Wikipedia:Glosari - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Pergi ke kandungan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Selamat datang ke Wikipedia
Indeks bantuan
Aju soalan
Pelajari kod wiki
Rujuk Soalan Lazim
Glosari
Bantuan Wikipedia langsung melalui sembang
Meja bantuan
Meja rujukan
Tutorial
Nota: Walaupun takrifan istilah di bawah adalah berguna untuk memahami dan menulis di laman masyarakat (laman perbualan, laman perbincangan, laman pengguna dan lain-lain.), tolong jangan gunakannya semasa menulis sesebuah rencana
ensiklopedia
sebenar. Istilah yang diambil dari
Wikipedia bahasa Inggeris
telah dicondongkan. Silalah merujuk laman
Wikipedia:Takrifan istilah dasar dan garis panduan
untuk takrifan istilah dasar dan garis panduan yang utama;
Berikut merupakan
senarai istilah yang biasa digunakan di
Wikipedia
. Untuk bantuan, sila lihat
Wikipedia:Bantuan
Wikipedia:FAQ
dan
Wikipedia:FAQ Menyumbang
sunting sumber
Alihan
(redirect)
Satu tajuk laman yang apabila diklik, mengalihkan pengguna ke laman lain. Ia biasanya digunakan untuk perkataan seerti atau variasi ejaan. Sebagai contoh,
quran
akan membawa anda ke laman
Al-Quran
Anchor
Satu istilah untuk kod
HTML
yang membolehkan anda membuat pautan ke bahagian tertentuk sesuatu halaman, dengan menggunakan aksara "#".
Perhatian: "anchor" buat masa ini tidak mempunyai sebarang kesan untuk "alihan".
Arkib
Halaman di
Laman perbualan
di mana sebahagian perbincangan dipindahkan, dengan tujuan mengurangkan saiz halaman tersebut.
sunting sumber
Balik asal
Lihat
Kembali
Blok
Lihat
Sekat
Bot
Satu program yang menyunting laman Wikipedia secara automatik atau semi-automatik, selalunya untuk tujuan
interwiki
atau menterjemahkan jadual.
Lihat
Wikipedia:Bot
Birokrat
Seorang
penyelia
Wikipedia yang diberi kepercayaan untuk melantik pengguna menjadi
sysop
sunting sumber
Cermin
(mirror)
Laman web selain Wikipedia yang menggunakan kandungan asal Wikipedia sebagai sebahagian/semua sumber untuk laman itu.
Lihat
Wikipedia:Cermin dan bayangan
Lihat juga
Copies of Wikipedia content
Checkuser
Satu kebolehan pengguna untuk melihat alamat IP pengguna berdaftar, biasanya digunakan untuk memastikan tiada pengguna boneka.
Lihat
Wikipedia:Checkuser
m:CheckUser Policy
sunting sumber
Developer
Seorang
pengurus
Wikipedia yang boleh mengubah secara langsung perisian dan pangkalan data Wikipedia.
Lihat
m:Developers
senarai developer dan untuk maklumat lanjut.
sunting sumber
sunting sumber
Fasa I
Perisian wiki
UseModWiki
. Wikipedia menggunakan perisian ini sebelum
25 Januari
2002
Fasa II
Perisian wiki yang ditulis oleh
en:User:Magnus Manske
dan digunakan Wikipedia selepas 25 Januari 2002.
Fasa III
Perisian Fasa II yang telah diubahsuai dan diperbaiki, dan kemudian dinamakan
MediaWiki
. Wikipedia kini menggunakan MediaWiki versi 1.6
Lihat juga
Wikipedia:MediaWiki
m:MediaWiki
sunting sumber
Gabung
Menggabungkan dua rencana yang bertindan, dan menukarkannya menjadi satu.
Lihat juga
Wikipedia:Rencana bertindan
GFDL
Lesen Dokumentasi Bebas GNU
. Rencana Wikipedia adalah tertakluk di bawah lesen ini.
Lihat juga
Wikipedia:Hakcipta
sunting sumber
Halaman rawak
Pautan halaman rawak terdapat di sebelah kiri laman kebanyakan
kulit
Wikipedia. Ia akan membawa anda ke satu rencana Wikipedia yang dipilih oleh satu algoritma komputer secara rawak.
sunting sumber
Interwiki
Pautan ke projek Wikimedia lain; sama ada ke rencana yang sama
dalam bahasa lain
dalam Wikipedia, ataupun pautan ke projek lain seperti
Meta
dan
Wiktionary
sunting sumber
Jimbo
Jimmy Wales
, pengerusi Yayasan
Wikimedia
sunting sumber
Kategori
Kategori merupakan himpunan laman yang dibuat oleh pelayan secara automatik dengan melihat teg kategori dalam rencana. Teg kategori adalah dalam bentuk [[Kategori:Komputer]]. Lihat tatatingkat kategori di
Wikipedia:Tinjau
Kedai Kopi
Wikipedia:Kedai Kopi
adalah tempat untuk membincangkan hal-hal WIkipedia.
Kemas
Proses pembaikan rencana dari segi tatabahasa, format dan sebagainya. Mengemas rencana (
cleanup
) cuma memerlukan kemahiran menyunting, pengetahuan mengenai sesuatu tajuk itu tidak begitu penting.
Kemaskini
Proses pembaikan rencana dari maklumat terbaru kerja-kerja kemasan lain. Proses ini (
update
) memerlukan penyunting mengetahui sedikit sebanyak mengenai topik tersebut.
Kembali
Satu suntingan yang memansuhkan perubahan yang dibuat sebelumnya.
Kembali asal
Mengembalikan sesuatu laman kepada keadaan asalnya (
kembali
).
Sysop
mempunyai keupayaan untuk melakukannya dengan lebih mudah.
Konflik sunting
Dua atau lebih pihak cuba untuk menyimpan suntingan yang berbeza pada masa yang sama untuk rencana yang sama, dan menyebabkan salah satu suntingan terhilang.
Kotak info
Satu jadual yang diformat secara konsisten untuk beberapa rencana mengenai topik yang sama.
Kotak pasir
Kotak pasir
merupakan satu laman yang boleh disunting sesuka hati. Tujuannya adalah supaya pengguna dapat mengasah teknik penanda wiki. Ahli Wikipedia juga boleh membuat kotak pasir sendiri di laman pengguna masing-masing.
Kotak pengguna
Kotak pengguna
merupakan kotak kecil yang diletakkan di laman pengguna.
Lihat juga
Wikipedia:Babel
Kulit
Tema yang terpapar pada
tatarajah
. Ketika ini cuma ada 5 pilihan:
MySkin, Standard, Nostalgia, Cologne Blue
dan
Monobook
sunting sumber
Laku musnah (
vandalisme
Perbuatan merosakkan laman Wikipedia dengan sengaja. Ini termasuklah
pengosongan
, menambah maklumat palsu, pautan tidak berkenaan dan lain-lain. Sila laporkan perbuatan laku musnah kepada mana-mana penyelia, atau tambahkan templat {{padam}} jika rencana tersebut adalah baru.
Lihat juga
Wikipedia:Laku musnah
m:Wikipedia vandalism
Laman
Mana-mana topik di dalam Wikipedia; iaitu isi
laman web
yang tanpa apa-apa jadual menu. Ini termasuklah rencana biasa, rencana ringkas (stub), alihan, laman nyahkekaburan, laman pengguna, laman perbincangan, dokumentasi dan
halaman istimewa
Laman buntu
Laman yang tidak mempunyai pautan ke laman lain, tidak termasuk pautan antara bahasa.
Istimewa:Laman buntu
ada menyenaraikan laman-laman tersebut, namun ia jarang dikemaskini.
Laman dilindungi
Laman yang tidak boleh disunting melainkan oleh
sysop
. Biasanya, ini Cuma dilakukan untuk menenangkan keadaaan semasa
perang sunting
Lihat juga
Wikipedia:Laman dilindungi
Laman meta
Laman yang menerangkan tentang Wikipedia. Nama yang lebih tepat ialah
Wikipedia:Teks ruangnama MediaWiki
. Laman meta tidak merujuk kepada laman di Meta-Wikimedia.
Laman pengguna
Laman untuk
ahli Wikipedia
. Biasanya digunakan untuk memperkenalkan diri dan sebagai diari (menyimpan nota dan senarai suntingan/rujukan). Anda boleh menghubungi mana-mana pengguna melalui laman perbualan pengguna tersebut.
Lihat juga
Wikipedia:Laman pengguna
Laman perbualan
Laman yang dikhaskan untuk perbincangan. Semua laman di Wikipedia mempunyai laman perbualan/perbincangan.
Lihat juga
Wikipedia:Laman perbualan
Lencongan berganda
Laman alihan
yang membawa ke alihan lain, dan bukan ke rencana sebenar. Ia perlu diperbaiki supaya mengalih terus ke rencana sebenar.
sunting sumber
MediaWiki
Perisian Wikipedia dan projek Wikimedia lain, dan juga satu ruangnama.
Bandingkan dengan
Wikimedia
Lihat juga
Wikipedia:MediaWiki
Meta
Satu
wiki
khusus (
Wikimedia Meta-Wiki
) yang digunakan untuk tujuan perbincangan mengenai Wikipedia dan projek Wikimedia lain. Pernah dpanggil
Metapedia
Meta Wikipedia
dan
Meta Wikimedia
Lihat juga
Wikipedia:Meta
Mewiwikikan (
wikify
Memformat menggunakan penanda wiki (berbanding penanda
HTML
atau teks biasa) dan menambahkan pautan dalam kepada teks rencana.
sunting sumber
NPOV
Pandangan berkecuali (
Neutral point of view
, atau NPOV ialah persetujuan menulis rencana secara objektif, iaitu tidak menyebelahi mana-mana pihak. Ini adalah polisi Wikipedia.
Nyahkekaburan (
disambiguation
Proses menguraikan konflik yang terjadi apabila dua rencana yang berbeza mempunyai tajuk biasa yang sama.
Lihat juga
Wikipedia:Nyahkekaburan
Nupedia
Satu projek sebelum Wikipedia yang ditutup pada 2003.
sunting sumber
sunting sumber
Pautan dalam (
internal link
Satu pautan ke laman lain di Wikipedia atau projek Wikimedia lain menggunakan penanda dua kurungan bentuk kotak "[[" and "]]". Pautan ini biasanya berwarna
biru
sekiranya laman tersebut wujud dan anda belum melawatinya dan
ungu
jika anda telah melawatinya, atau
merah
sekiranya laman tersebut belum wujud.
Lihat juga:
interwiki
dan
m:interwiki link
Pautan luar (
external link
Pautan ke laman yang bukan milik Wikimedia. Pautan bentuk ini biasanya mempunyai bentuk panah di akhirnya.
Lihat juga
Wikipedia:Tutorial (Pautan luar)
Pautan merah (
red link / broken link
Pautan ke satu laman yang belum wujud, selalunya berwarna
merah
. Ia mungkin kelihatan seperti ini bergantung kepada tatarajah anda. Pautan ke laman baru juga mungkin kelihatan merah disebabkan oleh pepijat di
templat meta
. Biarkan sahaja seketika dan pautan tersebut akan kembali normal.
Pautan sendiri
Satu pautan wiki dalam rencana yang membawa pembaca ke rencana yang sedang dibaca. Pautan seperti ini akan dipaparkan sebagai
teks tebal
dan bukannya pautan.
Penanda wiki
Kod seperti HTML, namun lebih mudah dan senang, contohnya '''tebal''' dan bukan tebal. Ia merupakan kod sumber yang disimpan di dalam pangkalan data dan ditunjukkan di kotak suntingan.
Carian
menggunakan perisian Wikipedia dilakukan di teks sumber, manakala carian Google cuma mencari teks yang terhasil. Saiz sesuatu laman merupakan saiz teks wiki.
Juga digunakan:
teks wiki
Lihat juga
Wikipedia:Menyunting
Pengawas (
oversight
Seorang pengguna yang berhak menghapuskan sesuatu semakan suntingan kerana mengandungi rahsia seseorang atau alasan yang tertentu.
Pengosongan (
blanking
Mengosongkan laman. Pendatang baru mungkin melakukannya secara tidak sengaja. Namun jika dilakukan dengan sengaja, itu merupakan perbuatan
laku musnah
. Jika pengosongan dibuat kepada rencana baru yang mengarut, itu dikecualikan. Sila tarik perhatian penyelia untuk menghapuskan laman tersebut.
Penyelia (
admin
Penyelia
merupakan seorang pengguna dengan keistimewaan teknikal untuk membantu membuat kerja-kerja rumah.
Juga digunakan:
sysop, pengurus, pentadbir
Perang sunting (
edit war
Bila dua atau lebih pihak berulangkali menyunting sesuatu rencana mengikut pendapat mereka, dan membuang isi yang tidak disukai.
Juga digunakan:
perang kembali
perang balik asal
Lihat juga
Wikipedia:Perang sunting
Teks plat dandang (
boilerplate
Pesanan piawai yang boleh ditambah kepada rencana menggunakan
templat
. Sebagai contoh, {{
tunas
}} dikembangkan menjadi berikut:
Rencana ini merupakan rencana
tunas
. Anda boleh membantu Wikipedia dengan
mengembangkannya
Portal
Portal
ialah suatu laman yang menghimpunkan tajuk-tajuk yang berkaitan.
sunting sumber
Quarto
Wikimedia Quarto
ialah sebuah surat berita yang diterbitkan setiap suku tahun oleh Yayasan Wikimedia. Ia boleh dibaca di
sini
sunting sumber
Ringkasan suntingan (
edit summary
Kandungan kotak "Ringkasan:" di bawah kotak suntingan pada halaman "sunting".
Lihat juga
Wikipedia:Ringkasan suntingan
Ruangnama (
Namespace
Satu cara mengelaskan laman. Wikipedia mempunyai 18 ruangnama untuk rencana ensiklopedia, laman projek (Wikipedia:), laman pengguna (Pengguna:), halaman istimewa (Istimewa:), laman mediawiki (MediaWiki:), laman perbualan (untuk rencana, laman projek dan laman pengguna) dan lain-lain.
Lihat juga
Wikipedia:Ruangnama
sunting sumber
Sejarah
Semua sejarah silam sesuatu rencana, daripada mula hinggalah revisi terkini.
Lihat
Wikipedia:Sejarah laman
Sekat (
block
Menyekat seseorang pengguna dari menyunting Wikipedia untuk jangkamasa yang tertentu merupakan langkah disiplin terakhir yang akan diambil. Antara sebabnya ialah pengguna tersebut mempunyai sejarah suntingan berat sebelah, berterusan melakukan vandalisme, enggan bekerjasama dan mendengar teguran serta berlaku kurang sopan. Sekatan boleh dikenakan pada mana-mana pengguna berdaftar atau alamat IP pengguna tidak berdaftar.
Lihat juga
Wikipedia:Polisi sekatan
Senarai pilihan
Senarai laman yang dipilih pengguna, yang boleh dicapai di
Senarai pilihan
untuk melihat perubahan terkini pada laman-laman tersebut.
Lihat juga:
m:Help:Watching pages
Silam
Lihat
sejarah
Steward
Seorang
Penyelia
yang berkuasa menukar status mana-mana pengguna, termasuklah memberi atau menarik kuasa menjadi Penyelia dan
bureaucrat
Stub
Satu rencana ringkas yang biasanya mempunyai tidak lebih dari satu perenggan.
Lihat
kategori ini
untuk daftar rencana ringkas.
Lihat juga
Wikipedia:Cari dan baiki stub
Suntingan nol (
null edit
Suntingan nol terjadi apabila seseorang penyunting menyimpan sesuatu laman tanpa membuat sebarang suntingan. Kadangkala dibuat untuk memaksa kemaskini templat.
Suntingan seksyen
Menggunakan pautan 'sunting' di sebelah kanan laman, anda boleh menyunting satu bahagian (tajuk) sahaja, supaya lebih mudah mencari perkara yang ingin disunting. Walau bagaimanapun, anda memerlukan
Javascript
untuk melakukan ini.
Sysop
Lihat
Penyelia
sunting sumber
Templat (
template
Satu cara untuk menambahkan kandungan satu laman ke laman lain secara automatik. Biasanya digunakan untuk topik berkaitan, bantuan pelayaran dan lain-lain.
Lihat
Wikipedia:Templat
Terjemahan
Wikipedia Bahasa Melayu sepatutnya hanya mempunyai laman di dalam bahasa Melayu. Laman berbahasa lain boleh dihapuskan jika tidak diterjemahkan.
Lihat
kategori ini
untuk daftar rencana yang memerlukan terjemahan.
Transwiki
Memindahkan sesuatu lama ke wiki lain, seperti
Wiktionary
Wikibooks
dan
Wikisource
Lihat juga
m:Transwiki
sunting sumber
Ujian Google
Mencari nama rencana atau tajuk bahagian menggunakan enjin carian
Google
untuk pelbagai tujuan. Selalunya untuk memeriksa pelanggaran hakcipta, memastikan antara beberapa istilah yang mana lebih popular, memastikan sama ada seseorang itu cukup terkenal untuk medapat rencana sendiri dan memeriksa sama ada sesuatu topik yang samar dan pelik adalah benar atau ciptaan semata-mata.
Lihat juga
Wikipedia:Ujian Google
sunting sumber
sunting sumber
Wikibooks
Projek keluarga Wikipedia untuk menghasilkan buku teks dan manual percuma.
Lihat juga
Wikibooks
Wikimedia
Wikimedia Foundation Inc.
, satu pertubuhan bukan-mencari-untung yang memberikan bantuan undang-undang, kewangan, struktur serta perkakasan kepada Wikipedia dan projek lain sepertinya.
Bandingkan dengan
MediaWiki
Lihat juga
Yayasan Wikimedia
Wikiquette
Etika Wikipedia tentang cara bekerjasama membina Wikipedia.
Lihat juga
Wikiquette
Wikiquote
Projek keluarga Wikipedia untuk menghasilkan koleksi petikan percuma.
Lihat juga
Wikiquote
Wikisource
Projek keluarga Wikipedia untuk menghasilkan koleksi teks sumber asal percuma.
Lihat juga
Wikisource
Wiktionary
Projek keluarga Wikipedia untuk menghasilkan kamus percuma dalam setiap bahasa.
Lihat juga
Wiktionary
WP
Singkatan untuk
Wikipedia
sunting sumber
sunting sumber
Yatim
Laman yang tidak mempunyai pautan dari laman lain, tidak termasuk pautan antara bahasa.
Laman yatim
dan
gambar tidak digunakan
. ada menyenaraikan laman/gambar tersebut, namun ia jarang dikemaskini.
Daftar Utama
pula boleh dikemaskini secara manual.
sunting sumber
sunting sumber
en: / id: / ms: / etc.
Wikipedia Bahasa Inggeris / Bahasa Indonesia / Bahasa Melayu / dan lain-lain. Selalu dipakai di
ringkasan suntingan
to menandakan perubahan pada pautan
interwiki
. Untuk senarai kod penuh, sila lihat
ISO 639
. Untuk senarai penuh Wikipedia, lihat
m:Complete list of language Wikipedias available
Diambil daripada "
Kategori
Wikipedia FAQ
Wikipedia
Glosari
Tambah topik
US