Fungsi Bahagian
Source: http://www.audit.gov.my/index.php/info-korporat/fungsi-bahagian
Archived: 2026-04-23 17:07
Fungsi Bahagian
English
Fungsi Bahagian
SEKTOR PEJABAT KETUA AUDIT NEGARA
Mengkoordinasi dan membantu Ketua Audit Negara dalam melaksanakan tugasan pengauditan dan pengoperasian termasuk keselamatan agar semua aspek dapat diuruskan secara teratur dan berkesan.
PEJABAT KETUA AUDIT NEGARA
Melaksanakan kursus, program dan aktiviti latihan yang dikendalikan oleh tenaga pengajar yang profesional dan berpengalaman di bawah Lima (5) Program iaitu Program Pengauditan, Program Perakaunan, Program IT, Program Pengurusan dan Program Antarabangsa bagi mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran demi melonjakkan prestasi modal insan.
AKADEMI AUDIT NEGARA
Bahagian Audit ICT (BAICT) bertanggungjawab terhadap perancangan, pelaksanaan dan pemantauan kajian pengauditan sistem dan pengurusan data sektor awam bagi memastikan pelaburan Kerajaan terhadap projek ICT telah dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan berkesan bagi mencapai objektif yang ditentukan.
BAHAGIAN AUDIT ICT
Unit Khidmat Nasihat Undang-Undang berperanan untuk memberikan perkhidmatan perundangan kepada JAN dengan cekap dan berkesan selaras dengan perenggan 7(1)(f) Akta Audit 1957 [
Akta 62
]. Secara ringkasnya, fungsi utama Unit Khidmat Nasihat Undang-Undang adalah seperti yang berikut:
1. Memberikan pandangan undang-undang.
2. Menyemak dan meluluskan semua jenis perjanjian, MoU dan apa-apa dokumen undang-undang.
3. Memberikan nasihat perundangan bagi kes tatatertib.
4. Menggubal atau menyemak pindaan Perundangan Utama dan Perundangan Subsidiari.
5. Menyediakan dokumen dan maklumat kajian kes sivil dan jenayah.
UNIT KHIDMAT NASIHAT UNDANG - UNDANG
Bahagian Teknikal berperanan memberi khidmat nasihat teknikal dalam pengauditan untuk setiap Sektor dan JAN Negeri khususnya bagi pengauditan yang melibatkan aspek teknikal. Selain itu, memberi khidmat nasihat teknikal kepada Sektor Pengurusan dalam menyediakan cadangan baharu projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan di JAN termasuk di JAN Negeri dan Akademi Audit Negara.
BAHAGIAN TEKNIKAL
Menjalankan kajian, merangka dan menyelaras dasar Jabatan berkaitan pengauditan dan hala tuju Jabatan melalui Kertas Dasar dan Kertas Penyelidikan.
Menjalankan kajian, merangka dan menyelaras dasar Jabatan berkaitan kualiti pengauditan melalui pelaksanaan Semakan Jaminan Kualiti dan Naziran Kawalan Kualiti.
Menjalankan tugasan keurusetiaan bagi mesyuarat di peringkat Jabatan dan Kebangsaan, serta menyelaras program atau aktiviti anjuran Jabatan atau pihak luar.
Menjalankan, merangka dan menyelaras aktiviti hubungan antarabangsa berbentuk bilateral (hubungan dua hala) dan multilateral (pelbagai hala) bertujuan membangunkan kapasiti profesional juruaudit dan meningkatkan penglibatan Jabatan dalam pelbagai organisasi audit di peringkat antarabangsa.
BAHAGIAN DASAR DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA
Bertanggungjawab dalam menyelaras pengurusan integriti di Jabatan Audit Negara (JAN) dalam usaha memantapkan integriti dan akauntabiliti pegawai JAN. Unit Integriti JAN menjalankan enam (6) fungsi teras sepertimana yang tertakluk dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian SP.1.2.1: Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam seperti berikut:
Tadbir Urus
Pengukuhan Integriti
Pengesanan dan Pengesahan
Pengurusan Aduan
Pematuhan
Tatatertib
UNIT INTEGRITI
Bahagian Susulan Audit (BSA) adalah bertanggungjawab untuk memastikan pihak yang diaudit mengambil tindakan penyelesaian terhadap isu dan syor yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) melalui tindakan pembetulan dan penambahbaikan secara berkesan melalui susulan audit yang dilaksanakan.
BAHAGIAN SUSULAN AUDIT
Bertanggungjawab menyelaras proses penyediaan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) bagi pengauditan prestasi, kewangan dan tadbir urus yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara, Negeri (JAN Negeri) dari aspek perancangan, pelaksanaan, pelaporan sehingga LKAN tersebut dibentangkan di Parlimen/Dewan Undangan Negeri.
BAHAGIAN PENYELARASAN LAPORAN
Memastikan hubungan awam antara Jabatan Audit Negara (JAN) dengan pihak luar dilaksanakan secara cekap dan berkesan bagi memelihara serta meningkatkan imej dan reputasi Jabatan.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Menjalankan pemeriksaan bebas, objektif dan boleh dipercayai bagi menentukan sistem, operasi, program, aktiviti Kerajaan atau organisasi beroperasi mengikut prinsip ekonomi, cekap dan berkesan serta mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
SEKTOR AUDIT PRESTASI
Menjalankan pengauditan kewangan bagi memastikan tahap akauntabiliti sektor awam terpelihara, wang awam diuruskan dengan cekap dan rekod perakaunan diselenggarakan dengan teratur.
Aktiviti pengauditan kewangan yang dijalankan adalah seperti berikut:
Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Persekutuan dan Agensi Negeri;
Pengauditan Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah;
Pengauditan Hasil;
Pengauditan Penilaian Prestasi Pengurusan Kewangan bagi pengesahan kenaikan pangkat Jawatan Utama Sektor Awam;
Pengauditan Pengurusan Kewangan Pejabat Perwakilan Malaysia di Luar Negara;
Pengauditan Mengejut; dan
Program Naziran Jabatan Audit Negara
SEKTOR AUDIT KEWANGAN
Melaksanakan pengauditan terhadap syarikat yang menerima geran/pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan/Negeri atau sebuah syarikat di mana lebih daripada separuh modal saham berbayar adalah milik Kerajaan Persekutuan/Negeri/Agensi Negeri yang diwartakan dalam Perintah Audit (Akaun Syarikat).
SEKTOR AUDIT PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN
Melaksanakan Pengauditan Penyata Kewangan, Pengauditan Prestasi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan terhadap akaun Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Negeri dan agensi di bawah Kerajaan Negeri serta program dan aktiviti Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Negeri dan agensi di bawah Kerajaan Negeri.
13 JAN NEGERI
Memastikan pengurusan modal insan, pengurusan kewangan, pentadbiran dan teknologi maklumat dilaksanakan dengan teratur dan cekap bagi mencapai visi dan misi JAN.
SEKTOR PENGURUSAN
Dikemaskini pada: 15 Jul 2025
Cetak
32626
Kongsikan di:
Facebook
Utama
Ketua Audit Negara
Info Korporat
Mantan KAN
Pengurusan Tertinggi
Pengurusan JAN
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Fungsi Bahagian
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Visi, Misi & Objektif
Nilai Utama
Dasar & Objektif Kualiti
Kod Etika
Perlembagaan Persekutuan
Akta Audit
Warga JAN
Awam
Antarabangsa
Pusat Media
Aktiviti
Penerbitan
NACS
Hubungi Kami
Ibu Pejabat
JAN Negeri
Aduan & Maklum Balas