Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/Mac - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Pergi ke kandungan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan
Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember
Garis panduan untuk menyunting hari ulang tahun pilihan
Hari ini
Khamis
23 April
2026
; waktu kini 20:08 (
UTC
Templat:MacCalendar2026Source
1 Mac
Hari Kemerdekaan
di Bosnia dan Herzegovina (
1992
);
Mărțișor
di Romania dan Moldova;
Martenitsa
di Bulgaria.
1872
Taman negara
yang pertama di dunia,
Taman Negara Yellowstone
diasaskan di A.S.
1896
Habsyah
menewaskan
Itali
secara muktamad dalam
Pertempuran Adwa
, mengakhiri
Perang Itali–Habsyah Pertama
1919
Pemerintahan Jepun di Korea
Gerakan Samil
memulakan banyak
bantahan
aman di Korea, namun ditumpaskan dengan kejam oleh polis dan tentera
Jepun
1947
Tabung Kewangan Antarabangsa
memulakan operasi kewangannya.
1954
Bom hidrogen
15-megatan
Castle Bravo
diletupkan
(gambar)
di
Atol Bikini
di
Lautan Pasifik
, mengakibatkan antara
pencemaran radioaktif
paling teruk yang disebabkan
ujian senjata nuklear
Hari-hari sebelum:
28 Februari
27 Februari
26 Februari
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
2 Mac
Hari Kemenangan Adwa
di
Habsyah
1836
Revolusi Texas
: Di
Washington
Republik Texas
mengisytiharkan
kemerdekaan
daripada Mexico.
1943
Perang Dunia Kedua
: Angkatan
tentera udara Australia
dan
Amerika Syarikat
menyerang dan memusnahkan
(gambar)
satu
konvoi
besar
Tentera Laut Jepun
di
Laut Bismarck
1962
– Tentera pimpinan Jeneral
Ne Win
merampas kuasa
di
Burma
1978
– Di atas
Soyuz 28
Vladimír Remek
dari
Czechoslovakia
menjadi orang pertama bukan dari Amerika Syarikat atau Kesatuan Soviet yang pergi ke
angkasa lepas
2009
Presiden Guinea-Bissau
João Bernardo Vieira
dibunuh dalam satu serangan sekumpulan askar di kediaman peribadinya di
Bissau
Hari-hari sebelum:
1 Mac
28 Februari
27 Februari
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
3 Mac
Hinamatsuri
di Jepun;
Hari Pembebasan
di Bulgaria (
1878
).
1776
Perang Revolusi Amerika
Samuel Nicholas
(gambar)
dan
Tentera Marin Benua
mendarat di
New Providence
dan
menawan Nassau
di
Bahamas
1875
– Opera
Carmen
gubahan
Georges Bizet
, berdasarkan
novela
oleh Prosper Mérimée, dipersembahkan buat pertama kali di
Opéra-Comique
Paris
1918
Rusia Bolshevik
memeterai
Perjanjian Brest-Litovsk
dengan
Kuasa Tengah
dan keluar daripada
Perang Dunia Pertama
1931
The Star-Spangled Banner
secara rasmi menjadi
lagu kebangsaan
Amerika Syarikat.
1958
Nuri al-Said
menjadi
Perdana Menteri Iraq
buat kali kelapan dan terakhir.
Hari-hari sebelum:
2 Mac
1 Mac
28 Februari
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
4 Mac
Hari Santo Casimir
di Lithuania dan Poland
1461
Perang Bunga Ros
di England:
Raja Henry VI
digulingkan oleh sepupunya yang kemudian menjadi
Raja Edward IV
1769
Charles Messier
menemui
Nebula Belantik
(gambar)
, mengkatalogkannya sebagai
Messier 42
dalam senarai
objek Messiernya
1918
– Kes pertama
selesema Sepanyol
dikesan di
Fort Riley
Kansas
1980
Robert Mugabe
daripada parti
ZANU
dipilih sebagai
ketua kerajaan Zimbabwe
yang pertama.
2009
Mahkamah Jenayah Antarabangsa
mengeluarkan waran tangkap untuk
Presiden Sudan
Omar al-Bashir
atas tuduhan
jenayah perang
dan
jenayah terhadap kemanusiaan
Hari-hari sebelum:
3 Mac
2 Mac
1 Mac
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
5 Mac
Hari Lei Feng
di Republik Rakyat China
1496
– Raja
Henry VII dari England
mengeluarkan
surat paten
kepada
John Cabot
dan anaknya, memberikan kebenaran untuk mereka menjelajah tempat yang tidak diketahui.
1824
– Britain mengisytiharkan
perang
terhadap Burma, menjadi perang terlama dan termahal dalam sejarah
India British
1936
Prototaip
Supermarine Spitfire
pesawat pejuang
British yang kemudian banyak digunakan negara-negara
Pihak Berikat
semasa Perang Dunia Kedua, terbang buat pertama kali.
1946
Winston Churchill
menggunakan istilah "
Tirai Besi
(gambar)
bagi memerikan perpecahan
Eropah
dalam
Perang Dingin
, dalam ucapannya di
Kolej Westminster
di
Missouri
, A.S.
1970
Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear
mula berkuatkuasa.
Hari-hari sebelum:
4 Mac
3 Mac
2 Mac
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
6 Mac
Hari Kemerdekaan
di Ghana (
1957
1521
– Penjelajah
Ferdinand Magellan
dan anak-anak kapalnya tiba di
Guam
1853
– Opera
La traviata
ciptaan
Giuseppe Verdi
dipentaskan buat julung kalinya, di
La Fenice
Venice
, namun persembahan yang teruk menyebabkannya ditulis semula.
1869
Dmitri Mendeleev
mempertunjukkan
jadual berkala
unsur
yang pertama kepada Persatuan Kimia Rusia.
1964
– Pemimpin
Nation of Islam
Elijah Muhammad
mengumumkan bahawa jaguh
tinju
Amerika Syarikat Cassius Clay menukar namanya kepada
Muhammad Ali
1987
Feri
British
Herald of Free Enterprise
(gambar)
terbalik sewaktu meninggalkan
pelabuhan
Zeebrugge
, Belgium, mengakibatkan kematian 193 orang.
Hari-hari sebelum:
5 Mac
4 Mac
3 Mac
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
7 Mac
Hari Guru
di Albania
161
Marcus Aurelius
dan
Lucius Verus
mewarisi
Antoninus Pius
sebagai
Maharaja
bersama
Empayar Rom
1862
Perang Saudara Amerika
: Angkatan
Kesatuan
bertempur
(gambar)
dan sehari kemudian menewaskan askar
Gabungan
, mengukuhkan kuasa mereka di
Missouri
1936
Jerman
menduduki semula
kawasan bebas tentera
Rhineland
, mencabuli
Persetiaan Versailles
dan
Perjanjian Locarno
1965
Gerakan Hak Awam Amerika-Afrika
: Para penunjuk perasaan
hak awam
yang berarak dari Selma ke Montgomery,
Alabama
diserang
oleh polis.
2009
NASA
melancarkan
balai cerap angkasa
Kepler
dalam misi mencari
planet seperti Bumi
di bintang lain.
Hari-hari sebelum:
6 Mac
5 Mac
4 Mac
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
8 Mac
Hari Wanita Antarabangsa
Hari Ibu
di beberapa negara.
1010
– Pemuisi
Parsi
Firdausi
menyiapkan mahakaryanya
Shahnameh
, epik kebangsaan Iran dan
masyarakat sekelilingnya
1782
Perang Revolusi Amerika
: Hampir 100
orang asli Amerika
di
Gnadenhutten
Ohio
maut
di tangan anggota
militia
Pennsylvania
1966
Tiang Nelson
(gambar)
, sebatang tiang
granit
besar di
Dublin
, Ireland dengan arca
Lord Nelson
di atasnya, dimusnahkan oleh sebutir bom.
1983
Perang Dingin
Presiden Amerika Syarikat
Ronald Reagan
memberi gelaran "
empayar jahat
" kepada
Kesatuan Soviet
2008
Barisan Nasional
pertama kali
kehilangan majoriti 2/3 kerusi
Dewan Rakyat Malaysia
semenjak dibentuk pada 1970-an.
2014
Penerbangan 370 Penerbangan Malaysia
hilang dalam perjalanan dari
Kuala Lumpur
ke
Beijing
Hari-hari sebelum:
7 Mac
6 Mac
5 Mac
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
9 Mac
Hari Baron Bliss
di
Belize
1776
The Wealth of Nations
oleh
Adam Smith
diterbitkan, menjadi karya moden pertama dalam bidang
ekonomi
1841
Mahkamah Agung A.S.
memutuskan bahawa orang-orang tawanan Afrika yang merampas kapal
La Amistad
telah dijadikan
hamba
secara haram.
1842
– Opera yang memantapkan reputasi penggubah
romantis
Giuseppe Verdi
Nabucco
dipentaskan buat kali pertama di
Teatro alla Scala
Milan
1945
Perang Dunia Kedua
: Satu
serangan bom ke atas Tokyo
(gambar)
memulakan
ribut api
yang membunuh lebih 100,000 orang.
1959
Anak patung
yang terlaris di dunia,
Barbie
muncul buat pertama kalinya di
Pesta Mainan Antarabangsa Amerika
di
Bandar Raya New York
Hari-hari sebelum:
8 Mac
7 Mac
6 Mac
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
10 Mac
Hari Harriet Tubman
di beberapa tempat di Amerika Syarikat
241 SM
Republik Rom
menewaskan
Carthage
dalam
Pertempuran Kepulauan Aegates
, dengan itu mengakhiri
Perang Punic Pertama
1831
Raja
Louis-Philippe
mengasaskan
Legion Asing Perancis
untuk mendukung
perangnya di Algeria
1906
– Lebih seribu
pelombong
batu arang
terbunuh dalam
bencana lombong Courrières
(gambar)
di utara Perancis.
2005
Ketua Eksekutif Hong Kong
pertama
Tung Chee Hwa
mengumumkan perletakan jawatan disebabkan ketidakpuasan hati meluas terhadap kepemimpinannya.
2006
– Kuar
NASA
Mars Reconnaissance Orbiter
mencapai orbitnya di sekeliling
Marikh
Hari-hari sebelum:
9 Mac
8 Mac
7 Mac
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
11 Mac
Hari Kemerdekaan
di Lithuania (
1990
1845
– Angkatan pahlawan
Maori
yang diketuai
Te Ruki Kawiti
dan
Hōne Heke
memusnahkan
Kororareka
, satu petempatan
British
di New Zealand, mencetuskan
Perang Tiang Bendera
1966
Presiden
Soekarno
(gambar)
dipaksa menandatangani Arahan Presiden
Supersemar
yang memberi kuasa kepada Lt. Jen.
Suharto
dan
Tentara Indonesia
1990
RSS Lithuania
dibubarkan apabila
Lithuania
mencapai
kemerdekaan
semula daripada
Kesatuan Soviet
2003
Mahkamah Jenayah Antarabangsa
mengadakan sesi pertamanya.
2011
– Satu
gempa bumi besar
melanda pesisir timur laut Jepun dan mencetuskan
kemalangan nuklear
di
Loji Kuasa Nuklear Fukushima I
Hari-hari sebelum:
10 Mac
9 Mac
8 Mac
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
12 Mac
Hari Kemerdekaan
di Mauritius (
1968
);
Hari Punjung
di China dan Taiwan.
515 SM
– Pembinaan
Kuil Suci
yang kedua di
Kota Lama Baitulmuqaddis
siap.
1930
Mohandas Karamchand Gandhi
memulakan
Perarakan Dandi
(gambar)
, satu perjalanan selama 24 hari untuk menentang cukai
British
ke atas
garam
di
India kolonial
1938
Anschluss
: Austria diduduki oleh
Wehrmacht
, dan kemudiannya menjadi
Ostmark
, salah satu
provinsi
dalam
Reich Jerman
2003
Perdana Menteri
Serbia
Zoran Đinđić
dibunuh di
Belgrade
2010
Siri serangan bom kedua
membunuh sekitar 60 orang di
Lahore
, Pakistan, empat hari selepas serangan pertama.
Hari-hari sebelum:
11 Mac
10 Mac
9 Mac
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
13 Mac
1781
– Ahli astronomi dan penggubah Jerman
William Herschel
menemui
planet
Uranus
(gambar)
, namun menyangkanya sebiji
komet
1881
Tsar
Rusia
Aleksandr II
dibunuh dalam satu komplot pengeboman oleh
Ignacy Hryniewiecki
dan tiga lagi orang konco.
1954
– Angkatan
Viet Minh
pimpinan
Vo Nguyen Giap
memulakan bedilan
artileri
terhadap
tentera Perancis
untuk memulakan
Pertempuran Dien Bien Phu
1988
Terowong Seikan
terowong
terpanjang dan terdalam di dunia, dibuka di antara bandar
Hakodate
dan
Aomori
di Jepun.
2013
Kdl. Jorge Mario Bergoglio
dari Argentina terpilih sebagai
Paus
Gereja Katolik
, beliau warga Amerika Latin pertama memegang jawatan ini.
Hari-hari sebelum:
12 Mac
11 Mac
10 Mac
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
14 Mac
Tahun Baru
Sikh
);
Hari Putih
di Jepun;
Hari Pi
1590
Perang Agama Perancis
Henri dari Navarre
dan
Huguenot
menewaskan angkatan
Liga Katolik
pimpinan
Duc de Mayenne
dalam
Pertempuran Ivry
1757
Laksamana
Tentera Laut Diraja British
John Byng
dibicarakan dan
ditembak sampai mati
kerana melanggar
Artikel Perang
pada permulaan
Perang Tujuh Tahun
1794
Eli Whitney
mempatenkan
mesin busar kapas
(gambar)
1994
– Versi 1.0.0
inti
sistem pengendalian
Linux
dikeluarkan, kini menjadi antara contoh ketara
perisian sumber terbuka
2008
– Tunjuk perasaan sempena
Hari Pemberontakan
bertukar menjadi satu siri
rusuhan dan bantahan
di
Lhasa
dan tempat-tempat lain di
Tibet
Hari-hari sebelum:
13 Mac
12 Mac
11 Mac
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
15 Mac
Hari Kebangsaan
di Hungary (
1848
);
Hōnen Matsuri
di Jepun.
1877
– Pemain-pemain
kriket
yang mewakili
England
dan
Australia
memulakan pertandingan
Ujian
yang pertama, di
Padang Kriket Melbourne
, Victoria, Australia.
1906
Charles Rolls
dan
Henry Royce
menubuhkan syarikat pengeluaran kereta
Rolls-Royce
1917
Tsar
Nikolai II
dari
Rusia
(gambar)
dipaksa
turun takhta
dalam
Revolusi Februari
, menamatkan pemerintahan tiga abad
kerabat Romanov
1985
– Syarikat
Symbolics
menjadi entiti pertama mendaftar
nama domain peringkat tinggi
.com
symbolics.com
2011
Kebangkitan dunia Arab
: Bantahan meletus
di seluruh Syria
menentang kerajaan autoritarian
Basyar al-Assad
Hari-hari sebelum:
14 Mac
13 Mac
12 Mac
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
16 Mac
Hari Peringatan Anggota Legion Latvia
1815
Willem I
mengisytiharkan dirinya sebagai
Raja
Kemaharajaan Bersatu Belanda
, menjadi
raja berperlembagaan
pertama di Belanda.
1872
Wanderers F.C.
memenangi edisi sulung
Piala FA
(gambar)
dalam pertandingan
bola sepak
yang tertua di dunia, menewaskan
Royal Engineers A.F.C.
1-0 di London.
1935
Pengerahan
diamalkan semula di
Jerman Nazi
, dan
tentera Jerman
dinamakan semula sebagai
Wehrmacht
1968
Perang Vietnam
Askar Amerika Syarikat
membunuh
ratusan orang awam tidak bersenjata di perkampungan
Mỹ Lai
di
Quảng Ngãi
Vietnam Selatan
2006
Perhimpunan Agung PBB
mengundi untuk menubuhkan
Majlis Hak Asasi Manusia PBB
Hari-hari sebelum:
15 Mac
14 Mac
13 Mac
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
17 Mac
Hari Santo Patrick
Ulang Tahun Penyatuan Itali
1861
45 SM
Perang saudara Caesar
Julius Caesar
mencapai kemenangan ketenteraan terakhirnya dalam
Pertempuran Munda
, menewaskan angkatan
Optimat
yang diketuai
Titus Labienus
dan
Pompey si Muda
624
– Orang-orang
Muslim
Madinah
menewaskan
orang-orang
Quraisy
Makkah di
Badar
, Arab Saudi kini.
1950
Penemuan
kalifornium
, salah satu
unsur transuranium
radioaktif
, diumumkan penyelidik
Universiti California, Berkeley
1958
– Satelit pertama
berkuasa suria
Vanguard 1
(gambar)
dilancarkan. Ia merupakan objek dilancarkan manusia tertua yang masih
mengelilingi
Bumi hari ini.
2011
Perang saudara Libya
Majlis Keselamatan PBB
menerima
Resolusi 1973
, membenarkan campur tangan ketenteraan di Libya.
Hari-hari sebelum:
16 Mac
15 Mac
14 Mac
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
18 Mac
Hari Bendera
di
Aruba
1976
1229
Perang Salib Keenam
Maharaja Suci Rom
Frederick II
mengisytiharkan dirinya sebagai
Raja Jerusalem
selepas kematian isterinya.
1438
Albert II dari Habsburg
menjadi
Raja Romawi
, pemerintah Jerman di
Empayar Suci Rom
1922
Mahatma Gandhi
dipenjarakan selama enam tahun kerana mencetuskan
keingkaran awam
1965
Angkasawan
Rusia
Aleksei Leonov
memakai
sut angkasa lepas
lalu keluar dari
kapal angkasa lepas
Voskhod 2
(gambar sendat udara dan sut)
, dengan itu menjadi orang pertama
berjalan di angkasa lepas
2011
Kuar angkasa lepas
NASA
MESSENGER
menjadi kapal angkasa lepas pertama mengorbit
Utarid
Hari-hari sebelum:
17 Mac
16 Mac
15 Mac
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
19 Mac
Hari Santo Yusuf
Kristian Barat
);
Hari Bapa
di pelbagai negara.
1279
– Pemerintahan tiga abad
Dinasti Song
di
China
berakhir dengan kemenangan
Dinasti Yuan
dalam
Pertempuran Yamen
1687
– Usaha pencarian
muara
Sungai Mississippi
oleh penjelajah Perancis
Robert Cavelier de La Salle
tamat dengan
dahagi
dan pembunuhannya di
Texas
kini.
1932
Jambatan Pelabuhan Sydney
(gambar)
, antara mercu tanda utama
Sydney
, Australia, dibuka secara rasmi.
1978
– Berikutan
serangan Israel
terhadap Lubnan, PBB
menyeru
Israel segera berundur, dan menubuhkan
Pasukan Tentera Sementara PBB di Lubnan
1982
– Angkatan tentera Argentina yang diketuai
Alfredo Astiz
menduduki
Georgia Selatan
, menyegerakan
Perang Falkland
terhadap UK.
Hari-hari sebelum:
18 Mac
17 Mac
16 Mac
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
20 Mac
Hari Kemerdekaan
di Tunisia;
Ekuinoks Mac
(10:28
UTC
);
Nowruz
di Iran,
Asia Tengah
dan dalam agama
Bahá'í
Majusi
1602
Syarikat Hindia Timur Belanda
diasaskan.
1852
– Novel
Uncle Tom's Cabin
diterbitkan, mempengaruhi sikap rakyat terhadap
perhambaan di Amerika Syarikat
1883
– 11 negara memeterai
Konvensyen Paris untuk Perlindungan Hak Perindustrian
, salah satu
perjanjian
harta intelek
terawal.
1987
– Ubat antiretrovirus
AZT
(gambar struktur)
menjadi ubat
antivirus
pertama diluluskan bagi penggunaan terhadap
HIV
dan
AIDS
1995
– Taifah
Aum Shinrikyo
melakukan
serangan gas beracun
pada
sistem kereta api bawah tanah
Tokyo
, mengorbankan 13 orang dengan
gas sarin
Hari-hari sebelum:
19 Mac
18 Mac
17 Mac
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
21 Mac
Hari Sindrom Down Sedunia
Naw-Rúz
dalam
takwim Bahá'í
Hari Ibu
di
dunia Arab
Hari Benito Juárez
di Mexico;
Hari Kemerdekaan
di Namibia (
1990
).
1800
– Dilantik sebagai calon tolak ansur,
Pius VII
dimahkotakan sebagai
Paus
di
Venice
dengan
tiara
sementara daripada
papier-mâché
1804
Kod Napoleon
diterimaguna sebagai
undang-undang sivil
Perancis.
1871
– Pengasas
Empayar Jerman
Otto von Bismarck
diisytiharkan sebagai
Canselor Jerman
yang pertama.
1935
Shah
Reza Pahlavi
membuat permintaan secara rasmi kepada masyarakat antarabangsa untuk memanggil
Parsi
dengan nama asalnya,
Iran
1963
Penjara persekutuan
A.S. di
Pulau Alcatraz
(gambar)
di
Teluk San Francisco
California
ditutup.
Hari-hari sebelum:
20 Mac
19 Mac
18 Mac
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
22 Mac
Hari Air Sedunia
1765
Parlimen Great Britain
meluluskan
Akta Setem
, menghendaki banyak bahan bercetak di
Tiga Belas Jajahan
Amerika Utara British
memiliki
setem hasil
1784
Buddha Zamrud
dipasang di
Wat Phra Kaew
yang terletak di halaman
Istana Perama
di
Bangkok
, Thailand.
1945
Liga Arab
(gambar lambang)
diasaskan oleh 7 buah
negara Arab
: Arab Saudi, Iraq, Lubnan, Mesir, Syria,
Transjordan
dan Yaman.
1995
Angkasawan
Rusia
Valeri Polyakov
kembali dari
Stesen Angkasa Mir
selepas 437 hari di
angkasa lepas
, mencipta rekod
penerbangan angkasa lepas paling lama
2004
– Helikopter Israel menembak
AGM-114 Hellfire
ke arah pengasas bersama
Hamas
Ahmed Yassin
, membunuh beliau serta sembilan orang awam.
Hari-hari sebelum:
21 Mac
20 Mac
19 Mac
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
23 Mac
Hari Republik
di Pakistan (
1956
);
Hari Persahabatan Hungary–Poland
di Hungary dan Poland.
1775
Revolusi Amerika
Patrick Henry
(gambar)
menyampaikan ucapannya, "
Berikan saya kebebasan, atau berikan saya kematian!
", kepada
Dewan Burgess
Virginia.
1801
Tsar
Aleksandr I
menaiki
takhta Rusia
selepas ayahandanya
Pavel I
dibunuh di istananya di
Saint Petersburg
1940
Gerakan Pakistan
Liga Muslim SeIndia
menerima
Ketetapan Lahore
, menyeru autonomi lebih besar dalam
India British
1996
Lee Teng-Hui
dipilih sebagai
Presiden Republik China
dalam
pilihan raya langsung presiden yang pertama
di
Taiwan
2007
– Tentera Laut
Pengawal Revolusi Iran
menahan
15 anak kapal
Royal Navy
HMS
Cornwall
, mendakwa mereka memasuki perairan wilayah Iran.
Hari-hari sebelum:
22 Mac
21 Mac
20 Mac
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
24 Mac
Hari Batuk Kering Sedunia
1603
Raja James VI
dari
Scotland
menaiki takhta
England
Ireland
dan
Wales
, dengan itu menyatukan
keempat-empat kerajaan
buat pertama kali.
1882
– Pakar perubatan Jerman
Robert Koch
(gambar)
mengumumkan penemuan
Mycobacterium tuberculosis
, sejenis
bakteria
yang mengakibatkan
batuk kering
1944
Perang Dunia Kedua
: Askar-askar
Pihak Berikat
memecah keluar dari
kem tawanan perang
Jerman Nazi
Stalag Luft III
1976
Perang Kotor
Presiden Argentina
Isabel Peron
digulingkan dalam satu
rampasan kuasa
tentera oleh
Jorge Rafael Videla
2011
Gempa bumi
bermagnitud 6.8
melanda timur laut Myanmar, mengorbankan lebih 150 orang.
Hari-hari sebelum:
23 Mac
22 Mac
21 Mac
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
25 Mac
Pesta Pengisytiharan
(Kristian);
Hari Perjuangan Hak Asasi Manusia
di Slovakia;
Hari Kemerdekaan
di Yunani (
1821
).
1306
– Selepas 10 tahun tidak beraja,
Robert I
dimahkotakan
sebagai
Raja
Scotland
di
Istana Scone
, Perthshire
(gambar)
1655
– Ahli astronomi Belanda
Christiaan Huygens
menemui
Titan
bulan Zuhal
yang terbesar.
1802
– Perancis dan United Kingdom menandatangani
Perjanjian Amiens
, menghentikan sementara permusuhan semasa
Perang Revolusi Perancis
1957
Jerman Barat
, Belanda, Belgium, Luxembourg, Itali dan Perancis menandatangani
Perjanjian Rom
yang mengasaskan
Komuniti Ekonomi Eropah
1995
Pengatur cara
Amerika Syarikat
Ward Cunningham
mewujudkan tapak
wiki
pertama,
WikiWikiWeb
Hari-hari sebelum:
24 Mac
23 Mac
22 Mac
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
26 Mac
Hari Kemerdekaan
di Bangladesh (
1971
1636
– Salah satu universiti tertua di Belanda dan antara yang terbesar di Eropah,
Universiti Utrecht
diasaskan.
1830
Teks keagamaan
yang mentakrifkan
gerakan
Latter Day Saint
Kitab Mormon
(gambar)
diterbitkan buat kali pertama.
1978
– Empat hari sebelum
Lapangan Terbang Antarabangsa Narita
, Jepun dijadualkan dibuka, sekumpulan pembantah merosakkan peralatan
menara kawalan
dengan
bom Molotov
1999
Cecacing komputer
Melissa
dikeluarkan dan menjangkiti sistem
mel elektronik
di seluruh dunia.
2010
Korvet
Tentera Laut Republik Korea
Cheonan
tenggelam
selepas satu letupan, dikatakan angkara torpedo Korea Utara, menyebabkan 46 anak kapal maut.
Hari-hari sebelum:
25 Mac
24 Mac
23 Mac
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
27 Mac
Hari Tatmadaw
di Myanmar;
Earth Hour
(20:30 waktu tempatan di pelbagai tempat,
2021
).
1794
– Bagi melindungi kapal dagang daripada lanun,
Kongres Amerika Syarikat
meluluskan
Akta Tentera Laut
, membentuk asas
Tentera Laut Amerika Syarikat
1851
Lafayette Bunnell
dan anggota lain Batalion Mariposa menjadi orang luar pertama menemui
Lembah Yosemite
California
1977
– Dua kapal terbang
Boeing 747
berlanggar
(gambar CGI)
di
lapangan terbang Tenerife
Kepulauan Canary
, mengorbankan 583 orang dalam
kemalangan pesawat udara
paling teruk dalam
sejarah
2009
– Empangan
Situ Gintung
di
Tangerang Selatan
, Jawa, Indonesia bocor, membanjiri ratusan rumah dan mengorbankan lebih 100 orang.
2020
Macedonia Utara menjadi
ahli
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara
(NATO).
Hari-hari sebelum:
26 Mac
25 Mac
24 Mac
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
28 Mac
Hari Guru
di Republik Czech
193
Pengawal Praetoria
membunuh
Maharaja Rom
Pertinax
dan melelong
singgahsananya
kepada
Didius Julianus
845
– Mengikut
saga Norse legenda
, penyerang
Viking
di bawah
Ragnar Lodbrok
menawan
Paris
dan menuntut
wang tebusan
1795
Pembahagian Poland
Fief
utara
Persekutuan Poland–Lithuania
Duci Courland
dibubarkan dan menjadi sebahagian
Empayar Rusia
1979
Leburan separa
reaktor nuklear
Three Mile Island
(gambar)
berhampiran
Harrisburg
Pennsylvania
menyebabkan sekitar 43
kCi
(1.59
PBq
kripton
beradioaktif terbebas.
2005
Gempa bumi Nias
melanda
Sumatera
, Indonesia, mengorbankan kira-kira 1,300 orang.
Hari-hari sebelum:
27 Mac
26 Mac
25 Mac
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
29 Mac
Hari Boganda
di Republik Afrika Tengah.
1430
Thessalonica
berjaya ditawan oleh
Empayar Uthmaniyah
dari
Republik Venezia
setelah
dikepung
untuk tempoh lapan tahun.
1871
Dewan Albert Diraja
(gambar)
di
Albertopolis
, London, dibuka secara rasmi oleh
Ratu Victoria
dari UK.
1974
– Sekumpulan petani di
Shaanxi
, China, menemui koleksi besar patung
terracotta
yang menggambarkan tentera
Maharaja
pertama
Qin Shi Huang
Tentera Terracotta
2004
Bulgaria
Estonia
Latvia
Lithuania
Romania
Slovakia
dan
Slovenia
menyertai
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara
sebagai anggota penuh.
2010
Pemisah Chechen
meletupkan dua butir bom
di
Metro Moscow
, membunuh 40 orang dan mencederakan lebih 100 lagi.
Hari-hari sebelum:
28 Mac
27 Mac
26 Mac
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
30 Mac
Hari Tanah
orang Palestin
).
1282
– Penduduk
Sicily
mula memberontak menentang pemerintahan Raja
Anjou
Charles I dari Naples
, memulakan
Perang Vespers Sicily
1867
Setiausaha Negara Amerika Syarikat
William H. Seward
merundingkan
pembelian Alaska
dengan harga
AS$
7.2 juta daripada
Rusia
1940
Perang China-Jepun Kedua
Wang Jingwei
dilantik secara rasmi sebagai ketua
kerajaan boneka
China
oleh
Jepun
1950
Usmar Ismail
memulakan penggambaran
Darah dan Doa
(gambar kad judul)
, kini diperingati sebagai "Hari Film Nasional" di Indonesia.
1981
John Hinckley, Jr.
menembak dan mencederakan
Presiden A.S.
Ronald Reagan
di
Washington, D.C.
Hari-hari sebelum:
29 Mac
28 Mac
27 Mac
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
31 Mac
Hari César Chávez
di pelbagai
negeri Amerika Syarikat
Hari Pembebasan
di Malta.
1778
Penjelajah
Inggeris
James Cook
mendarat di
Pulau Vancouver
dan menuntutnya untuk
Great Britain
1854
Laksamana Pertama
Tentera Laut A.S.
Matthew C. Perry
memeterai
Perjanjian Kanagawa
, memaksa pembukaan pelabuhan Jepun untuk perdagangan Amerika Syarikat.
1889
Menara Eiffel
(gambar)
dibuka secara rasmi di
Paris
1903
Pereka
New Zealand
Richard Pearse
dilaporkan terbang sejauh beberapa ratus meter, di dalam salah satu
mesin terbang pertama
1917
Hindia Barat Denmark
menjadi
Kepulauan Virgin A.S.
selepas Amerika Syarikat membayar Denmark sebanyak
AS$
25 juta untuk kepulauan
Caribbean
itu.
Hari-hari sebelum:
30 Mac
29 Mac
28 Mac
Arkib
Melalui e-mel
Lagi...
lihat
perbincangan
sunting
sejarah
Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember
Garis panduan untuk menyunting hari ulang tahun pilihan
Diambil daripada "
Kategori
Hari ulang tahun pilihan
Wikipedia
Hari ulang tahun pilihan/Mac
Tambah topik
US