Perubatan Nuklear

Perubatan Nuklear
Warna Teks
Saiz Teks
A-
A
A+
Pilihan bahasa
Laman Utama
Jabatan & Unit
Perkhidmatan Klinikal
Perubatan Nuklear
JABATAN PERUBATAN NUKLEAR
Pengenalan
Jabatan Perubatan Nuklear, Institut Kanser Negara (IKN) menyediakan perkhidmatan pengimejan nuklear diagnostik dan terapi radionuklid untuk pesakit dalam, pesakit luar dan pesakit rawatan harian. Jabatan ini mempunyai sebuah wad radionuklid berkapasiti sebanyak 28 katil, iaitu yang terbesar di Asia Tenggara. Jabatan ini turut mengendalikan perkhidmatan PET-CT dan siklotron yang telah beroperasi sejak tahun 2006 lagi dan memperoleh pengiktirafan
Good Manufacturing Practice
(GMP).
Klinik Pakar Perubatan Nuklear mula beroperasi pada 14 Oktober 2013 dan wad radionuklid telah mula menerima pesakit di pada 18 November 2013.
Jabatan Perubatan Nuklear, IKN telah memperoleh pengakreditasian
National Quality Management Audits in Nuclear Medicine Practices
(QUANUM) pada April 2019.
Misi
Untuk memberi perkhidmatan perubatan nuklear yang optimum iaitu diagnostik dan terapeutik terutamanya untuk pesakit kanser.
Untuk menjadi pusat utama dan ke hadapan dalam pendidikan dan hub latihan kepakaran dalam perubatan nuklear, menampung pelbagai kategori pekerja kesihatan seperti pegawai perubatan, pakar, staff sokongan profesional dan paramedik.
Untuk menjadi pusat utama dalam kajian nuklear onkologi di Malaysia yang merangkumi diagnosis, rawatan dan penjagaan pesakit dengan kolaborasi bersama agensi lain di dalam dan luar negara.
Visi
Untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam perkhidmatan Perubatan Nuklear terutamanya dalam pengurusan kanser, pendidikan dan kajian untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser termasuk
cancer survivors
.
Objektif
Untuk menjadi pusat rujukan kebangsaan dalam perkhidmatan perubatan nuklear yang menyediakan pengurusan kanser yang komprehensif.
Untuk menyediakan suasana penyelidikan dan latihan yang kondusif dan meningkatkan kualiti pengurusan dan perawatan kanser.
Piagam Pelanggan
KEWAJIPAN KAMI:
Memberi perkhidmatan dan rawatan yang sewajarnya, berkualiti, selamat dan bertepatan masa. Keutamaan diberikan kepada pelanggan yang memerlukan perkhidmatan segera.
Memberi layanan yang profesional, bersopan-santun, bertimbang-rasa, bersikap jujur, ikhlas dan amanah.
Memastikan kehormatan, keselamatan serta kerahsiaan maklumat pesakit/pelanggan sentiasa dipelihara semasa menjalani pemeriksaan.
Memberi penerangan yang jelas berkenaan prosedur dan rawatan yang dipersetujui termasuk risiko dan pilihan lain.
Memastikan:
Masa menunggu pemeriksaan doktor dalam tempoh kurang 60 minit dari masa temujanji.
75% laporan skan disiapkan dalam masa 5 hari bekerja.
KEWAJIPAN PELANGGAN:
Untuk membolehkan jabatan ini melaksanakan piagam pelanggan dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk:
Mematuhi semua peraturan klinik
Menggunakan kemudahan yang disediakan dengan penuh tanggungjawab.
Menyemai sikap bersabar dan bertolak ansur semasa menunggu giliran pemeriksaan doktor.
Perkhidmatan
1. Perkhidmatan Perubatan Nuklear Diagnostik:
Untuk mengenalpasti penyakit, menilai fungsi organ dan mengenalpasti perkembangan penyakit atau keberkesanan rawatan yang telah diterima oleh pesakit. Ia terbahagi kepada perkhidmatan pengimejan dan bukan pengimejan.
Perkhidmatan pengimejan:
Pengimejan nuklear konvensional atau hibrid:
Pengimejan konvensional menggunakan kamera gama (
planar
dan SPECT) dan kamera PET. Kamera gama dan PET merupakan mesin pengesanan luaran yang menangkap sinaran radiasi yang dihasilkan oleh radiofarmaseutikal di dalam badan pesakit dan seterusnya menghasilkan imej skan. Pengimejan hibrid seperti SPECT-CT dan PET-CT pula menggabungkan pengimejan nuklear konvensional dengan pengimejan CT. Kombinasi pengimejan hibrid menghasilkan gambar yang lebih jelas, tepat serta merangkumi maklumat fungsi dan struktur ketumbuhan/organ/badan pesakit.
Pengimejan Nuklear am termasuk
Thyroid Scan, Iodine Whole Body Scan, Bone Scan, Renal DTPA, Renal DMSA, Myocardial Perfusion Imaging, Parathyroid Scan, Sentinel Node Mapping, Lung Perfusion Scan, WBC Scan, HIDA Scan, Meckel’s Scan,
dan sebagainya
.
Pengimejan PET-CT termasuk F-18 FDG, Ga-68 DOTA-peptide, Ga-68 PSMA, I-124, dan sebagainya.
ii.
Perkhidmatan bukan pengimejan:
Perkhidmatan ini tidak melibatkan pengimejan seperti
Radioimmunoassay Methods
. Salah satu perkhidmatan bukan pengimejan yang ditawarkan di IKN ialah penilaian GFR menggunakan Tc-99m DTPA.
2. Perkhidmatan Perubatan Nuklear Terapeutik:
Terapi radionuklid menggunakan radioaktif atau radiofarmaseutikal
terbuka
seperti berikut:
Iodine-131
untuk kanser tiroid atau
thyrotoxicosis
;
Lutetium-177
DOTATATE untuk kanser neuroendokrin
;
Lutetitum-177
PSMA untuk kanser prostat
;
Samarium-153
EDTMP untuk
refractory bone pain;
Ytrium-90
untuk rawatan
Selective Internal Radiation Therapy
(SIRT) untuk kanser hati
;
dan
Iodine-131 meta-iodobenzylguanidine
(MIBG) untuk kanser
pheochromocytoma
dan
paraganglioma;
3. Fasiliti Sikltoron-Penyediaan Radiofarmaseutikal:
Menghasilkan radiofarmaseutikal untuk kegunaan dalaman (in-house) dan untuk dibekalkan ke fasiliti PET-CT yang lain; hospital awam dan/atau hospital swasta di Malaysia. Jabatan Perubatan Nuklear perlu mematuhi undang-undang kebangsaan dalam penyediaan ubatan radioframseutikal,
Occupational Health and Safety Act 304 Atomic Energy Licensing Act 1984: Atomic Energy Licensing (Basic Safety Radiation Protection) Regulations 2010
serta undang-undang antarabangsa yang berkaitan berkenaan penyediaan radiofarmaseutikal.
4. Ex-RAD
Menjadi pusat rujukan kebangsaan untuk kemalangan dan kecemasan radiologi dan nuklear.
Peta ke lokasi bangunan PET-CT boleh dicapa
i
di sini.
SENARAI BORANG/DOKUMEN JABATAN
BIL.
SENARAI DOKUMEN JABATAN NUKLEAR
1.
Borang Permohonan Kajian/Rawatan Radioisotop (Nuclear Medicine General Request Form)
Klik
2.
Borang Permohonan Kajian Perfusi Jantung (Myocardial Perfusion Study Request Form)
Klik
3.
Borang Permohonan Kajian PET-CT (PET-CT Request Form)
Klik
4.
Panduan Ujian Perfusi Jantung (BM)
Klik
5.
Panduan Ujian Perfusi Jantung (Myocardial Perfusion Study Patient Information/Instruction)
Klik
6.
Borang Permohonan Kajian PET-CT (PET-CT Request Form) untuk Somatostatin Receptor (SSTR), Ga-68 DOTA-peptide
Klik
7.
Borang Permohonan Kajian PET-CT (PET-CT Request Form) untuk PSMA for Prostate Cancer
Klik
Perkhidmatan Klinikal
Radioterapi & Onkologi
Perubatan Nuklear
Radiologi
Pembedahan
Gine-Onkologi
Bedah Mulut dan Maksilofasial
Anestesiologi & Rawatan Kritikal
Patologi
Paliatif & Rawatan Sokongan
Kecemasan
Pengurusan Perubatan
Perkhidmatan Sokongan
Farmasi
Dietetik & Sajian
Kawalan Infeksi
Pusat Penyelidikan Klinikal
Perubatan Tradisional & Komplementari
Kejururawatan
Penyeliaan
Bekalan Bahan Steril
Registri Kanser Kebangsaan
Rekod Perubatan
Unit Pengurusan Risiko Pesakit & Survelan Klinikal (UPRISK)
Kesihatan Awam
Pendidikan Kesihatan
Kerja Sosial Perubatan
Fisioterapi
Penjagaan Luka
Perkhidmatan Pengurusan
Kejuruteraan
Perolehan & Pengurusan Aset
Perhubungan Awam
Kewangan & Hasil
Sumber Manusia & Latihan
Unit Pengurusan Am
Perpustakaan
Hal Ehwal Islam
Psikologi Kaunseling
Unit Keselamatan
Teknologi Maklumat
Hospital Kluster Klang Valley 4 (HKKV4)
Utama
Info Korporat
Pengenalan
Pengurusan Tertinggi
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
Doktor Pakar Kami
Pencapaian & Statistik
Jabatan & Unit
Perkhidmatan Klinikal
Radioterapi & Onkologi
Perubatan Nuklear
Radiologi
Pembedahan
Gine-Onkologi
Bedah Mulut dan Maksilofasial
Anestesiologi & Rawatan Kritikal
Patologi
Paliatif & Rawatan Sokongan
Kecemasan
Pengurusan Perubatan
Perkhidmatan Sokongan
Farmasi
Dietetik & Sajian
Kawalan Infeksi
Pusat Penyelidikan Klinikal
Perubatan Tradisional & Komplementari
Kejururawatan
Penyeliaan
Bekalan Bahan Steril
Registri Kanser Kebangsaan
Rekod Perubatan
Unit Pengurusan Risiko Pesakit & Survelan Klinikal (UPRISK)
Kesihatan Awam
Pendidikan Kesihatan
Kerja Sosial Perubatan
Fisioterapi
Penjagaan Luka
Perkhidmatan Pengurusan
Kejuruteraan
Perolehan & Pengurusan Aset
Perhubungan Awam
Kewangan & Hasil
Sumber Manusia & Latihan
Unit Pengurusan Am
Perpustakaan
Hal Ehwal Islam
Psikologi Kaunseling
Unit Keselamatan
Teknologi Maklumat
Hospital Kluster Klang Valley 4 (HKKV4)
Perkhidmatan
Perkhidmatan Teras
Perkhidmatan Pesakit Dalam
Perkhidmatan Klinik Pakar
Perkhidmatan Rawatan Harian
Penerbitan
Laporan
Risalah
Poster
Akta
Polisi
Panduan Amalan Klinikal (CPG)
Siaran Akhbar/Kenyataan Akhbar
Hubungi Kami
Lokasi
Waktu Operasi
Maklum Balas
Direktori Pegawai
Carian