Gas asli - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Pergi ke kandungan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gas asli
ialah
gas
yang terbentuk dalam lapisan magma di dalam bumi. Gas ini terperangkap di dalam lapisan-lapisan bumi, biasanya bersama-sama
petroleum
. Komposisinya juga hampir sama, sebatian
hidrokarbon
terutamamnya gas
Metana
Gas Asli Cecair
sunting
sunting sumber
Gas Asli Cecair
atau
LNG
sebahagian besarnya mengandungi
Metana
dan lain-lain
hidrokarbon
seperti
etana
propana
dan
butana
Apabila metana disejukkan ke paras suhu -161'C ia bertukar dari bentuk
gas
menjadi
cecair
. Melalui proses ini gas asli yang telah bertukar dalam bentuk cecair dikurangkan menjadi 1/600 dari jumlah isipadu gas asli di dalam bentuk gas. Oleh itu , ia boleh dibawa dengan tangki-tangki khas dengan jumlah yang banyak ke tempat-tempat yang memerlukannya.
Apabila dicair dan disejukkan , gas asli cecair dapat disimpan pada kadar
tekanan udara
. Oleh itu , ia boleh dijadikan simpanan gas yang berguna dan boleh dikeluarkan apabila permintaaan barangan tersebut melebihi kadar biasa.
Pengeluaran
sunting
sunting sumber
Gas asli terpaksa melalui berbagai proses sebelum gas asli cecair diperolehi.
Gas daripada
pelantar
luar pantai akan disalurkan melalui
paip bawah laut
ke
Stesen Pengambilan Gas
di mana jumlah gas akan diukur. Lembapan dan lain-lain bahan yang tidak dingini yang berada di dalam gas dikeluarkan.
Dari sini gas tersebut disalurkan kepada Unit Pengasingan Gas Asid di mana
karbon dioksida
dan
hidrogen sulfida
dalam gas tersebut dikeluarkan untuk mengelakkan dari berlaku pembekuan dan tersumbat di dalam Unit Pencairan.
Gas tersebut kemudian disalurkan ke Unit Pengeringan di mana wap dikeluarkan lagi.
Selepas itu gas tersebut akan dihantar ke Unit Pemecahan di mana ia akan dipecahkan kepada berbagai komponen. Lain-lain komponen seperti
etana
dan
propana
dikeluarkan untuk dijadikan bahan penyejuk , sementara
benzene paraffin
dikeluarkan untuk mengelakkan pembekuan dan tersumbat semasa proses pencairan.
Gas yang selebihnya dihantar ke Unit Pencairan di mana ia dicarikan dengan menyejukkan suhu ke paras -161'C dengan menggunakan alat penyejuk.
Penukaran kepada gas asli cecair
sunting
sunting sumber
Proses penukaran gas asli kepada gas asli cecair ini bermula di stesen pengambilan gas yang sama . Proses ini melibatkan proses pengeluaran bahan-bahan yang tidak diperlukan dari gas isian loji, mengekalkan tekanan aliran gas ke loji dan mengukur pengambilan gas ke loji.
Unit pengasing gas asid untuk mengeluarkan sebatian
karbon dioksida
dan
sulfur
dari gas yang akan dicairkan. Ini adalah perlu untuk menghalang pembekuan karbon dioksida di dalam bahagian pencecairan di samping mengelakkan kakisan peralatan dan pencemaran barangan.
Unit pengeringan untuk mengeluarkan
air
dari dalam gas , dengan itu dapat mengelakkan masalah pembekuan di bahagian pencecairan.
Unit pencecairan dan unit pemecahan.
apabila gas asli cecair tiba ditempatnya, ia dimasukkan ke dalam tangki simpanan yang ditebat. Sebelum ia dapat digunakan ia mestilah dipanaskan menjadi gas semula. Gas tersebut kemudian disalurkan melalui paip kepada pengguna.
Kegunaan
sunting
sunting sumber
Kegunaan utama gas asli ialah :
Penghasilan tenaga
elektrik
di stesen janakuasa elektrik.
Bahan bakar kenderaan (
NGV
Gas memasak di dapur
Alat pemanasan di rumah
Penghasilan baja
Industri petrokimia
Gas asli cecair biasanya digunakan di bandar-bandar tetapi kini disebarluas ke kawasan pedalaman.
Kebanyakan gas asli cecair yang dikeluarkan di dunia hari ini digunakan sebagai bahan api industri kerana ciri-cirinya yang bebas dari pencemaran dan nilai kalori yang tinggi.
Dibandingkan dengan petroleum, gas asli tidak menghasilkan banyak
pencemaran
. Namun faktor utama ia tidak digunakan lebih meluas ialah kesukaran penghantaran dan penyimpanan. Ini adalah kerana gas asli amat mudah terbakar dan meletup.
Sejarah industri LNG
sunting
sunting sumber
Loji gas asli cecair yang pertama telah dibina pada bulan Jauari 1940 oleh
Hope Natural Gas Company
di
Amerika Syarikat
. Loji tersebut berupaya mencecairkan sebanyak 300,000 kaki padu sehari dan menyimpan sebanyak lebih dari 1 juta kaki padu gas.
Hantaran pertama gas asli cecair di antara benua bermula tahun 1964 dengan perdagangan di antara
Algeria
dan
England
. Sejak bermulanya perdagangan gas asli cecair dunia tahun 1964, industri gas asli cecair telah berkembang dengan cepat sama ada dari segi jumlah projek yang dikendalikan mahupun dari segi saiz setiap projek.
Malaysia
turut mempunyai loji proses
gas asli
di
Bintulu
yang bernama
Malaysia LNG Sdn Bhd
Fenomena dunia
sunting
sunting sumber
Gas Asli Cecair telah menjadi bertambah penting sebagai punca tenaga di tiga kawasan industri di dunia iaitu
Amerika Syarikat
Eropah Barat
dan
Jepun
. Peningkatan ini berkaitan dengan pencemaran udara, pemeliharaan alam sekitar dan bahantahan terhadap pembakaran gas dengan jumlah yang banyak dari operasi minyak mentah.
Pengguna utama
sunting
sunting sumber
Jepun
adalah merupakan penguna gas asli cecair yang utama di dunia dan mengimport lebih separuh gas asli cecair dunia. Ia merupakan sumber tenaga yang keempat pentingnya di Jepun dan dianggarkan akan menyumbang 9 % dari keperluan sumber tenaga negara tersebut pada tahun 1990.
Sehingga kini,
Jepun
merupakan negara yang paling maju dalam cara pengunaan gas asli cecair. kira-kira 75 % gas asli cecair digunakan untuk menjana elektrik sementara 23 % dibekalkan untuk kegunaan rumah tangga. Selebihnya digunakan untuk industri besi keluli, kimia dan tekstil.
Penghantaran
sunting
sunting sumber
29 Januari 1983
kapal Tenaga Satu
sebuah kapal tangki gas asli cecair yang disewa dari
Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia
MISC
) telah berlayar ke
Jepun
dengan kargo gas asli cecair yang pertama sebanyak 57,000 tan metrik. Ia merupakan penghantaran kargo gas asli yang pertama dari 2000 penghantaran yang akan dihantar ke
Tokyo Electric Power Company
dalam kontrak 20 tahun yang akan berakhir pada 31 Mac 2003.
Bandar
Yokohama
di
Jepun
di mana MISC mempunyai pejabat gas asli cecair akan dijadikan pusat operasi utama. Semua kerja-kerja pembaikan dijangka akan dijalankan di limbungan kapal
Honmoku
di
Yokohama
Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia
MISC
) telah menempah 5 buah kapal dari
Peranchis
. Kapal tersebut dibina di limbungan kapal
Chantiers de France Dunkerque
di
Peranchis
Tempoh pelayaran untuk penghantaran ke
Jepun
termasuk pelayaran balik ke
Bintulu
ialah selama 14 hari. Kelajuan kapal ini ialah 19 knot sejam.
1982 , sejumlah 34 penghantaran telah dikendalikan. Jumlah ini bertambah menjadi 60 pada tahun 1984 dan 120 setahun mulai tahun 1986.
Pelanggan utama
sunting
sunting sumber
Tokyo Electric Power Company
dan
Tokyo Gas Company
yang mempunyai keupayaam penjanaan sebanyak 40,000 megawatt adalah merupokan syarikat penjana kuasa elektrik terbesar di dunia.
Pada 1983, sejumlah 1.7 juta tan metrik gas asli cecair dieksport ke Jepun. Apabila gas asli cecair tiba di
Jepun
, ia akan diterima di terminal
Sodegaura
dan di terminal baru
Tokyo Power Company
di
Higashi Ogishima
di
Teluk Tokyo
7 Februari 1983
kapal Tenaga Satu
berlabuh di pengkalan Tokyo Gas di
Sodegaura
. Projek LNG ini dapat mengeratkan hubungan antara
Malaysia
dan
Jepun
Kadar
sunting
sunting sumber
1 tan gas asli cecair = 1.14 hingga 1.22 tan minyak mentah
1 tan minyak mentah = 7.3 tong minyak mentah
1 tong minyak mentah = 5,800 kaki padu gas asli
1 juta kaki padu gas asli = 13.69 tan metrik gas asli cecair
1 tan metrik gas asli cecair = 51.8 juta British Thermal Unit
1 kaki padu gas asli = 1000 British Thermal Unit.
Lihat juga
sunting
sunting sumber
Kenderaan gas asli
Rujukan
sunting
sunting sumber
Nada Petronas- Malaysia LNG , Februari 1983
Diambil daripada "
Kategori
Gas asli
Bahan api
Sumber tenaga
Gas asli
Tambah topik
US