Soalan Lazim
Source: http://nci.moh.gov.my/index.php/ms/soalan-lazim
Archived: 2026-04-23 17:12
Soalan Lazim
Warna Teks
Saiz Teks
A-
A
A+
Pilihan bahasa
Laman Utama
Soalan Lazim
Soalan Lazim
AM
Berapakah caj rawatan yang dikenakan oleh Institut Kanser Negara (IKN)?
IKN merupakan salah sebuah agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan caj yang dikenakan untuk apa jua jenis rawatan dan kanser adalah sama seperti hospital-hospital kerajaan yang lain.
Walau bagaimanapun, setiap rawatan yang diterima oleh pesakit adalah berbeza mengikut keperluan pesakit atas saranan pegawai yang merawat. Maklumat berkaitan caj rawatan boleh diperoleh di laman web IKN:
http://nci.moh.gov.my/index.php/ms/orang-awam/caj-bayaran
Adakah maklumat caj rawatan yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp benar?
Tidak benar sama sekali. Untuk makluman, IKN telah mengeluarkan kenyataan media berkenaan penyebaran maklumat menerusi aplikasi media sosial berkaitan tawaran perkhidmatan dan caj rawatan tersebut.
Untuk keterangan lanjut, boleh melayari laman web IKN di pautan:

Bagaimanakah cara untuk memohon bantuan kewangan?
Untuk mendapatkan bantuan kewangan, ia bergantung kepada tahap sosio-ekonomi pesakit/ keluarga. Maklumat lanjut tentang bantuan tertentu boleh diperoleh daripada Unit Kerja Sosial Perubatan di hospital yang merawat pesakit.
Jika pesakit/waris ialah penjawat awam, rawatan percuma diberikan dan tidak akan dikenakan sebarang bayaran kepada:
Keluarga Pegawai( Suami/Isteri);
Anak-anak dibawah umur 18 tahun;
atau sekiranya masih bersekolah, di bawah 21 tahun; dan
Ibu bapa yang sah (
legal parents
).
* (Rujuk Perintah Am Bab F)
Namun begitu, pengemaskinian maklumat di HRMIS hendaklah dilakukan oleh penjawat awam untuk memastikan nama pesakit dan ahli keluarga pegawai ada di dalam senarai tanggungan.
Apakah yang telah dilakukan oleh IKN untuk membantu pelawat dan pesakit yang berhadapan dengan isu tempat parkir kenderaan yang sering penuh?
Pihak IKN sedang berusaha untuk menyediakan parker kepada pelawat di tapak bersebelahan bangunan IKN yang baharu dikosongkan.
Apa yang telah dilakukan oleh pihak IKN untuk pesakit yang tidak mendapat tempat duduk ketika menunggu disebabkan ada segelintir waris pesakit dan pelawat yang sihat tidak mengendahkan pesakit walaupun notis makluman “SILA BERI KEUTAMAAN TEMPAT DUDUK KEPADA PESAKIT KANSER” telah ditampal?
Pihak IKN telah menambah bilangan kerusi mengikut keluasan ruang menunggu dan para petugas klinik juga sering membuat pengumuman supaya pesakit kanser diberi keutamaan untuk duduk. Keprihatinan dan kesedaran semua pihak amat diperlukan bagi memastikan layanan sewajarnya dapat diberikan kepada para pesakit.
Adakah syarat tertentu jika pesakit/waris ingin meletakkan kenderaan di ruang parkir OKU, IKN?
Parkir OKU dikhaskan untuk meletakkan kenderaan yang dipandu oleh pesakit OKU. Pihak IKN amat berharap agar tiada pihak yang menyalahguna/mengambil kesempatan terhadap kemudahan yang disediakan khas untuk individu OKU.
SISTEM TEMUJANJI DI KLINIK ONKOLOGI, JABATAN RADIOTERAPI & ONKOLOGI
Apakah yang pesakit perlu tahu mengenai sistem temujanji?
Temujanji yang diberi adalah mengikut tarikh dan masa. Pesakit diminta mematuhi tarikh dan masa temujanji yang telah ditetapkan. Pesakit hanya akan didaftarkan 30 minit sebelum masa temujanji.
Apakah yang telah dilakukan oleh IKN untuk membantu pesakit bagi mengelakkan terjadinya pesakit terlepas tarikh dan masa temujanji?
IKN akan menghantar Khidmat Pesanan SMS kepada nombor telefon pesakit yang didaftarkan dengan IKN. SMS akan dihantar 2 (dua) hari sebelum tarikh temujanji.
Adalah menjadi tanggungjawab waris dan pesakit untuk memastikan nombor telefon yang diberikan adalah aktif (boleh dihubungi).
Apakah yang akan dilakukan oleh pihak IKN sekiranya pesakit terlepas tarikh temujanji?
Jururawat yang bertugas akan membuat semakan terlebih dahulu.
Tarikh dan masa temujanji yang baharu akan diberikan kepada pesakit sekiranya perlu.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya keadaan pesakit tiba-tiba lemah selepas waktu pendaftaran?
Waris perlu memaklumkan dengan kadar segera keadaan pesakit kepada staf yang bertugas di kaunter agar bantuan dapat diberikan kepada pesakit.
Patologi
Bolehkah saya memohon ujian makmal saya sendiri?
Individu tidak boleh memohon untuk ujian diri mereka sendiri, hanya Pakar/ Pegawai Perubatan yang dibenarkan untuk membuat permohonan sesuatu ujian bagi pengurusan pesakit.
Mengapa anda memerlukan lebih daripada satu tiub darah?
Ujian yang berbeza sering memerlukan tiub berasingan darah, dan sesetengah ujian memerlukan beberapa bahan pengawet khas. Kami berusaha untuk mengambil jumlah darah yang minimum bagi keperluan ujian yang telah dipesan.
Adakah saya perlu berpuasa sebelum ujian makmal perubatan saya?
Individu tidak boleh makan atau minum apa-apa selama kira-kira 12 jam sebelum ujian. Puasa bermakna anda tidak boleh makan atau minum apa-apa cecair kecuali air kosong. Anda tidak perlu untuk berpuasa melainkan jika doktor anda telah mengarahkan. Dua ujian yang biasa untuk berpuasa adalah ujian glukosa dan profil lipid.
Bolehkah saya mengambil ubat-ubatan sebelum menjalani ujian makmal perubatan?
Bergantung kepada ujian makmal yang diperlukan. Sila rujuk doktor anda sebelum spesimen makmal diambil.
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan keputusan ujian makmal saya?
Keputusan ujian boleh didapati melalui Pakar/Pegawai Perubatan yang merawat anda.Anggota makmal tidak dibenarkan memberi keputusan ujian secara terus kepada anda.
Apa itu transfusi darah?
Transfusi darah adalah rawatan yang melibatkan pemberian darah atau produk darah kepada seseorang atas nasihat doktor.
Adakah transfusi darah selamat?
Transfusi darah adalah selamat dan dalam beberapa kes, mungkin satu-satunya cara untuk menyelamatkan nyawa. Langkah-langkah pencegahan telah diambil untuk memastikan kualiti dan keselamatan produk darah . Penderma dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan semua darah yang diderma menjalani ujian saringan untuk mengesan penyakit berjangkit yang tertentu.
Adakah saya berisiko mendapat sebarang penyakit selepas pengambilan darah?
Tidak.. Polisi KKM menggunakan peralatan yang steril semasa proses pengambilan darah dan tidak diguna semula. Anggota adalah terlatih dalam kawalan infeksi.
Rekod perubatan
Bagaimanakah cara-cara untuk membuat permohonan Laporan Perubatan?
Laporan Perubatan boleh dimohon melalui Jabatan Rekod Perubatan, Aras 6 dengan mengisi borang KKM/LP1/2008 yang boleh dimuat turun di
sini
atau didapati di Jabatan Rekod Perubatan.
Permohonan secara bertulis kepada alamat seperti berikut :-
Pengarah
Institut Kanser Negara
No. 4, Jalan P7, Presint 7
62250 Putrajaya
(u.p. : Jabatan Rekod Perubatan)
Siapakah yang layak memohon Laporan Perubatan?
Permohonan daripada pesakit sendiri
Permohonan daripada ibu/ bapa/ penjaga yang sah (bagi pesakit berumur 18 tahun ke bawah)
Permohonan daripada waris untuk suami/ isteri/ anak/ adik beradik & ibu bapa
Permohonan melalui agen/ wakil (insurans, peguam dan lain-lain)
Apakah syarat-syarat untuk membuat permohonan Laporan Perubatan?
Pesakit pernah mendapatkan rawatan di Institut Kanser Negara bagi mana-mana perkhidmatan: Perkhidmatan Pesakit Luar/Pesakit Dalam atau Rawatan Harian.
Apakah dokumen yang perlu dibawa bersama semasa membuat permohonan?
Salinan Kad Pengenalan pesakit
Salinan Kad Pengenalan pemohon
Salinan Sijil Nikah bagi permohonan suami/ isteri
Surat Keizinan jika permohonan dari pihak ke tiga (surat keizinan boleh dimuat turun
di sini
)
Salinan Sijil Mati/Permit Penguburan jika pesakit meninggal dunia
Kad Temujanji
Surat Keizinan dari pihak Kedutaan Negara berkaitan bagi kes-kes warga negara asing yang meninggal dunia/ tidak dapat dikesan atau warisnya tidak dapat dihubungi.
Borang-borang yang berkaitan (KWSP, PERKESO, insuran dan sebagainya)
Berapakah bayaran yang dikenakan bagi penyediaan Laporan Perubatan bagi Warganegara?
Laporan Biasa oleh Pegawai Perubatan - RM40.00
Laporan Ringkas Pakar / Pendapat Pakar - RM80.00
Laporan Terperinci Pakar - RM200.00 - RM1,000.00
Salinan LP asal untuk tujuan yang sama - 50% dari kadar caj asal
Berapakah caj bagi Laporan Perubatan bagi Warganegara Asing?
Laporan Biasa oleh Pegawai Perubatan - RM120.00
Laporan Ringkas Pakar / Pendapat Pakar - RM240.00
Laporan Terperinci Pakar - RM400.00 - RM2,000.00
Pihak manakah yang layak mendapat pengecualian bayaran?
Polis
Jabatan Kerajaan bagi tujuan pentadbiran
Biro Bantuan Guaman
Borang BAT F117 untuk tentera yang disertakan bersama surat pengesahan daripada Pegawai Pemerintah
Berapa lamakah tempoh penyediaan Laporan Perubatan disediakan?
Dalam tempoh 28 hari bekerja dari tarikh menerima borang permohonan yang lengkap.
Bolehkah salinan Rekod Perubatan Pesakit diberikan kepada pesakit?
Tidak Boleh.
“ Rekod Perubatan Pesakit (RPP) adalah Hak Milik Hospital manakala maklumat di dalam RPP adalah hak milik pesakit. RPP adalah dikategorikan sebagai dokumen SULIT menurut etika perubatan”
Pekeliling Ketua Pengarah Kes. Bil 17/2010: “Garis Panduan Pengendalian dan Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit bagi Hospital dan Institusi Perubatan”
Utama
Info Korporat
Pengenalan
Pengurusan Tertinggi
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Doktor Pakar Kami
Pencapaian & Statistik
Jabatan & Unit
Perkhidmatan Klinikal
Radioterapi & Onkologi
Perubatan Nuklear
Radiologi
Pembedahan
Gine-Onkologi
Bedah Mulut dan Maksilofasial
Anestesiologi & Rawatan Kritikal
Patologi
Paliatif & Rawatan Sokongan
Kecemasan
Pengurusan Perubatan
Perkhidmatan Sokongan
Farmasi
Dietetik & Sajian
Kawalan Infeksi
Pusat Penyelidikan Klinikal
Perubatan Tradisional & Komplementari
Kejururawatan
Penyeliaan
Bekalan Bahan Steril
Registri Kanser Kebangsaan
Rekod Perubatan
Unit Pengurusan Risiko Pesakit & Survelan Klinikal (UPRISK)
Kesihatan Awam
Pendidikan Kesihatan
Kerja Sosial Perubatan
Fisioterapi
Penjagaan Luka
Perkhidmatan Pengurusan
Kejuruteraan
Perolehan & Pengurusan Aset
Perhubungan Awam
Kewangan & Hasil
Sumber Manusia & Latihan
Unit Pengurusan Am
Perpustakaan
Hal Ehwal Islam
Psikologi Kaunseling
Unit Keselamatan
Teknologi Maklumat
Hospital Kluster Klang Valley 4 (HKKV4)
Perkhidmatan
Perkhidmatan Teras
Perkhidmatan Pesakit Dalam
Perkhidmatan Klinik Pakar
Perkhidmatan Rawatan Harian
Penerbitan
Laporan
Risalah
Poster
Akta
Polisi
Panduan Amalan Klinikal (CPG)
Siaran Akhbar/Kenyataan Akhbar
Hubungi Kami
Lokasi
Waktu Operasi
Maklum Balas
Direktori Pegawai
Carian