Pendaftaran Majikan
Source: https://www.perkeso.gov.my/perkhidmatan-kami/majikan-pekerja/pendaftaran-majikan.html
Archived: 2026-04-23 17:12
Pendaftaran Majikan
Accessibility Tools
Content scaling
100
%
Font size
100
%
Line height
100
%
Letter spacing
100
%
Skip to main content
Majikan
Tanggungjawab Majikan
Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971 terpakai kepada semua perusahaan yang mempunyai seorang pekerja atau lebih.
Majikan utama dan majikan langsung yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja atau lebih, bertanggungjawab mendaftar dan membayar caruman mengikut kadar yang ditetapkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 yang diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Majikan utama juga bertanggungjawab untuk memastikan semua pekerja yang diambil bekerja oleh majikan langsung telah didaftarkan dan caruman dibayar dengan tepat.
Majikan perlu melaporkan semua kemalangan berkaitan pekerjaan yang menimpa pekerjanya dalam tempoh masa 48 jam daripada kemalangan itu diketahui oleh majikan atau pihak yang bertanggungjawab bagi pihak majikan.
Jenis Majikan
Majikan Utama
Majikan yang mengambil pekerja secara terus di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan. Semua urusan perkhidmatan dan pembayaran gaji diuruskan oleh majikan utama.
Majikan Langsung
Majikan yang mengambil pekerja dan menjalankan kerja di bawah penyeliaan majikan utama. lni termasuk seseorang yang telah membuat suatu kontrak perkhidmatan dengan seorang pekerja dan meminjamkan atau menyewakan bagi sementara waktu perkhidmatan pekerja tersebut kepada majikan utama.
Pendaftaran Majikan & Pekerja
Langkah 1:
Daftar ID Portal
Layari
Portal ASSIST
dan lengkapkan pendaftaran ID portal.
Terima kata laluan sementara melalui emel daripada PERKESO.
Log masuk menggunakan kata laluan tersebut.
Sila rujuk
Panduan Portal ASSIST
Pendaftaran Portal ID.
Langkah 2:
Pendaftaran Majikan
Log masuk Portal Assist dan lengkapkan butiran majikan dan pekerja.
Muatnaik borang-borang yang diimbas serta dokumen sokongan.
Muat-turun borang-borang yang disenaraikan di bawah:
Borang 1 - Pendaftaran Majikan
Borang 2 - Pendaftaran Pekerja
Borang SIP 1 - Pendaftaran Majikan
Borang SIP 2 - Pendaftaran Pekerja
Borang SIP 1A - Borang Pemberitahuan Majikan
Borang SIP 2A - Borang Pemberitahuan Pekerja
Bagi pekerja domestik, gantikan Borang 2 ke:
Borang Pendaftaran Pekerja Domestik
Bagi pekerja asing, gantikan Borang 2 ke:
Borang Pendaftaran Pekerja Asing
Borang Pengisytiharaan Orang Tanggungan Pekerja Asing
Bagi pekerja asing, Borang SIP 1 & 2 tidak diperlukan.
Lengkapkan borang-borang dan imbas (scan) borang-borang tersebut.
Sediakan dokumen-dokumen sokongan mengikut
senarai semak
.
Hantar dan terima emel pengesahan daripada PERKESO.
Sila rujuk
Panduan Portal ASSIST
Pendaftaran Majikan.
Langkah 3:
Bayaran Caruman
M
elalui Portal ASSIST
Berikut adalah panduan membayar caruman di sistem ASSIST: Sila rujuk
Panduan Portal Assist
Bayaran
Kenali PERKESO melalui
Video Induksi
ini
Sebarang pertanyaan lanjut sila e-mel kepada
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
atau hubungi talian khidmat pelanggan PERKESO 1-300-22-8000.
Caruman
Anda boleh ke laman caruman untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kadar caruman dan bayaran caruman.
Info Caruman
Bayaran Pendahuluan Caruman Pekerja Domestik
Majikan pekerja domestik kini boleh membuat pembayaran pendahuluan untuk tempoh 12 bulan melalui aplikasi Prihatin. Sila rujuk kepada panduan ringkas untuk maklumat lanjut.
Panduan Bayaran Pendahuluan Caruman
Info
Pemberhentian Sebagai Majikan
Setiap majikan yang berhenti daripada menjadi majikan, hendaklah melengkapkan
Borang 1A
bagi Akta 4 dan
Borang SIP 3
Bagi Akta 800 dan mengemukakan bersama dokumen berkaitan dalam tempoh 30 hari pemberhentian tersebut melalui Portal ASSIST.
Rekod Daftar Kerja
Majikan hendaklah menyelenggara dan menyimpan rekod daftar pekerja yang menunjukkan butir-butir berikut bagi tiap-tiap bulan untuk setiap pekerja:
Nama
Nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara
Pekerjaan
Butiran Caruman
Gaji Bulanan
Elaun-elaun
Daftar pekerja dan semua rekod bayaran caruman hendaklah disimpan selama tujuh (7) tahun dari tarikh catatan terakhir.
Takrif Gaji
Semua pembayaran berbentuk wang kepada pekerja dianggap sebagai gaji yang layak dicarumkan dengan PERKESO. Pembayaran-pembayaran berkenaan seperti:
Upah
Kerja lebih masa
Komisyen dan caj perkhidmatan
Cuti sakit, bersalin, rehat, kelepasan am dan sebagainya
Elaun-elaun insentif, shif, makan, sara hidup, perumahan dan sebagainya.
Semua pembayaran tersebut akan dibayar kepada pekerja sama ada bayaran mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja (piece rated / task rated) adalah dianggap sebagai gaji. Walau bagaimanapun, pembayaran-pembayaran berikut tidak dianggap sebagai gaji:
Pembayaran oleh majikan kepada tabung kumpulan pekerja
Pembayaran ke atas tuntutan perjalanan
Pembayaran ke atas persaraan atau pemberhentian pekerja
Bonus tahunan
Penguatkuasaan
Informasi berkenaan penguatkuasaan seperti:
Pemeriksaan
Objektif
Kompaun
dan lain-lain.
Selanjutnya