Hebahan Borang 117
Source: https://www.perkeso.gov.my/hebahan-borang-117.html
Archived: 2026-04-23 17:09
Hebahan Borang 117
Accessibility Tools
Content scaling
100
%
Font size
100
%
Line height
100
%
Letter spacing
100
%
Skip to main content
HEBAHAN BORANG AKUAN TAHUNAN (PERATURAN 117)
KEPERLUAN MENGEMUKAKAN BORANG AKUAN TAHUNAN (PERATURAN 117)
BAGI PEMBAYARAN BERKALA PERKESO TAHUN 2022
Adalah dimaklumkan bahawa di bawah Peraturan 117, Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971, Orang Berinsurans / Orang Tanggungan yang menerima pembayaran faedah secara berkala hendaklah mengemukakan kepada PERKESO suatu akuan borang sebagaimana ditetapkan oleh Pertubuhan tiap-tiap dua belas bulan sekali.
Akuan ini hendaklah ditandatangani di hadapan mana-mana orang lain yang diluluskan oleh Ketua Eksekutif PERKESO, atau Majistret atau Akauntan Berkanun atau Akauntan Bertauliah atau Akauntan Berdaftar atau Notari Awam atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau B atau Penghulu atau Penggawa atau Kadi atau Imam atau Paderi atau Ketua Balai Polis atau Guru Besar. Borang akuan ini akan diedar kepada semua penerima faedah yang terlibat secara berperingkat mulai 12 September 2021.Borang yang telah dilengkapkan mesti dikembalikan ke Pejabat PERKESO selewat-lewatnya pada
30 Oktober 2021
.
Bagi pembayaran faedah berkala tahun 2022, hanya penerima bagi kategori berikut sahaja yang perlu melengkapkan Borang Akuan Tahunan (Peraturan 117) ini:
Penerima faedah berkala yang dibayar melalui pejabat PERKESO.
Penerima faedah berkala yang melibatkan bayaran seberang laut dan pemegang pasport.
Penerima faedah berkala melibatkan lebih dari satu penjaga.
Penerima faedah balu / duda dengan satu anak atau ibu / bapa dengan satu adik yang mencapai umur 18 tahun pada tahun 2022.
Penerima faedah berkala tunggal yang melibatkan anak atau adik yang mencapai umur 18 tahun pada tahun 2022.
Penerima faedah berkala yang gagal mengemukakan Borang 117 bagi tahun sebelumnya.
Pembayaran faedah tahun 2022 bagi penerima seperti yang dinyatakan di atas akan dihentikan dan hanya akan diteruskan apabila Borang Akuan Tahunan (Peraturan 117) yang telah disempurnakan diterima oleh PERKESO.
Penerima faedah PERKESO dinasihatkan untuk berurusan terus dengan mana-mana Pejabat PERKESO yang berhampiran sekiranya ada sebarang kemusykilan dan elakkan daripada menggunakan orang tengah dalam sebarang urusan PERKESO.
PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL
06 SEPTEMBER 2021