Profil
Source: https://www.perkeso.gov.my/mengenai-kami/maklumat-korporat/profil.html
Archived: 2026-04-23 17:35
Profil
Accessibility Tools
Content scaling
100
%
Font size
100
%
Line height
100
%
Letter spacing
100
%
Skip to main content
Profil
Profil
Profil
Pengurusan
Prinsip
Kronologi
Latar Belakang
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Pada 1 Julai 1985, status PERKESO telah berubah kepada sebuah Badan Berkanun dan mulai 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO.
Fungsi dan Peranan
Konsep Perlindungan Keselamatan Sosial PERKESO adalah berteraskan konsep tanggungjawab bersama menerusi sumber terkumpul, perkongsian risiko dan penggantian pendapatan (
pooling of resources, sharing of risk and replacement of income
). Perlindungan keselamatan sosial adalah asas yang perlu dipenuhi sebagaimana yang dipersetujui di bawah Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1952 iaitu Konvensyen 102;
Minimum Standard for Social Security
. Dalam memenuhi matlamat tersebut, fungsi utama PERKESO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi skim-skim perlindungan yang diperkenalkan.
VISI
Peneraju Keselamatan Sosial yang Unggul dan Dinamik
MISI
Membina sistem keselamatan sosial yang inklusif dan berdaya tahan bagi melindungi kesejahteraan serta mempromosikan pembangunan mampan untuk semua
Peranan Utama PERKESO
Mentadbir dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 dan Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022;
Mengurus dan melaksanakan skim perlindungan keselamatan sosial yang diperuntukkan di bawah ke empat-empat Akta;
Memastikan dana keselamatan sosial sentiasa mapan dan kukuh bagi memastikan kelestarian pengoperasian;
Mempromosikan kesedaran perlindungan keselamatan sosial dan pengurusan risiko yang baik menerusi program pencegahan, keselamatan dan pemulihan yang berimpak tinggi kepada semua golongan masyarakat;
Memperluaskan jaringan keselamatan sosial yang lebih inklusif dan sejagat untuk meningkatkan kesedaran keterangkuman kewangan (financial inclusiveness) dan kesejahteraan pelanggan;
Menyampaikan perkhidmatan berkualiti dan efisien melangkaui ekspektasi pelanggan selaras dengan konsep 'prihatin' selaku pengamal keselamatan sosial menerusi pendigitalan pengoperasian
Moto
PERKESO itu Prihatin, Prihatin itu PERKESO