%
Font size
100
%
Line height
100
%
Letter spacing
100
%
Skip to main content
Pekerja Domestik
(LINDUNG PEKERJA)
Perlindungan Keselamatan Sosial Untuk Pekerja Domestik (LINDUNG PEKERJA)
Bermula
1 Jun 2021
, pekerja domestik dilindungi di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (
Akta 4
) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan (
Akta 800
).
Semua majikan dan pekerja domestik adalah
diwajibkan
untuk berdaftar dan mencarum dengan PERKESO.
Definisi Pekerja Domestik
Seorang pekerja domestik yang diambil bekerja semata-mata dalam kerja atau yang berkaitan dengan kerja bagi suatu rumah kediaman persendirian dan bukan diambil bekerja bagi apa-apa perdagangan, perniagaan atau profesion yang dijalankan oleh majikan sama ada di dalam atau di luar rumah kediaman itu.
Contoh Pekerja Domestik
Pembantu rumah
Pemandu peribadi
Tukang kebun
Pengawal peribadi
Pengawal keselamatan
Tukang masak
Penjaga orang tua
Pengasuh bayi / kanak-kanak
Syarat Kelayakan
Pekerja Domestik Tempatan
Warganegara Malaysia / pemastautin Tetap / pemastauin Sementara; dan
Digajikan oleh warganegara Malaysia/ pemastautin tetap / pemastautin sementara / asing.
Pekerja Domestik Asing
Warga asing yang memiliki pasport dan pas kerja sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia; dan
Digajikan oleh warganegara Malaysia/ pemastautin tetap/ pemastautin sementara.
Pendaftaran & Pembayaran Caruman
Pendaftaran pekerja domestik hendaklah dilakukan oleh majikan. Majikan wajib memastikan caruman dibayar sepenuhnya mengikut kelayakan dan kadar yang telah ditetapkan.
Kegagalan
melaksanakan perkara tersebut adalah suatu kesalahan dan sekiranya disabit kesalahan, boleh didenda maksimum
RM10,000
atau penjara
2 tahun
atau
kedua-duanya sekali.
Prosedur Pendaftaran
Jenis Perlindungan Untuk Pekerja Domestik Berdasarkan Kelayakan
Akta / Pekerja Domestik
Akta 4
Akta 4
Akta 800
Skim Bencana Pekerjaan (LINDUNG PEKERJA)
Skim Keilatan (LINDUNG PEKERJA)
Sistem Insurans Pekerjaan (LINDUNG KERJAYA)
Tempatan (Warganegara/Pemastautin Tetap/Pemastautin Sementara)
/
/
/
Warganegara Asing
/
/
(Berkuatkuasa 1 Julai 2024)
X
Kadar Caruman
Majikan
1.25%
0.5%
0.2%
Pekerja
-
0.5%
0.2%
Caruman
Kadar caruman yang perlu dibayar adalah sebagaimana jadual caruman:
Pekerja Domestik Tempatan
- Jadual Caruman
Akta 4
dan Jadual Caruman
Akta 800
Pekerja Domestik Asing
-  Jadual Caruman
Akta 4
Kadar caruman boleh dirujuk melalui pautan di bawah:
Kadar Caruman
Terdapat
dua (2)
kaedah pembayaran untuk caruman pekerja domestik iaitu secara bulanan melalui
Portal ASSIST
atau secara pendahuluan sehingga 24 bulan melalui
aplikasi
mudah alih
Prihatin
:
Panduan Bayaran Melalui Prihatin
Selanjutnya
Video Panduan Bayaran Di Prihatin
Selanjutnya
Faedah yang disediakan
Faedah yang disediakan untuk pekerja domestik adalah
sama
seperti pekerja formal:
Bagi pekerja domestik
tempatan
:
Skim Bencana Pekerjaan
(LINDUNG PEKERJA)
Skim Keilatan
(LINDUNG PEKERJA)
Sistem Insurans Pekerjaan
(LINDUNG KERJAYA)
Bagi pekerja domestik asing
,
kelayakan skim, kadar caruman dan jenis faedah
untuk pekerja domestik asing adalah berdasarkan syarat-syarat yang
sama
seperti pekerja asing.
Skim-Skim Perlindungan Keselamatan Sosial Untuk Pekerja Asing
Info Berkaitan
Pekeliling Majikan
Soalan Lazim
Panduan Pendaftaran
Muat-turun Risalah