Mufti Selangor – Jabatan Mufti Negeri Selangor

Source: https://www.muftiselangor.gov.my/mufti-selangor

Archived: 2026-04-23 17:15

Mufti Selangor – Jabatan Mufti Negeri Selangor
Skip to content
mufti selangor
Y.A.D. Dato' Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir
S.S. Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor
Mengenai s.s. dato' seri utama diraja mufti selangor
Beliau dilahirkan pada 10 Januari 1976 dan berasal dari Kampung Sungai Serdang, Kapar. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ) Shah Alam (1989-1991) dan Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang (1992-1995). Beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Feqh Wa Usuluh) Mumtaz dari The World Islamic Sciences And Education University (WISE), Jordan, Ijazah Sarjana (Falsafah Islamiyah) Mumtaz dari Universiti Kaherah, Mesir dan Ijazah Sarjana Muda Kepujian (Syariah Islamiyah) dari Universiti Al-Azhar, Mesir.
Beliau memulakan kerjaya
sebagai seorang Pensyarah di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam(CTU) di UiTM Pahang (Julai-Disember 2006) dan di UiTM Melaka (Januari-Jun 2007). Beliau kemudiannya menjadi Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Ogos 2007. Beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Mufti Selangor bermula Januari 2016 hingga 20 Mei 2021 sebelum dilantik sebagai Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor ke-7 berkuatkuasa pada 21 Mei 2021.
Accessibility Toolbar
keyboard
Keyboard Navigation
visibility_off
Disable Animations
nights_stay
Contrast
format_size
Increase Text
text_fields
Decrease Text
font_download
Readable Font
title
Mark Titles
link
Highlight Links & Buttons
Powered with
favorite
Love
by
Codenroll