Pekerjaan Sendiri
Source: https://www.perkeso.gov.my/perkhidmatan-kami/perlindungan/pekerjaan-sendiri.html
Archived: 2026-04-23 17:35
Pekerjaan Sendiri
Accessibility Tools
Content scaling
100
%
Font size
100
%
Line height
100
%
Letter spacing
100
%
Skip to main content
Pekerjaan Sendiri
(LINDUNG KENDIRI)
Perlindungan Keselamatan Sosial Untuk Individu Menjalankan Pekerjaan Sendiri (LINDUNG KENDIRI)
Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (LINDUNG KENDIRI) diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.
Sebagai permulaan skim ini diwajibkan ke atas Sektor Pengangkutan Penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 berkuatkuasa mulai 1 Jun 2017.
Mulai 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (LINDUNG KENDIRI) telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain, menjadikan 20 sektor kesemuanya di bawah perlindungan skim ini. Individu bekerja sendiri yang mencarum di bawah skim ini akan mendapat perlindungan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar dan diperakui menerusi resit bayaran caruman.
Soalan Lazim
Sektor Pekerjaan Sendiri
Sektor Pengangkutan Penumpang
Pengangkutan Barangan atau Makanan
Pertanian
Penternakan
Perhutanan
Perikanan
Makanan
Pembuatan
Pembinaan
Penjaja
Premis Penginapan
Perniagaan Online
Teknologi Maklumat
Pemprosesan Data
Ejen
Perkhidmatan Profesional
Perkhidmatan Sokongan
Kesenian
Perkhidmatan Isi Rumah
Penjagaan Perawatan dan Pemulihan Kesihatan
Kelayakan
Warganegara Malaysia / permastautin tetap tanpa mengira had umur.
Individu yang menjalankan pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah.
Dokumen Yang Diperlukan
Salinan kad pengenalan
Salinan kad PSV / profil e-hailing / permit / lesen / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.
Perlindungan Sosial Pekerjaan Sendiri (LINDUNG KENDIRI)
Skim ini memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan. Bencana Pekerjaan Sendiri ertinya kecederaan diri pada orang berinsurans bekerja sendiri yang disebabkan oleh suatu kemalangan atau suatu penyakit pekerjaan akibat daripada dan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendirinya termasuk semasa dalam perjalanan yang berkaitan dengan aktiviti pekerjaan sendirinya.
Penyakit pekerjaan adalah penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Skim ini menyediakan faedah tunai kepada orang berinsurans bekerja sendiri dan tanggungannya di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.
Berikut adalah
faedah-faedah
yang disediakan oleh PERKESO:
Faedah Perubatan
Orang berinsurans bekerja sendiri yang ditimpa bencana pekerjaan sendiri boleh mendapat rawatan perubatan secara percuma di klinik panel PERKESO atau klinik / hospital Kerajaan; atau
Orang berinsurans bekerja sendiri boleh membuat tuntutan bayaran ganti belanja kos rawatan perubatan di klinik bukan panel PERKESO.
Permohonan boleh dibuat kepada PERKESO dan bayaran balik tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh PERKESO atau Akta Fi 1951
Faedah Hilang Upaya Sementara
Faedah Hilang Upaya Sementara dibayar kepada orang berinsurans bekerja sendiri yang ditimpa bencana pekerjaan sendiri sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor. Tempoh cuti sakit mestilah sekurang-kurangnya empat (4) hari termasuk hari kemalangan.
Perlu mengemukakan sijil cuti sakit.
Kadar bayaran RM30.00 - RM105.33 sehari berdasarkan pelan caruman yang dipilih.
Faedah Hilang Upaya Kekal
Hilang upaya kekal ertinya hilang upaya yang berkekalan hingga mengurangkan keupayaan seseorang untuk menjalankan pekerjaannya. Tuntutan boleh dibuat selepas tamat tempoh cuti sakit.
Kadar bayaran sebanyak 90% daripada pilihan pendapatan bulanan yang diinsuranskan.
Contoh pengiraan Faedah Hilang Upaya Kekal (bayaran pukal) jika taksiran sama dengan 20% dengan faktor umur 8873 (umur bawah 20 tahun) dan kadar caruman RM592.80.
= (RM3,950 X 90% ÷ 30 hari) X 20% X 8873
= RM210,290.10
Faedah Orang Tanggungan
Faedah Orang Tanggungan dibayar secara bulanan kepada orang tanggungan yang layak sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri meninggal dunia akibat bencana pekerjaan sendiri.

Orang Tanggungan Yang Layak
Balu atau duda dan anak berumur di bawah 21 tahun
Jika tiada balu, duda atau anak
i. Ibu bapa; atau
ii. Adik-beradik berumur di bawah 21 tahun; atau
iii. Datuk nenek
Duda/balu, ibu/bapa, datuk/nenek menerima faedah sepanjang hayat
Anak menerima faedah sehingga berumur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal). Jika sedang belajar di IPT, terima faedah sehingga mendapat ijazah pertama atau berkahwin (mana yang lebih awal)
Contoh pengiraan bayaran Faedah Orang Tanggungan
Elaun Layanan Sentiasa
Elaun ini dibayar kepada orang berinsurans bekerja sendiri yang mengalami hilang upaya kekal sepenuhnya akibat bencana pekerjaan sendiri dan tidak berdaya sentiasa memerlukan layanan seseorang lain, layak menerima elaun ini dengan pengesyorkan Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan.
Jumlah elaun ditetapkan sebanyak RM500 sebulan
Faedah Pengurusan Mayat
Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM3,000 (berkuatkuasa mulai 1 Jun 2024) atau kos sebenar yang dibelanjakan, yang mana lebih rendah dibayar kepada orang tanggungan yang layak sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri meninggal dunia akibat daripada bencana pekerjaan sendiri atau semasa menerima Faedah Hilang Upaya Kekal berkala.
Kemudahan Pemulihan / Rehabilitasi
Kemudahan pemulihan dan vokasional secara percuma
Pemulihan jasmani seperti fisioterapi, pembedahan rekonstruktif, anggota tiruan, kerusi roda, tilam khas, tongkat, commode chair, lampin dan lain-lain.
Kemudahan vokasional seperti latihan dalam bidang elektrikal, jahitan, membaiki radio dan lain-lain
Pelan Caruman
Bil.
Pendapatan Bulanan
Bayaran Caruman Bulanan
Bayaran Caruman Setahun
1
RM1,050
RM13.10
RM157.20
2
RM1,550
RM19.40
RM232.80
3
RM2,950
RM36.90
RM442.80
4
RM3,950
RM49.40
RM592.80
Muat turun aplikasi Prihatin untuk mendaftar di bawah Skim Pekerjaan Sendiri (LINDUNG KENDIRI) dan uruskan pelan caruman anda.
Pendaftaran & pembayaran juga boleh dilakukan melalui Web Prihatin
Web Prihatin
Info Berkaitan
Panduan Pembayaran Caruman Secara Online
Maklumat Ejen
Senarai Ejen Yang Telah Ditamatkan
Muat-turun Risalah
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil