Laman Web Rasmi Jabatan Agama Islam Sarawak

Source: https://jais.sarawak.gov.my

Archived: 2026-04-23 15:01

Laman Web Rasmi Jabatan Agama Islam Sarawak
AJAX Error
Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator.
Close
Previous
Next
Pengumuman
Kerajaan Negeri Sarawak memperkenalkan JobSarawak sebagai platform sehenti bagi menghubungkan pencari kerja dan majikan di seluruh negeri.
Portal ini menyediakan pelbagai peluang pekerjaan merangkumi pelbagai sektor seperti pentadbiran, teknologi, industri dan lain-lain. Selain itu, JobSarawak turut menyokong pembangunan kerjaya dan keperluan tenaga kerja bagi memperkukuh ekonomi Sarawak.
Orang awam adalah digalakkan untuk mendaftar dan meneroka peluang kerjaya melalui pautan berikut:
https://job.sarawak.gov.my/
Sila klik pada gambar untuk muat turun borang
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melaksanakan Banci Ekonomi 2026 (BE2026). Banci Ekonomi 2026 (BE2026) merupakan banci ke-6 yang dilaksanakan setiap lima tahun sekali sejak tahun 2000.
Banci ini bertujuan untuk mengumpul data yang komprehensif meliputi keseluruhan aktiviti ekonomi negara, termasuk sektor perdagangan borong dan runcit.
Pelaksanaan BE2026 turut merangkumi pertubuhan perniagaan serta pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Data yang dikumpulkan akan menjadi sumber rujukan penting sebagai nadi ekonomi rakyat dan asas dalam merancang pembangunan negara yang lebih berkesan serta mampan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial
Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia
atau akses pautan berikut:-
1.
Pengenalan BE2026
2.
Pelaksanaan Operasi BE2026
3.
Objektif BE2026
Perkhidmatan Kami
Orang Awam
Kakitangan Kerajaan
SENARAI STATUS HALAL LUAR NEGARA
SENARAI PENCERAMAH YANG DIIKTIRAF MIS
HALAL
SENARAI INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM PERSENDIRIAN (IPIP) BERDAFTAR DI BAWAH MAJLIS ISLAM SARAWAK
SENARAI INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM PERSENDIRIAN (IPIP) BERDAFTAR DI BAWAH MAJLIS ISLAM SARAWAK
SCS GEMS
WEBMAIL
EFFECTIVE MEETING SYSTEM
ePRESTASI
Pengumuman
Lihat Semua
Terkini
Sila klik pada gambar untuk muat turun borang
PENCALONAN PENERIMA ANUGERAH MA'AL HIJRAH PERINGKAT SARAWAK TAHUN 1448H/ 2026M
16 April 2024
Tahukah anda?

 

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melaksanakan Banci Ekonomi 2026 (BE2026). Banci Ekonomi 2026 (BE2026) merupakan banci ke-6 yang dilaksanakan setiap lima tahun sekali sejak tahun 2000. 
 

Banci ini bertujuan untuk mengumpul data yang komprehensif meliputi keseluruhan aktiviti ekonomi negara, termasuk sektor perdagangan borong dan runcit.

 


Pelaksanaan BE2026 turut merangkumi pertubuhan perniagaan serta pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Data yang dikumpulkan akan menjadi sumber rujukan penting sebagai nadi ekonomi rakyat dan asas dalam merancang pembangunan negara yang lebih berkesan serta mampan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia atau akses pautan berikut:-


1. Pengenalan BE2026

2. Pelaksanaan Operasi BE2026

3. Objektif BE2026
Banci Ekonomi 2026 (BE2026)
02 March 2026
Kerajaan Negeri Sarawak memperkenalkan JobSarawak sebagai platform sehenti bagi menghubungkan pencari kerja dan majikan di seluruh negeri.

Portal ini menyediakan pelbagai peluang pekerjaan merangkumi pelbagai sektor seperti pentadbiran, teknologi, industri dan lain-lain. Selain itu, JobSarawak turut menyokong pembangunan kerjaya dan keperluan tenaga kerja bagi memperkukuh ekonomi Sarawak.

Orang awam adalah digalakkan untuk mendaftar dan meneroka peluang kerjaya melalui pautan berikut: https://job.sarawak.gov.my/
Mulakan Kerjaya Impian Anda di Sini
22 April 2026
Previous
Next
News
Berita
Terkini
Lihat Semua
.
14
/
04
BENGKEL MALAYSIAN HALAL MANAGEMENT SYSTEM (MHMS 2020) ZON TENGAH SIRI 1 TAHUN 2026
Sibu I 14 April 2026


IBU, 14 April 2026 - Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Sarawak dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Sibu telah berjaya menganjurkan Bengkel Malaysian Halal Management System (MHMS 2020) Zon Tengah Siri 1 di Dewan Kompleks Islam Sarawak, Sibu dengan penyertaan seramai 105 peserta terdiri daripada pemain industri halal. Penceramah jemputan adalah dari Uniti Halal Centre (UHAC).



Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan kefahaman berkaitan keperluan MHMS 2020, khususnya dari aspek dokumentasi, pelaksanaan dan pematuhan standard halal. Program turut merangkumi sesi ceramah, latihan amali serta perbincangan penyelesaian secara praktikal bagi membantu peserta melaksanakan sistem pengurusan halal secara lebih sistematik dan berkesan.



Diharapkan penganjuran bengkel ini dapat memperkukuh tahap pematuhan halal dalam kalangan industri serta menyokong pembangunan ekosistem halal di Sarawak.
.
16
/
04
MAJLIS KESYUKURAN AIDILFITRI INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM PERSENDIRIAN (IPIP) DI AKADEMI TAHFIZ HIDAYATUL QURAN ANNUR SIBU
Sibu I 16 April 2026
 
Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) melalui Bahagian Pengukuhan Pendidikan Islam telah menganjurkan Majlis Kesyukuran Aidilfitri Institusi Pendidikan Islam (IPIP) bertempat di Akademi Tahfiz Hidayatul Quran Annur, Sibu. Majlis dihadiri oleh YBrs. Ustaz Haji Wan Shaifuddin bin Haji Wan Madihi, Timbalan Pengarah (Operasi) mewakili Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak.



Program ini diadakan bagi memperkukuh hubungan baik antara JAIS dan pihak pentadbir pusat tahfiz bersama para pelajar, ibu bapa dan ahli kariah.



Selain itu, JAIS turut mewar-warkan beberapa maklumat penting mengenai pelaksanaan Pelan Transformasi IPIP melalui Pelan Strategik JAIS 2024-2028 dan beberapa bentuk bantuan yang boleh dimohon oleh pihak madrasah kepada Tabung Baitulmal Sarawak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).



Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran hampir 50 orang dari kalangan para pemimpin masyarakat setempat, ahli lembaga pengelola dan pelajar-pelajar.
.
13
/
04
MAJLIS KESYUKURAN AIDILFITRI JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK TAHUN 2026
Kuching I 13 April 2026

Jabatan Agama Islam Sarawak telah mengadakan Majlis Kesyukuran Aidilfitri Jabatan Agama Islam Sarawak yang berlangasung meriah di Arcum Tent, Dewan Kompleks Islam Sarawak, Kuching. 



Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran para tetamu kenamaan iaitu Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Koordinator Projek Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) bersama Yang Berbahagia Datin Siti Shorgayah binti Haji Ahmad Zaidin; Yang Berbahagia Datuk Haji Misnu bin Haji Taha, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak bersama Yang Berbahagia Datin Hajah Jamilah binti Haji Said; Sahibus Samahah Datu Haji Khalidi bin Haji Ibrahim, Mufti Sarawak; Sahibus Siyadah Tuan Haji Mual bin Haji Suaud, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak bersama Puan Habsah binti Drahman; Yang Dihormati Komisioner Polis Datuk Mohamad Zainal bin Haji Abdullah, Pesuruhjaya Polis Sarawak; Yang Amat Arif Datu Haji Awang Suhaili bin Ledi, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak; serta Yang Berbahagia Haji Ahmad Sukarno bin Haji Saini, Pengarah Jabatan Mufti Sarawak.



Majlis ini menjadi wadah mengeratkan ukhuwah silaturahim antara kepimpinan negeri, agensi-agensi Islam serta warga JAIS, masyarakat setempat & penjawat awam berdekatan Bangunan Majma' Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah dalam suasana Aidilfitri yang penuh harmoni dan keberkatan.
.
10
/
04
KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM SIRI 1 TAHUN 2026 BAHAGIAN LAWAS
Lawas I 9 April 2026
 
Kursus Praperkahwinan Islam Siri 1 Tahun 2026 anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Lawas telah berlangsung dengan jayanya pada 8 & 9 April 2026 di Dewan Ibnu Sina, SK Agama (MIS) Lawas.



Tahniah kepada 61 orang peserta yang telah menamatkan kursus ini dengan penuh komitmen. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi panduan dalam membina rumah tangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah.



Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
.
25
/
02
PROGRAM SEMBANG KAUNSELING (ONLINE) SIRI 1: FOKUS KESEJAHTERAAN MENTAL DALAM PERKAHWINAN
Kuching I 25 Februari 2026

Bahagian Kaunseling Syarie & Pembangunan Psikologi, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah berjaya menganjurkan Program Sembang Kaunseling (Online) Siri 1 yang memfokuskan kepada kepentingan pengurusan emosi dalam kalangan masyarakat. Program yang berlangsung menerusi aplikasi Zoom Meeting ini telah menarik penyertaan seramai 100 orang peserta, merangkumi kakitangan sektor awam, swasta, serta orang awam dari pelbagai latar belakang.


Sesi perkongsian ilmu kali ini telah disampaikan oleh Puan Sarah Hamizah binti Zainal Abidin, Pengasas dan Kaunselor Utama daripada Syoknya Kaunseling. Beliau mengupas tajuk kritikal iaitu "Kesihatan Mental: Pengurusan Emosi Dalam Perkahwinan Dan Hubungan Sosial."

Antara objektif utama penganjuran program ini termasuklah:


Meningkatkan kesedaran peserta terhadap kepentingan kesihatan mental dan pengurusan emosi.

Memberi kefahaman mendalam mengenai cabaran emosi yang sering menjadi punca konflik dalam hubungan perkahwinan dan sosial.


Memperkasa kemahiran peserta dalam mengimbangi hubungan sosial demi menjamin kesejahteraan mental yang mampan




Melalui pengisian ini, peserta didedahkan dengan teknik pengurusan stres dan komunikasi berkesan bagi mengelakkan konflik yang berpanjangan. Usaha berterusan daripada pihak JAIS ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam membina institusi keluarga dan masyarakat yang lebih harmoni di Sarawak.
.
15
/
01
KURSUS PERBANDINGAN AGAMA
Kuching I 15 Januari 2026 (Khamis) 

Bahagian Kemajuan Saudara Kita, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah berjaya menganjurkan Kursus Perbandingan Agama yang berlangsung selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Januari 2026. Kursus yang diadakan di The Waterfront Hotel ini mensasarkan ahli Panel Khidmat Nasihat Akidah, Majlis Islam Sarawak sebagai peserta utama. Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkasakan kefahaman para peserta mengenai konsep ilmu perbandingan agama, selaras dengan kepentingannya dalam memelihara keharmonian masyarakat majmuk di Sarawak.



Antara pengisian utama kursus ini termasuklah menjelaskan konsep ilmu perbandingan agama dan kepentingannya dalam konteks masyarakat majmuk di Sarawak, meningkatkan kefahaman peserta terhadap epistemologi, kosmologi serta doktrin agama utama bagi memperkukuh akidah Islam, membekalkan kemahiran dialog antara agama, dakwah serta menangani isu semasa akidah dengan pendekatan inklusif.



Melalui kursus ini, para peserta diharapkan dapat meningkatkan kecekapan dalam memberikan khidmat nasihat akidah serta lebih bersedia mendepani cabaran pemikiran moden dalam konteks kepelbagaian budaya di negeri ini.
.
24
/
02
SAFARI RAMADHAN PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK SIRI II
Samarahan I 24 Februari 2026

Sahibus Siyadah Ustaz Haji Mual bin Haji Suaud, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah menyempurnakan Safari Ramadan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Siri 2 bertempat di Masjid Darul Iman, Kampung Gumpey, Gedong, Samarahan bersempena dengan Program Dhiya’ Ramadan Jabatan Agama Islam Sarawak Tahun 1447H/ 2026M, anjuran kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak, Pejabat Majlis Islam Sarawak dan Pejabat Agama Islam Bahagian Samarahan.



Penganjuran program ini bertujuan untuk meraikan bulan Ramadan bersama komuniti setempat, mengenal pasti keperluan fasiliti surau, serta mengeratkan ukhuwah antara agensi dan masyarakat. Pengisian program merangkumi sesi Tazkirah Khas Ramadan, jamuan berbuka puasa, solat fardu berjemaah, dan solat sunat Tarawih.



Bagi meringankan beban golongan sasar dan merancakkan lagi aktiviti pengimarahan masjid, penyampaian sumbangan turut disempurnakan pada majlis tersebut:
Sumbangan Majlis Islam Sarawak:

• Tunai dan Kotak Makanan kepada 30 penerima kurang berkemampuan.
• Tunai dan Peralatan Sekolah kepada 50 pelajar kurang berkemampuan.
• Mesin pembersih vakum kepada Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Iman, Kampung Gumpey.
Sumbangan Jabatan Agama Islam Sarawak:
• Dana Pengimarahan Masjid berjumlah RM3,000.00.

Semoga inisiatif ini membawa keberkatan dan manfaat yang berpanjangan kepada seluruh kariah Kampung Gumpey.
.
20
/
02
SAFARI RAMADHAN PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK SIRI I
Betong I 20 Februari 2026

Jabatan Agama Islam Sarawak dengan kerjasama Pejabat Majlis Islam Sarawak dan Pejabat Agama Islam Bahagian Betong telah mengadakan Safari Ramadan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Siri 1 bertempat di Surau An-Nur, Kampung Sungai Durian, Semarang, Betong bersempena dengan Program Dhiya’ Ramadan Jabatan Agama Islam Sarawak Tahun 1447H/ 2026M.



Majlis ini telah disempurnakan oleh Sahibus Siyadah Tuan Haji Mual bin Haji Suaud, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak merangkap Setiausaha Majlis Islam Sarawak. Turut hadir ialah Pegawai Daerah Pusa, Tuan Hamdan bin Haji Katang. Penganjuran program ini bertujuan untuk meraikan bulan Ramadan bersama komuniti setempat, mengenal pasti keperluan fasiliti surau, serta mengeratkan ukhuwah antara agensi dan masyarakat.



Pengisian program merangkumi sesi Tazkirah Khas Ramadan, jamuan berbuka puasa, solat fardu berjemaah, dan solat sunat Tarawih. Bagi meringankan beban golongan sasar dan merancakkan lagi aktiviti pengimarahan masjid, penyampaian sumbangan turut disempurnakan pada majlis tersebut:

Sumbangan Majlis Islam Sarawak:
• Tunai dan Kotak Makanan kepada 40 penerima kurang berkemampuan.
• Tunai dan Peralatan Sekolah kepada 40 pelajar kurang berkemampuan.
• Mesin pembersih vakum kepada Jawatankuasa Pengurusan Surau An-Nur.

Sumbangan Jabatan Agama Islam Sarawak:
• Dana Pengimarahan Masjid berjumlah RM3,000.00.

Semoga inisiatif ini membawa keberkatan dan manfaat yang berpanjangan kepada seluruh kariah Kampung Sungai Durian.
.
25
/
02
BENGKEL PROSIDING MAHKAMAH SYARIAH BERSAMA JABATAN PEGUAM BESAR SARAWAK
Kuching I 25 Februari 2026


Jabatan Agama Islam melalui Bahagian Kemajuan Saudara Kita telah mengadakan Bengkel Prosiding Mahkamah Syariah Bersama Jabatan Peguam Besar Sarawak pada 24 & 25 Februari 2026M bersamaan 5 & 6 Ramadan 1447H bertempat di Grand Margherita Hotel



Bengkel ini disertai oleh Panel Khidmat Nasihat Akidah - Majlis Islam Sarawak dan Jabatan Peguam Besar Sarawak sebagai fasilitator.


 

Bengkel ini diadakan untuk memantapkan ilmu dan metodologi, penyelarasan prosedur operasi standard (SOP) serta pembangunan bahan dan medium dalam menjalani sesi khidmat nasihat.
 
#islamamalanhidup
.
10
/
01
ZIARAH YANG DIPERTUA MAJLIS ISLAM SARAWAK DAN PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK KE MASJID AL-FALAH KAMPUNG PEDAUN BAWAH, KROKONG, BAU YANG TERJEJAS AKIBAT BANJIR
BAU  I  10 Januari 2026 (Sabtu)

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah mengadakan lawatan ziarah ke Masjid Al-Falah, Kampung Pedaun Bawah, Krokong, Bau hari ini bagi meninjau keadaan masjid dan penduduk setempat yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.



Program yang bermula seawal jam 10.00 pagi itu merupakan anjuran Bahagian Kemajuan Saudara Kita, JAIS bertujuan untuk menilai kerosakan fasiliti rumah ibadat serta menyampaikan bantuan bagi meringankan beban kariah masjid yang terkesan.



Lawatan ini turut mendapat kerjasama erat daripada pelbagai agensi keselamatan dan kebajikan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), Urus Setia Saudara Kita (USK) Daerah Bau serta Kariah Masjid Al-Falah yang bersama-sama dalam sesi gotong-royong dan pengurusan bantuan.



Semoga usaha murni ini dapat meringankan beban para penduduk dan membolehkan masjid kembali berfungsi untuk ibadah dan aktiviti komuniti
.
06
/
01
KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN KEBANGSAAN MELAYU SARAWAK KE JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK
Kuching I  6 Januari 2026 (Selasa)

Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) bertempat di Dewan Syura, Aras 16, Bangunan Majma’ Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.



Kunjungan yang diketuai oleh Yang Dipertua PKMS, Dato’ Dr. Haji Wan Ali bin Tuanku Madhi ini telah disambut oleh Sahibus Siyadah Ustaz Haji Mual bin Suaud, Pengarah JAIS.



Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan silaturahim serta membuka ruang kerjasama dan kolaborasi strategik antara PKMS dan JAIS demi pembangunan ummah di Sarawak.



JAIS Sarawak – Islam Amalan Hidup
IMBAS UNTUK TELEFON BIMBIT
KALENDAR
UNDIAN
Tinjauan Pendapat
Maaf, tiada tinjauan pendapat tersedia buat masa ini... 💔
PENGUMUMAN
Mulakan Kerjaya Impian Anda di Sini
Kerajaan Negeri Sarawak memperkenalkan JobSarawak sebagai platform sehenti bagi menghubungkan pencari kerja dan majikan di seluruh negeri.
Portal ini menyediakan pelbagai peluang pekerjaan merangkumi pelbagai sektor seperti pentadbiran, teknologi, industri dan lain-lain. Selain itu, JobSarawak turut menyokong pembangunan kerjaya dan keperluan tenaga kerja bagi memperkukuh ekonomi Sarawak.
Orang awam adalah digalakkan untuk mendaftar dan meneroka peluang kerjaya melalui pautan berikut:
https://job.sarawak.gov.my/
FACEBOOK