Penguatkuasaan
Source: https://www.perkeso.gov.my/perkhidmatan-kami/majikan-pekerja/penguatkuasaan.html
Archived: 2026-04-23 17:10
Penguatkuasaan
Accessibility Tools
Content scaling
100
%
Font size
100
%
Line height
100
%
Letter spacing
100
%
Skip to main content
Penguatkuasaan
Pemeriksaan
Tujuan utama pemeriksaan diadakan adalah untuk memastikan pematuhan majikan terhadap Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Di bawah peruntukkan Seksyen 12, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, pegawai pemeriksa yang dilantik hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Aktiviti pemeriksaan ini dijalankan ke atas majikan dan ia dilaksanakan di seluruh Malaysia.
Objektif
Memastikan majikan mematuhi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 & Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971.
Memastikan semua rekod berkaitan disenggara dengan baik
Mengemaskini maklumat-maklumat majikan.
Mengutip tunggakan caruman dan kekurangan caruman.
Mengutip Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB).
Menyiasat aduan yang diterima.
Memberi penerangan kepada majikan.
Membantu majikan yang menghadapi masalah berkaitan caruman atau faedah.
Kompaun
Kompaun merupakan peruntukkan di bawah Seksyen 95A, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, di mana Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberikuasa oleh beliau boleh menawarkan kompaun kepada mana-mana orang yang telah melakukan kesalahan yang boleh dikompaun seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial (Pengkompaunan Kesalahan) 2006. Peraturan –Peraturan Keselamatan Sosial (Pengkompaunan Kesalahan) 2006 telah diwartakan dan mula berkuat kuasa pada 1 Mac 2006. Di bawah Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial (Pengkompaunan Kesalahan) 2006, jenis-jenis kesalahan yang boleh dikompaun hanyalah kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah subseksyen 94(e) dan (g) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Ianya merupakan kesalahan-kesalahan yang tidak melibatkan kewangan atau caruman majikan kepada PERKESO.
Jenis-jenis Kesalahan
Lewat Daftar Perusahaan.
Lewat Daftar Pekerja.
Tidak Menyediakan/Menyimpan Daftar Pekerja.
Lewat Melaporkan Kemalangan Dalam Tempoh Yang Ditetapkan.
Tidak Menyediakan Jadual Pembayaran Caruman.
Cara Mengkompaun
Notis kompaun akan dikeluarkan setelah PERKESO menerima maklumat atau aduan bahawa suatu kesalahan yang boleh dikompaun telah dilakukan. Tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan adalah bagi tempoh empat belas hari, sekiranya pembayaran penuh jumlah yang ditawarkan itu telah dibuat pada atau sebelum tempoh empat belas hari itu, tiada tindakan selanjutnya akan diambil. Namun, jika tiada bayaran kompaun yang diterima selepas tempoh empat belas hari itu atau dalam tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah maka, tindakan pendakwaan boleh dimulakan tanpa notis selanjutnya.
Pembayaran kompaun
Apabila suatu tawaran untuk mengkompaun mana-mana kesalahan telah dibuat dan diterima, pembayaran boleh dibuat melalui kiriman wang, wang pos, pesanan juruwang atau deraf bank yang kena dibayar kepada ‘Ketua Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial’ di alamat yang dinyatakan di dalam Notis Tawaran Untuk Mengkompaun.
Setiap pembayaran yang diterima akan dikemukakan dengan suatu resit rasmi.
Amaun kompaun yang boleh dikenakan hendaklah tidak melebihi lima puluh peratus (50%) daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu. Jumlah maksimum kompaun yang boleh dikenakan ialah RM 5,000 atau apa-apa amaun yang ditetapkan oleh PERKESO.
Kadar kompaun
Bil
Peruntukan Perundangan
Jenis Kesalahan
Kriteria Kesalahan
Amaun Kompuan
1
Seksyen 4
Lewat daftar perusahaan
Tempoh Kelewatan Mendaftar;
Melebihi 30 hari TETAPI kurang dari 1 tahun
RM500
Melebihi 1 tahun TETAPI kurang dari 2 tahun
RM1500
Melebihi 1 tahun TETAPI kurang dari 5 tahun
RM2000
Melebihi 5 tahun
RM4000
2
Seksyen 5
Lewat Daftar Pekerja
Tempoh Kelewatan Mendaftar;
Melebihi 1 bulan TETAPI kurang dari 1 tahun
RM 500 (seorang pekerja)

RM 1,000 (seorang pekerja)
Melebihi 2 tahun TETAPI kurang dari 5 tahun
RM 1,500 (seorang pekerja)
Melebihi 5 tahun
RM 3,000 (seorang pekerja)
3
Peraturan 34(1)
dan (2)
Gagal menyediakan/
menyimpan daftar pekerja
Gagal Menyediakan/
Menyimpan Daftar Pekerja:
Dalam tempoh 7 tahun kebelakangan pada pemeriksaan pertama
RM300
Dalam tempoh 7 tahun kebelakangan pada pemeriksaan yang kedua dan seterusnya
RM600
4
Peraturan 71(1) & (4) (b)
Lewat melaporkan kemalangan
dalam tempoh yang ditetapkan
Kes Kematian
Tempoh Kelewatan Melapor:
Melebihi 2 bulan TETAPI kurang dari 1 tahun
RM1000
Melebihi 1 tahun
RM1500
Kecederaan bencana kerja di tempat kerja:

Kecederaan kemalangan semasa perjalanan:
Tempoh Kelewatan Melapor:
Melebihi 3 bulan TETAPI kurang dari 1 tahun
RM1000
Melebihi 1 tahun
RM1500
5
Peraturan 44A
Gagal menyediakan jadual caruman
Gagal menyediakan dan mengemukakan Jadual Caruman untuk pekerja:
Dalam tempoh 7 tahun kebelakangan pada pemeriksaan yang pertama
RM300
Dalam tempoh 7 tahun pada pemeriksaan yang kedua dan seterusnya
RM600
Pendakwaan
Di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, majikan atau pekerja yang didapati bersalah atas kesalahan-kesalahan berikut boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Jenis-jenis Kesalahan Yang Boleh DIdakwa
Bil
Peruntukan Perundangan
Jenis Kesalahan
1
Seksyen 4
Gagal atau lewat mendaftar perusahaan
2
Seksyen 5 dan Peraturan 12(1)
Gagal atau lewat mendaftar pekerja yang layak
3
Seksyen 6(1) & (8) dan Peraturan 32
Gagal atau lewat membayar caruman
4
Seksyen 14(A) & Peraturan 33
Gagal membayar Faedah Caruman Lewat Bayar
5
Peraturan 71(1) & (2)
Majikan gagal atau lewat lapor kemalangan
6
Seksyen 93(A)
Memberi, membuat atau mengemukakan dokumen atau maklumat palsu
7
Seksyen 110(1)
Gagal mematuhi saman jabatan
Recovery
Unit "Recovery” ditubuhkan untuk mengutip atau mendapatkan balik bayaran yang telah diberikan kepada orang bencana, waris dan juga kepada penerima pinjaman pendidikan.
Fungsi
Unit ini akan bertindak sekiranya terdapat pinjaman pendidikan yang tidak menjelaskan bayaran yang sepatutnya mereka jelaskan dan juga mengutip lebihan bayaran faedah yang diperolehi oleh orang bencana atau orang tanggungan di mana mereka tidak berhak menerimanya.
Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan:
Lawatan ke premis majikan peminjam / penjamin bagi kes peminjam tegar.
Lawatan ke rumah peminjam / penjamin / orang bencana / orang tanggungan di mana gagal membayar pinjaman pendidikan/ lebihan bayaran.
Lawatan di luar Lembah Klang dengan mengadakan sesi perjumpaan bersama peminjam/ penjamin bagi kes peminjam tegar di Pejabat PERKESO Negeri atau Pejabat PERKESO Tempatan.