Linux - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Pergi ke kandungan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana ini mengenai sistem pengendalian yang menggunakan inti Linux. Untuk inti tersebut sendiri, sila lihat
inti Linux
Linux
Tux
si burung penguin, maskot inti Linux
Maklumat umum
Eponim
Linux
Linus Torvalds
dan
UNIX
Jenis sistem
Ala UNIX
perisian bebas
pelantar komputer
projek
dan
collaborative work
(en)
Keluarga sistem
Linux
Pencipta
Linus Torvalds
Ditulis dalam
(mul)
Bahasa himpunan
Keadaan kerja
Semasa
Keluaran awal
17 September 1991
Keluaran terkini
5.7.7 (inti Linux) /
30 Jun
2020
Pratonton terkini
Inti:
4.3-rc4
(4 Oktober 2015
; 10 tahun yang lalu
2015-10-04
Ciri teknikal
Pelantar
Senarai pelantar yang disokong
DEC Alpha
(mul)
x86
(mul)
x86_64
ARM
PowerPC
(mul)
RISC-V
(mul)
MIPS
Jenis
inti
Inti monolitik
bermodul
Lesen
Lesen Awam Am GNU
dan lain-lain
Pautan berkaitan
Tanda pagar
Linux
sunting
sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
ubuntu
Linux
Sejarah
Projek GNU
Inti Linux
sejarah
kemudahalihan dan seni bina disokong
Kontroversi penamaan
SCO dan Linux
Windows dan Linux
Penerimaan
Hukum Linus
Tux
Pengedaran
Pengedaran Linux
senarai
perbandingan
Format pakej Linux
LiveDistro
senarai
perbandingan
Live USB
Mini Linux
Aplikasi
Pelayan
Atas meja
Terbenam
Permainan
Pelanggan nipis
Kotak ini:
pralihat
bincang
sunting
Istilah
Linux
atau
GNU/Linux
GNU
) juga digunakan bagi merujuk kepada keseluruhan edaran
Linux
yang selalunya disertakan perisian-
perisian
lain sekali dengan
sistem pengendalian
. Contoh-contoh perisian adalah seperti
pelayan web
bahasa pengaturcaraan
pangkalan data
, persekitaran desktop]] (seperti
GNOME
dan
KDE
), dan
set pejabat
seperti
OpenOffice.org
. Edaran-edaran Linux telah mengalami pertumbuhan yang pesat dari segi kepopularan, sehingga lebih popular daripada versi UNIX yang merupakan perisian hak milik dan mula mencabar dominasi
Microsoft Windows
dalam sesetengah perkara.
Linux menyokong sebahagian besar
perkakasan komputer
dan telah diguna di dalam pelbagai peralatan daripada
komputer peribadi
ke
superkomputer
dan sistem terbenam (seperti
telefon bimbit
dan perakam video peribadi Tivo).
Pada mulanya, ia dibangunkan dan digunakan oleh peminatnya sahaja. Kini Linux telah mendapat sokongan daripada syarikat-syarikat besar seperti
IBM
, dan
Hewlett-Packard
. Para penganalisa menujukan kejayaannya ini disebabkan ia tidak bergantung kepada vendor (
vendor-independence
), kos perkakasan yang rendah, dan kepantasannya berbanding versi UNIX proprietari, serta faktor keselamatan dan kestabilannya berbanding dengan
Microsoft Windows
. Ciri-ciri ini juga menjadi bukti kepada keberkesanan model pembangunan sumber terbuka.
Sejarah
sunting
sunting sumber
Rencana utama:
Sejarah Linux
Kernel Linux pada awalnya ditulis sebagai hobi oleh pelajar universiti
Finland
Linus Torvalds
yang belajar di
Universiti Helsinki
, untuk menyerupai kernel
Minix
yang bebas dan boleh sunting. (Minix adalah projek pelajaran menyerupai
UNIX
direka untuk mudah dan bukannya untuk kegunaan perniagaan.) Versi 0.01 dikeluarkan ke
Internet
pada September
1991
, Versi 0.02 pada
5 Oktober
1991
[1]
Berikutnya, beribu penulis perisian sukarelawan seluruh dunia telah menyertai projek ini.
Lihat juga
The Cathedral and the Bazaar
, rencana terkenal mengenai model pembangunan kernel Linux dan atur cara seumpamanya.
Sejarah sistem pengendalian berasaskan Linux berkait-rapat dengan projek
GNU
, projek perisian bebas terkenal diketuai oleh
Richard Stallman
. Projek GNU bermula pada
1983
untuk membangunkan sistem pengendalian seperti
UNIX
lengkap — pengkompil, atur cara aplikasi, utiliti pembangunan dan seterusnya — dikarang sepenuhnya dengan
Perisian Bebas
. Pada
1991
, apabila versi pertama kerangka Linux ditulis, projek GNU project telah menghasilkan hampir kesemua komponen sistem ini — kecuali kernel. Torvalds dan pembangun kernel seperti Linux menyesuaikan kernel mereka supaya dapat berfungsi dengan komponen GNU, dan seterusnya mengeluarkan sistem pengendalian yang cukup berfungsi. Oleh itu, Linux melengkapkan ruang terakhir dalam rancangan GNU.
Walaupun kernel Linux dilesenkan di bawah
Lesen Awam Am GNU
, ia bukannya sebahagian daripada projek GNU.
Tux
, seekor
Penguin
, merupakan logo dan maskot bagi Linux.
Linux
adalah
tanda dagangan
(SN: 1916230) yang dimiliki oleh Linus Torvalds. Ia didaftar sebagai "Perisian sistem pengendalian
komputer
bagi penggunaan komputer dan operasi". Tanda dagangan ini diletak setelah berlaku suatu kejadian di mana seorang peguam bernama William R Della Croce Jr mula menghantar surat kepada para pengedar Linux yang mendakwa tanda dagangan
Linux
adalah kepunyaannya serta meminta royalti sebanyak 10% daripada mereka. Para pengedar Linux mula mengumpul sumber serta membuat rayuan agar tanda dagangan yang asal diberi kepada Linus Torvalds. Perlesenan tanda dagangan Linux sekarang dikendali oleh Linux Mark Institute.
Edaran Linux
sunting
sunting sumber
Rencana utama:
Edaran Linux
Terdapat banyak edaran Linux (lebih dikenali sebagai
distro
), yang dibangunkan oleh individu, koperasi, dan pertubuhan lain. Setiap satunya mungkin disertakan dengan perisian sistem dan program aplikasi tambahan, di samping menyertakan suatu program yang memasang keseluruhan sistem dalam komputer baru.
Teras bagi setiap edaran Linux termasuk inti Linux, koleksi perisian daripada projek GNU (atau projek lain),
cangkerang
, dan atur cara utiliti seperti pustaka,
pengkompil
, dan
penyunting teks
. Kebanyakan sistem juga menyertakan atur cara dan utiliti yang bukan-GNU, bagaimanapun atur cara-atur cara tersebut boleh diasingkan dan masih menyediakan sistem
ala UNIX
. Beberapa contoh adalah atur cara dan utiliti daripada
BSD
dan X-Window System. X menyediakan
antara muka pengguna grafik
yang asas bagi sistem Linux.
Kebanyakan edaran Linux menyertakan pelbagai perisian berkualiti. Lihat
Senarai perisian sumber terbuka
Lagi Sejarah Linux Lagi Sejarah Linux
Penggunaan sistem pengendalian berasaskan Linux
sunting
sunting sumber
Pengguna Linux, yang secara tradisinya perlu memasang dan melakukan tatarajah terhadap sistem sendiri, lebih cenderung terhadap teknologi berbanding pengguna
Microsoft Windows
atau
Mac OS
. Mereka sering mendapat gelaran "
hacker
" atau "geek". Bagaimanapun stereotaip begini semakin kurang dengan peningkatan sifat ramah-pengguna dan berleluasannya pengguna edaran Linux. Linux telah membuat pencapaian yang agak baik dalam pasaran
komputer pelayan
dan
komputer tujuan khas
. Contohnya, mesin render imej, dan khidmat web. Linux juga mula popular dalam pasaran
komputer atas meja
Linux merupakan asas kepada kombinasi perisian-pelayan
LAMP
, singkatan daripada
inux,
pache,
ySQL,
erl/
HP/
ython. LAMP telah mencapai populariti yang luas dalam kalangan pembangun Web.
Linux juga sering digunakan sebagai
sistem pengendalian terbenam
. Kos Linux yang murah memungkinkan penggunaannya dalam peralatan seperti
Simputer
, iaitu komputer kos rendah yang disasarkan pada penduduk berpendapatan rendah di negara-
negara membangun
Dengan
persekitaran atas meja
seperti
KDE
dan
GNOME
, Linux menawarkan antara muka pengguna yang lebih menyerupai
Apple Macintosh
atau
Microsoft Windows
daripada
antara muka baris perintah
seperti UNIX. Justeru itu, lebih banyak perisian grafik boleh didapati pada Linux, yang menawarkan kebanyakan fungsi yang ada pada atur cara dagangan.
Pasaran serta kebolehpakaian
sunting
sunting sumber
Linux yang pada awalnya hanya merupakan sistem pengendalian yang digunakan oleh peminat komputer, telah menjadi sistem yang lebih
ramah pengguna
, dengan antara muka grafik yang pelbagai serta aplikasi yang lebih memiripi sistem pengendalian konsumer lain, daripada baris perintah UNIX. Namun kesan ini telah menimbulkan kritikan ramai, begitu juga daripada penyokong Linux. Mereka berpendapat yang Linux dan projek perisian bebas masih belum mencapai faktor ke'bolehpakai'an yang memuaskan. Persoalan tentang ke'bolehpakai'an Linux berbanding Windows atau Macintosh masih menjadi isu perdebatan yang hangat. Pasaran Linux dalam komputer "desktop" masih agak kecil tapi semakin berkembang. Menurut Syarikat Penyelidikan Pasaran IDC, bahagian pasaran bagi Linux pada tahun 2002 adalah 25% bagi pasaran pelayan, dan 2.8% bagi pasaran
komputer peribadi
Bagi mereka yang hanya biasa menggunakan Windows atau
Macintosh
, Linux mungkin kelihatan lebih sukar disebabkan perbezaan dalam melakukan pelbagai kerja komputer. Malahan itu, lebih mudah untuk mencari sokongan teknikal bagi Windows atau
Mac OS
berbanding Linux. Tambahan lagi, secara lazimnya pengguna perlu menukar perisian yang sering digunakan, disebabkan perisian tersebut tidak didapati dalam Linux (atau pilihan yang agak terhad, terutamanya permainan komputer). Faktor lain adalah sifat ragu-ragu pengguna yang berasa susah hendak melepaskan sistem pengendalian mereka (ramai pengguna masih menggunakan versi Windows yang lama). Selain itu, kebanyakan komputer didatangkan dengan Windows sedia dipasang (
preinstalled
). Faktor-faktor ini menyebabkan perkembangan Linux yang agak perlahan.
Walau bagaimanapun, kelebihan Linux seperti kos rendah, kelemahan sekuriti yang kurang, dan tidak bergantung pada vendor (
lack of vendor lock-in
), telah menggalakkan penggunaan yang meluas di kalangan koperasi dan kerajaan. Dalam situasi ini, halangan yang disebut di atas dapat dikurangkan kerana hanya aplikasi/aturcara yang terhad digunakan, serta kerja pentadbiran komputer (
administration
) dikendalikan oleh sekumpulan pekerja pakar IT yang sedikit.
Terdapat pelbagai kajian yang dilakukan terhadap kos serta ke'bolehpakai'an Linux. Relevantive, (sebuah syarikat berpusat di Berlin, yang mengkhusus dalam rundingan syarikat tentang ke'bolehpakai'an perisian, serta servis web), telah membuat kesimpulan bahawa ke'bolehpakai'an Linux bagi kerja-kerja berkaitan komputer "desktop" adalah
hampir sama dengan Windows XP
. Bagaimanapun, kajian oleh IDC (yang dibiayai oleh Microsoft) membahaskan bahawa Linux mempunyai kos pemilikan (
Total Cost of Ownership
) yang lebih tinggi berbanding Windows.
Linux juga sering dikritik disebabkan jadual pembangunannya yang tidak dapat diduga. Secara langsung, menyebabkan pengguna Enterprise kurang selesa dengan Linux berbanding dengan sistem pengendalian lain (Sumber:Marcinkowski, 2003). Pilihan yang banyak dalam edaran Linux juga dikatakan mengelirukan konsumer, dan vendor perisian.
Pemasangan
sunting
sunting sumber
Proses pemasangan yang sukar sering-kali menjadi penghalang bagi pengguna baru, namun proses ini adalah lebih mudah hari ini. Dengan penerimaan Linux oleh beberapa pengeluar
komputer peribadi
terbesar, komputer yang disedia-pasang dengan edaran Linux boleh didapati. Terdapat juga edaran Linux yang membenarkan Linux dibut secara terus daripada
Live CD
tanpa perlu memasangnya ke dalam
cakera keras
. Contoh-contoh edaran Linux berbentuk Live CD adalah
Knoppix
Gnoppix
dan
Gentoo
Imej ISO
bagi
CD
untuk edaran Linux tersebut biasanya boleh di
muat turun
daripada
Internet
, ditulis ke CD, dan seterusnya membutkan CD tersebut. Linux juga boleh dibutkan menerusi rangkaian, menerusi
cakera liut
, atau menerusi
kad rangkaian
Paparan
sunting
sunting sumber
Tatarajah atau pentadbiran bagi kebanyakan tetapan Linux seringkali perlu dilakukan menerusi penyuntingan fail teks dalam
direktori
/etc
. Terdapat juga atur cara seperti Linuxconf dan GNOME System Tools yang bertujuan memudahkan kerja ini dengan menyediakan antara muka grafik. Namun baris perintah merupakan cara paling lazim digunakan.
Sokongan
sunting
sunting sumber
Sokongan bagi Linux biasanya didapatkan menerusi
peer
(dalam konteks ini bermaksud rakan dalam talian) - pengguna Linux lain di dalam forum internet,
kumpulan berita
dan
senarai mel
. Kumpulan Pengguna Linux (LUG,
Linux User Group
) telah ditubuhkan di sepelosok dunia bagi membantu pengguna tempatan (
local user
), pengguna baru, dan pengguna berpengalaman. Bantuan termasuk pemasangan, penggunaan, penyelenggaraan serta menggalakkan perkembangan sistem Linux.
Pembekal komersil bagi edaran Linux secara umumnya mengamalkan model perniagaan dengan menyediakan sokongan. Sokongan parti ketiga juga sedia ada.
"GNU/Linux"
sunting
sunting sumber
Lihat
Kontroversi Penamaan GNU/Linux
Disebabkan atur cara-atur cara daripada projek sistem pengendalian bebas GNU - tanpa ini sistem Linux tidak akan menyerupai sistem UNIX dalam perspektif pengguna -
Richard Stallman
daripada
GNU
FSF
memohon agar kombinasi sistem (projek GNU dan kernel Linux), digelar sebagai "GNU/Linux". Pengguna edaran Linux daripada projek
Debian
lebih cenderung mengguna nama tersebut. Kebanyakan pengguna lebih mudah mengguna istilah "Linux".
Tindakan undang-undang
sunting
sunting sumber
Artikel utama:
SCO Vs IBM
Pada bulan Mac 2003,
Kumpulan SCO
(SCOG -
SCO Group
) telah mengeluarkan saman terhadap
IBM
yang mendakwa bahawa IBM telah memasukkan sebahagian daripada bahan intelektual kepunyaan SCOG ke dalam kernel Linux, di mana ia merupakan cabulan terhadap lesen IBM untuk menggunakan UNIX. Lesen tersebut dikatakan dipegang oleh Kumpulan SCO. Tambahan lagi, Kumpulan SCO juga telah mengirim surat kepada sebilangan syarikat dan memberi amaran tentang penggunaan Linux tanpa lesen daripada kumpulan SCO akan menerima tindakan daripada mereka. Kumpulan SCO juga mengeluarkan pernyataan pada media massa yang mereka akan menyaman pengguna Linux selanjutnya. Kontroversi ini telah mencetus beberapa kes saman oleh Kumpulan SCO terhadap
Novell
DaimlerChrysler
, dan
AutoZone
, selain saman balik oleh
Red Hat
dan pihak lain terhadap SCOG.
Bacaan tambahan
sunting
sunting sumber
Glyn Moody:
Rebel Code: Linux and the Open Source Revolution
, Perseus Publishing,
ISBN 0-7139-9520-3
Rujukan
sunting
sunting sumber
Gedda. R. (2004). Linux breaks desktop barrier in 2004: Torvalds. Retrieved January 16, 2004 from
[2]
Mackenzie, K. (2004). Linux Torvalds Q&A. Retrieved January 19, 2004 from
[3]
Marcinkowski, A. (2003). Linux needs reconsideration. Retrieved January 16, 2004 from
[4]
Lihat juga
sunting
sunting sumber
UNIX
Senarai aturcara-aturcara Linux yang popular
Edaran Linux
and
Live CD
Projek Dokumentasi Linux
Driver
Perkakasan Terbuka
Linux
WINE
— Lapisan keserasian dengan
Microsoft Windows
untuk sistem UNIX/Linux
Asal-usul Istilah Komputer
Projek Bengkel Linux
Pautan luar
sunting
sunting sumber
Maklumat am
sunting
sunting sumber
Ensiklopedia Muktamad Linux
dalam format
wiki
Linux Wiki
Diarkibkan
2004-04-02 di
Wayback Machine
Linux Online
Linux.com
The Linux Directory
LinuxQuestions.org Wiki
Pengguna baru dan sifat ramah-pengguna dalam Linux
sunting
sunting sumber
Forum Linux untuk Pengguna Baru
Newbie and user-friendliness in Linux wiki
Cekupan Desktop Linux
Diarkibkan
2017-10-07 di
Wayback Machine
Edaran Linux
sunting
sunting sumber
Senarai edaran-edaran Linux
Imej ISO edaran Linux
LiveLinux wiki: a wiki about LiveCD and pluralmedia distros
Ulasan Tentang Edaran Linux
iUsahawan.com
, Sumber CD distribusi Linux pengguna Malaysia.
Rujukan
sunting
sunting sumber
Laman Projek Dokumentasi Linux, TLDP
. Anda boleh membaca secara Online atau menggunakan
Pelayar Offline
Dokumentasi wiki Linux yang rasmi
pautan mati kekal
Man page - Laman Bantuan dan arahan Linux
Panduan Linux
Diarkibkan
2004-04-01 di
Wayback Machine
Linux Cookbook
Arahan Linux dan man pages
Sifat Ramah-pengguna Linux
Diarkibkan
2004-06-03 di
Wayback Machine
Pustaka Arahan Linux
Glossari Kata Linux
Tutorial
sunting
sunting sumber
Mirrors - Linux from Scratch and TLDP Linux from scratch
Pengenalan kepada Linux
LINUX:Rute (sic) User's Tutorial and Exposition
Linux/UNIX Tutorial Site
Linux Pengguna Akhir
Latihan percuma atas talian
sunting
sunting sumber
Latihan Asas Linux
Latihan Linux untuk profesional
sunting
sunting sumber
Quantum Linux Labratories
Bradford Learning
Penerbitan atas talian
sunting
sunting sumber
Linux for Kids
Linux Weekly News
Linux Today
Penerbitan bercetak
sunting
sunting sumber
Linux Journal
, majalah bercetak bulanan
Linux Format
, majalah bercetak dari
UK
Linux dan GNU
sunting
sunting sumber
GNU's Not UNIX!
Linux and the GNU Project
oleh Richard Stallman
Perbincangan tentang isu penamaan GNU/Linux
dalam
Slashdot
Kernel Linux
sunting
sunting sumber
Kernel Newbies.org
Senarai emel jurubangun Kernel Linux
Perkakasan Linux
sunting
sunting sumber
Senarai Perkakasan yang bersesuaian dengan Linux
Diarkibkan
2004-04-15 di
Wayback Machine
Rujukan mengenai pencetak dalam Linux.
Berita Linux
sunting
sunting sumber
Warcry.com
Diarkibkan
2004-03-21 di
Wayback Machine
Permainan Komputer dalam Linux
Diarkibkan
2004-04-12 di
Wayback Machine
Linux pada Windows
sunting
sunting sumber
Memasang serta melaksanakan Linux di atas sistem pengendalian Windows tanpa perlu menyediakan pembahagian khas dalam
cakera keras
atau dibut semula (
reboot
).
colinux
Lnx4Win
WinLinux
Bochs
, Emulator PC bagi memasang Linux pada Windows.
Qemu
, Emulator bagi melarikan aplikasi daripada sebuah mesin pada mesin lain.
Biasiswa dan sokongan geran
sunting
sunting sumber
Yayasan Linux
Linux untuk wanita
Kumpulan-kumpulan Linux
sunting
sunting sumber
Forum Komuniti Ubuntu Malaysia
Diarkibkan
2013-09-17 di
Wayback Machine
Komuniti Linux berasaskan distro
Ubuntu
yang aktif di Malaysia
Diarkibkan
2005-04-28 di
Wayback Machine
Senarai kumpulan-kumpulan Linux serata Dunia.
Kumpulan Pakar Linux ICT Malaysia
- Sertai LinuxDotMy untuk menyatukan kumpulan pengguna dan pakar Linux Malaysia.
Lain-lain
sunting
sunting sumber
Pengenalan Linux dalam bahasa Melayu.
Diarkibkan
2004-08-05 di
Wayback Machine
More Than a Gigabuck: Estimating GNU/Linux's Size
oleh David A. Wheeler
Galeri filem Linux
Diarkibkan
2004-02-18 di
Wayback Machine
, beberapa contoh penggunaan Linux dalam pembikinan filem
Ringkasan Arahan Baris GNU/Linux
Diarkibkan
2004-04-05 di
Wayback Machine
, ringkasan Arahan Baris yang berguna dalam sistem pengendalian berasaskan GNU/Linux.
Justlinux
, forum online untuk pengguna baru Linux.
IT Tutor
, forum komputer dan Internet bahasa Melayu.
Ilmu IT
, artikel dan sumber maklumat IT.
Kuching Open Source
Diarkibkan
2014-12-17 di
Wayback Machine
, forum Kuching Open Source
Sistem pengendalian
ala UNIX
A/UX
AIX
BSD
FreeBSD
GNU
HP-UX
IRIX
Linux
Mac OS X
Minix
NetBSD
NEXTSTEP
OpenBSD
QNX
Pelayan Terbuka SCO
Solaris
Sistem V
Tru64
Xenix
lagi…
Sistem pengendalian
Am
Sejarah
Garis masa
Perkembangan
Perbandingan
Bahagian penggunaan
Inti
Am
Mikrointi
Nanointi
Jenis
Monolit
Hibrid
Eksointi
Komponen
Ruang inti
Loadable kernel module
Pemacu peranti
Ruang pengguna
Pelayan
Pengurusan proses
Proses
Multipengaturcaraan
Sampukan
Mod
: (
Mod terlindung
Mod penyelia
Multitugas
Penjadualan
Pertukaran konteks
Multitugas koperatif
Multitugas keutamaan
Jalur
Pengurusan ingatan
Perlindungan ingatan
Pensegmenan
Penghalaman
Unit pengurusan ingatan
Kerosakan pensegmenan
Kerosakan pelindungan umum
Contoh
AmigaOS
BeOS
IBM OS/2
MS-DOS
Windows
Linux
UNIX
OpenSolaris
Mac OS X
ReactOS
lagi…
Konsep lain
But
PXE
API
Sistem fail maya
Pustaka pita maya
Rangkaian
CLI
GUI
HAL
Torvalds, Linus
(4 October 2015).
"Linux 4.3-rc4"
Senarail mel
Inti Linux
. Diperolehi 5 Oktober 2015
Diambil daripada "
Kategori
Pengkomputeran
Linux
Kategori-kategori tersembunyi:
Halaman dengan label Wikidata tidak diterjemahkan
Rencana dengan templat hatnote yang menyasarkan halaman yang tidak wujud
Pautan wayback templat webarchive
Semua rencana dengan pautan luar mati
Rencana dengan pautan luar mati dari Oktober 2021
Rencana dengan pautan luar mati kekal
Laman menggunakan pautan ajaib ISBN
Linux
Tambah topik