Wikipedia:Laman pengguna - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Pergi ke kandungan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laman ini merupakan
garis panduan
untuk laman-laman pengguna dan perbincangan pengguna dan tidak seharusnya dikelirukan dengan
laman pengguna anda sendiri
Struktur data Wikipedia
Ruang nama
Ruang nama subjek
Ruang nama perbincangan
(Utama/Rencana)
Perbincangan
Pengguna
Perbincangan pengguna
Wikipedia
Perbincangan Wikipedia
Fail
Perbincangan fail
MediaWiki
Perbincangan MediaWiki
10
Templat
Perbincangan templat
11
12
Bantuan
Perbincangan bantuan
13
14
Kategori
Perbincangan kategori
15
100
Gerbang
Perbincangan gerbang
101
710
TimedText
TimedText talk
711
828
Modul
Perbincangan modul
829
Tidak digunakan lagi
2300
Gajet
2301
2302
Takrifan gajet
2303
Tidak dipasang
90
Thread
Thread talk
91
92
Summary
Summary talk
93
108
Buku
109
118
Draf
119
442
Course
Course talk
443
444
Institution
Institution talk
445
446
Program pendidikan
447
2600
Topic
2601
Ruang nama maya
-1
Khas
-2
Media
Senarai semasa (panggilan API)
Panduan Wikipedia
Kelakuan
Anggaplah niat baik
Konflik kepentingan
Jangan hentam pengguna baru
Jangan rencatkan Wikipedia untuk menggambarkan pendapat
Etika
Mempermainkan sistem
Laman pengguna
Kandungan
Memetik sumber
Sumber yang boleh dipercayai
Kelayakan
Perbincangan
Tandatangan
Garis panduan laman perbincangan
Suntingan
Saiz rencana
Berani
Jangan masukkan salinan sumber asli
Jangan melakukan tipu helah
Ringkasan suntingan
Karut jelas
Penyusunan
Kategori, senarai dan templat
Pengkategorian
Nyahkekaburan
Sublaman
Laras bahasa
Manual Gaya
Manual Gaya (senarai)
Manual Gaya (jadual)
Lain-lain
Senarai dasar dan garis panduan
Laman pengguna
merupakan laman untuk mengatur kerja yang dilakukan pengguna di
Wikipedia
, serta untuk berhubung dengan pengguna lain. Laman pengguna biasanya digunakan untuk perbincangan sesama pengguna, notis, pengujian dan draf. Jika dikehendaki, lama tersebut juga digunakan untuk kandungan autobiografi dan peribadi terhad. Semua laman di
ruang nama
Pengguna dan Perbincangan pengguna dianggap sebagai laman-laman pengguna.
Peristilahan dan lokasi laman
Peringatan: "
Anda
" dalam konteks ini bermaksud yang dikaitkan dengan anda, bukan milik anda.
Laman pengguna
Laman pengguna anda mempunyai nama sebegini: Pengguna:
Contoh
. (
Pautan ini adalah ke laman pengguna anda sendiri
.) Kegunaan biasanya adalah memberikan maklumat asas
jika anda mahu
, mengenai diri anda ataupun kegiatan-kegiatan anda yang berkenaan Wikimedia. Jika anda tidak mahu tulis apa-apa pun, tidak mengapa, sebaliknya anda boleh
melencongkan
laman pengguna anda ke arah laman perbincangan pengguna anda demi kemudahan ahli-ahli lain.
Laman perbincangan pengguna
Laman perbincangan pengguna anda mempunyai nama sebegini: Perbincangan pengguna:
Contoh
. (
Pautan ini adalah ke laman perbincangan pengguna anda sendiri
.) Kegunaan biasanya adalah menulis pesanan dan berbincang dengan ahli-ahli lain. Untuk maklumat lanjut, rujuk
Wikipedia:Laman perbincangan
Jalan pintas
WP:UP#SUB
WP:USERSUBPAGE
WP:CREATEUSER#SUB
Tutorial video untuk membentuk kotak pasir laman pengguna
Sublaman
Anda boleh membuat
sublaman
daripada laman pengguna, seperti
Pengguna:Contoh/rencana draf biola
atau
Pengguna:Contoh/ujian
dan laman-laman perbincangan yang berkenaan dengan pergi ke laman berpautan merah (tidak wujud) dan mula mengisikan kandungan. Senarai sublaman yang wujud boleh dilihat dengan menggunakan
Khas:Indeks awalan
(cth:
Khas:Indeks awalan/Perbincangan pengguna:Contoh/
). Selalunya, anda boleh meletakkan apa sahaja yang boleh terdapat dalam laman pengguna atau perbincangan pengguna ke dalam sublaman, kecuali beberapa perkara (rujuk di bawah) yang mesti diperlihatkan kepada pengguna-pengguna lain jika dicatatkan. Tatatingkat sublaman juga dibenarkan. Anda boleh menyimpan sebanyak mana sublaman yang anda mampu, tetapi sila ingat bahawa Wikipedia
bukan hos web percuma
, sila gunakan sublaman dengan munasabah. (Rujuk:
Wikipedia:Sublaman
untuk maklumat lanjut)
Laman pengguna atau ruang pengguna
Semua laman ini merupakan laman-laman pengguna atau ruang pengguna anda. Sungguhpun anda
tidak "memilikinya"
, tetapi pokoknya jika digunakan dengan munasabah dan mematuhi garis-garis panduan ini, anda diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengurus dan menyusun atur laman pengguna anda sesuka hati.
Anda juga boleh membuat sublaman yang berakhir dengan
.js
atau
.css
untuk menyimpan sebarang
skrip pengguna
dan
ubah suai kulit
yang dikehendaki apabila menyunting Wikipedia. Hanya anda dan para penyelia yang boleh menyunting laman-laman itu, namun sesiapa sahaja boleh membacanya.
Makluman perbincangan pengguna
Jalan pintas
WP:ORANGE
WP:NEWMESSAGE
Anda akan diberitahu jika sesiapa menyunting laman perbincangan pengguna anda dan/atau meninggalkan pesanan di situ. Pemberitahuan dan pautan-pautan di bawah dipaparkan secara automatik di semua laman sehingga anda melihat laman perbincangan pengguna anda (atau laman perbezaan antara semakan atau sejarahnya).
Anda mempunyai
pesanan baru
perubahan terakhir
).
Pautan-pautan
Khas:MyPage
dan
Khas:MyTalk
merupakan jalan-jalan pintas yang membawa seseorang pengguna ke laman pengguna dan perbincangan pengguna
sendiri
. Jika sesiapa ingin melawat laman pengguna atau perbincangan pengguna
anda
(atau orang lain), maka perlunya pautan laman yang sebetulnya (cth. [[Perbincangan pengguna:Contoh]]). Laman pengguna dan perbincangan pengguna biasanya boleh dilawati dengan mengklik
tandatangan pengguna
dalam perbincangan, dan pautan-pautan yang ditunjukkan dalam
sejarah laman
dan
perbezaan antara semakan
Apa yang
boleh
diletakkan dalam laman pengguna?
Jalan pintas
WP:UPYES
Laman-laman pengguna ini tiada kegunaan yang tetap, cuma pada kebiasaannya, laman pengguna seseorang mengandungi serba sedikit tentang diri pengguna itu, sementara laman perbincangannya digunakan untuk meninggalkan pesanan. Asalkan pengguna-pengguna lain boleh mencari laman-laman yang diperlukan dengan cepat dan mudah, para pengguna boleh menyusun atur laman penggunanya dengan bebas dan berakal budi.
Pengguna boleh menyertakan 'notis laman pengguna' pada laman pengguna dan perbincangan pengguna sendiri. Templat
{{
LamanPengguna
}}
di atas sekali laman pengguna jelas mengecamkan sifat laman itu untuk para pengguna, dan juga menolong jika sesiapa mendapati laman yang berlabel ini pada
salinan-salinan Wikipedia di tempat lain
(lebih lanjut) dan hendak mencari yang asli.
Laman pengguna ini boleh
dicerminkan
(disalin) oleh tapak-tapak sesawang yang lain. Bahan-bahan yang tidak ingin disalin atau diguna semula
jangan diletakkan di tapak ini
Sesetengah jenis bahan mesti tidak terbiar terlalu lama dalam ruang pengguna; rujuk di bawah untuk butirannya. Selain komunikasi, kegunaan ruang nama juga termasuk (tetapi tidak terhad keada):
Pendedahan suntingan yang besar
(tidak wajib tetapi disaran)
Perkara-perkara lain yang mungkin boleh membanntu kefahaman penyunting lain, seperti
akaun alternatif
(jika diumumkan)
Jika anda menyunting bagi pihak sesebuah syarikat, pertubuhan, kumpulan, produk atau tokoh (etc.) yang mana anda ingin berterus terang demi menjalin hubungan baik dengan komuniti penyunting.
(Suntingan mestilah sentiasa berkecuali dan mematuhi norma-norma ensiklopedia. Penyunting biasanya berasa sangsi dengan
konflik kepentingan
dan agenda tersembunyi. Sikap berterus terang akan kepentingan ini memperoleh penghormatan, mengalu-alukan bantuan orang lain serta menunjukkan keinginan untuk menyunting dengan sewajarnya.)
Catatan-catatan berkenaan kerja dan kegiatan anda di Wikipedia
Rencana semasa atau dalam rancangan, bidang topik, senarai tugas, peringatan, rencana-rencana yang diusahakan ,
anugerah
dan pencapaian seumpamanya, kerja gotong-royonhg, usul draf, pendapat (membina) dan usul pindaan pada rencana-rencana atau dasar-dasar Wikipedia, dsb.
Keterangan panjang lebar bagi hujah-hujah yang dibuat (atau akan dibuat) dalam perbincangan di tempat lain di wiki.
Kerja dalam proses atau bahan-bahan yang hendak diusahakan semula pada masa akan datang
(biasanya dalam sublaman)
Draf, terutamanya di mana anda memerlukan perbincangan atau pendapat orang lain terlebih dahulu, misalnya disebabkan
konflik kepentingan
ataupun usul perubahan yang besar
Draf yang dikarang dalam ruang pengguna anda sendiri kerana laman sasaran itu
dilindungi
, dan nota-nota bagi bahan kerja untuk rencana (Sesetengah kandungan tidak wajar dibiarkan sampai bila-bila).
Pautan, alatan dan skrip yang berguna
Arkib ruang pengguna
Tred laman perbincangan lama, dsb. (Sesetengah kandungan tidak wajar dibiarkan sampai bila-bila jika tidak terpakai.)
Perihal yang cukup panjang atau cukup aktif untuk memperoleh laman sendiri
Catatan peribadi yang sesuai dalam komuniti Wikipedia
Bahan Wikipedia selain rencana seperti jenaka, esei dan sudut pandangan yang munasabah tentang Wikipedia, falsafah peribadi, ulasan tentang hal-ehwal Wikipedia
Pendedahan hal-hal penting seperti ketidakhadiran atau pembetulan diri yang hendak disampaikan kepada penyunting lain, dsb.
Ucapan tahniah atau takziah bagi peristiwa besar, terutamanya yang berkenaan dengan para penyunting Wikipedia atau peristiwa besar dalam hidup.
(Pastikan pengguna ini hendak semua ini diumumkan dalam wiki, jangan-jangan dia hendak dirahsiakan.)
Percubaan
(biasanya dalam sublaman)
Laman percubaan
templat
penanda
yang kurang dikenali atau kegunaan pakar (termasuk
LaTeX
), dsb., seperti
kotak pasir
peribadi.
Laman untuk menguji
bot
dan
skrip
tanpa mencemari laman.
Laman pengguna dan sublaman pengguna boleh
ditransklusikan
supaya bertindak seperti templat, dan boleh diuji sedemikian rupa.
Sedikit kandungan autobiografi
Contohnya, bahasa-bahasa yang anda fasih (rujuk
Wikipedia:Babel
) atau bidang-bidang pengetahuan yang anda paling tahu.
Sejumlah
kecil
bahan tidak berkenaan yang berpatutan
Sebilangan pengguna mempunyai kandungan Wikipedia dan projek saudara seperti gambar-gambar (kegunaan bebas) dari
Wikimedia Commons
, rencana Wikipedia kegemaran, atau petikan kegemaran mereka.
Laman-laman yang digunakan terang-terangan untuk
promosi, bersyarah
atau
bergaduh
tentang hal-hal yang tiada kena-mengena biasanya dianggap tidak mematuhi kriteria ini.
Misalnya: résumé lima laman dan iklan
band
muzik anda boleh dianggap melampau; cukuplah dengan ringkasan tiga baris bahawa anda bekerja dalam bidang X dan mempunyai kugiran bernama Y.
Anda juga dialu-alukan untuk menyertakan pautan ringkas ke dalam laman web peribadi anda, namun anda tidak wajar menyerikannya dengan sebarang kata-kata promosi yang berbunga-bunga.
Laman pengguna juga digunakan untuk tujuan pentadbiran, untuk memastikan para pengguna sedar akan
sekatan
, amaran, atau tindakan-tindakan lain jika ada, serta memberitahukan hal-hal yang mungkin mempengaruhi rencana-rencana yang anda pernah usahakan atau terlibat dengan isu-isu editorialnya. Penyelia juga boleh menyunting laman pengguna anda, misalnya untuk menghadiahkan
barnstar
kepada anda ataupun mengajukan komen dan soalan kepada anda. Walaupun anda diberi cukup kebebasan untuk menyunting laman pengguna anda, namun ada hal-hal yang tidak wajar disingkrikan (lihat di bawah).
Ruang pengguna dan ruang utama
Pokoknya, butiran peribadi anda
tidak
patut diletakkan dalam
ruang nama
utama (untuk rencana ensiklopedia
sahaja
), dan rencana-rencana ensiklopedia
tidak
patut berpautan dengan mana-mana laman ruang pengguna.
Seandainya anda atau sesuatu yang berkait rapat dengan anda mempunyai rencana dalam ensiklopedia, itu sentiasa dianggap sebagai
berasingan sama sekali
dengan anda
sebagai penyunting
. Anda mesti membaca panduan
konflik kepentingan
dengan cukup teliti dan cuba
mengelak
daripada menyunting perihal diri anda atau hal-hal yang berkait rapat dengan anda di dalam sebarang rencana.
Bahan peribadi dan melanggar privasi
Sesetengah ahli meletakkan maklumat peribadi seperti butiran hubungan (e-mel, MSN, dsb.), gambar foto, nama sebenar, lokasi, maklumat tentang bidang kepakaran atau minatnya, yang disukai dan tidak disukai, dsb. Setelah diletakkan, maklumat ini tidak mungkin kekal peribadi lagi, dan boleh disalin ke mana sahaja dan juga digunakan untuk
mengganggu
anda pada masa akan datang.
Anda diingatkan supaya berfikir panjang sebelum meletakkan maklumat peribadi pada laman pengguna anda kerana anda mungkin tidak akan dapat menariknya semula nanti sungguhpun anda berubah pendirian.
Bahan peribadi yang melanggar privasi, baik yang diletakkan oleh anda sendiri atau orang lain,
boleh disingkirkan
daripada mana-mana laman atas permintaan oleh para penyelia.
Kotak pengguna
Semua kotak pengguna boleh didapati di
sini
Apa yang
tidak
boleh diletakkan dalam laman pengguna?
See also the policy section
Wikipedia:Biografi orang hidup#Ruang bukan rencana
Jalan pintas
WP:UP#NOT
WP:UPNO
WP:UPNOT
Secara amnya,
anda mesti mengelak daripada meletakkan terlalu banyak kandungan yang tiada kena-mengena dengan Wikipedia di laman pengguna anda.
Wikipedia bukanlah
perkhidmatan hos am, jadi laman pengguna anda bukan tapak web peribadi. Laman pengguna anda adalah mengenai diri anda sebagai ahli Wikipedia, dan laman-laman dalam ruang pengguna anda haruslah ditujukan kepada usaha anda untuk menyumbang kepada projek ini.
Selain itu,
anda tidak boleh meletakkan kandungan yang memburukkan nama projek ini
, ataupun pasti menyinggung perasaan orang lain (
cth.
penyokong pedofilia) dalam ruang pengguna anda. Sama ada tidak main-main atau bertindak seperti
troll
, hukum "
Wikipedia bukan tempat berucap
" biasanya ditafsirkan sebagai berkenaan dengan ruang pengguna dan ensiklopedia sekali, dan "
Wikipedia tidak tertapis
" memaksudkan laman rencana dan imej; di ruang-ruang nama lain
ada
sekatan yang bertujuan untuk memastikan kerelevanan, nilai dan ketenteraman komuniti. Sungguhpun menikmati lebih kebebasan di ruang pengguna daripada tempat lain, namun
silalah bertimbang rasa
Bahan yang amat menyinggung perasaan boleh dipadamkan begitu sahaja oleh mana-mana penyunting.
Komuniti Wikipedia pada umumnya bersikap toleran dan menjamin kebebasan yang cukup ketika menyemai garis-garis panduan ini kepada peserta am. Khususnya, kegiatan membina komuniti yang tidak semestinya "ikut topik" dibenarkan, terutamanya yang dimulakan oleh ahli Wikipedia komited yang memiliki rekod prestasi yang memuaskan sebagai penyunting. Jika dilakukan dengan betul, kegiatan-kegiatan sebegini membantu membina komuniti dan juga memperkaya ensiklopedia, tetapi juga, jika kegiatan laman pengguna mengganggu komuniti atau menghalang pengayaan ensiklopedia, ia mesti diubah suai untuk mencegah gangguan.
Kandungan tidak berkenaan yang berlebihan
Kandungan tak berkenaan termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
Penulisan, maklumat, perbincangan, dan kegiatan yang
tidak berkait rapat
dengan matlamat Wikipedia
Weblog
yang bercatatkan kegiatan anda yang tiada kaitan dengan Wikipedia.
Perbincangan berlebihan yang tiada kaitan dengan Wikipedia.
Pendapat peribadi berlebihan tentang hal-hal yanf tiada kaitan dengan Wikipedia, falsafah wiki, kolaborasi, kandungan bebas,
Creative Commons
, dsb.
Penulisan dan bahan berlebihan tentang topik-topik yang langsung tiada peluang untuk menjadi berguna secara langsung kepada projek ini, komunitinya, ataupun rencana ensiklopedia. (Misalnya bagi rencana, jika sesebuah bahan ilmu itu
penyelidikan asli
dan terang-terangan mengabaikan
sumber yang boleh dipercayai
, ataupun
tidak bersifat ensiklopedia
atas sebab-sebab lain yang nyata.)
Komunikasi tanpa kaitan dengan Wikipedia, dengan mereka yang tidak terlibat denga projek atau kerja-kerja sampingannya.
Jalan pintas
WP:UP#GAMES
Permainan, sesi main peranan (
role playing
), laman rahsia dan lain-lain perkara yang berkenaan dengan "hiburan" semata-mata daripada "mengarang ensiklopedia". Perbuatan-perbuatan sedemikian selalunya tidak disenangi oleh komuniti. Permainan tanpa nilai pendidikan yang bersangkut-paut dengan projek sentiasa dihapuskan di
MfD
Bahan-bahan dan pautan-pautan promosi dan sokongan
Jalan pintas
WP:UP#PROMO
Pengiklanan atau promosi tokoh, perniagaan, pertubuhan, kumpulan, atau sudut pandangan yang tiada kena-mengena dengan Wikipedia (seperti tapak komersial atau pautan rujukan).
Bahan promosi diri yang berlebihan, terutamanya yang tiada kena-mengena dengan Wikipedia secara langsung.
Bahan-bahan yang amat memecahbelahkan atau menyinggung perasaan yang tiada kaitan dengan penyuntingan ensiklopedia
Jalan pintas
WP:UP#POLEMIC
Kenyataan-kenyataan
polemik
yang tiada kaitan dengan Wikipedia, ataupun yang menyerang atau mencerca kumpulan penyunting, orang-orang, atau entiti-entiti lain (ini secara umumnya dianggap memecahbelahkan dan dipadamkan, dan cubaan memulihkan bahan-bahan sedemikian dianggap
mengganggu
).
Bahan-bahan yang boleh dianggap sebagai menyerang penyunting lain, termasuk mencatatkan kepincangan yang ditanggap. Himpunan bukti fakta (laman perbezaan) di sublaman pengguna bagi tujuan-tujuan seperti persediaan untuk
penyelesaian pertikaian
adalah dibenarkan
asalkan
tepat pada masanya.
Para pengguna tidak wajar memaparkan maklumat yang negatif tentang orang lain tanpa sebab yang amat munasabah. Bukti negatif, senarai kesalahan orang, kumpulsemakan perbezaan suntingan dan kritikan berkenaan masalah dsb. harus disingkirkan atau disimpan secara rahsia (iaitu bukan di wiki ini) sekiranya ia tidak akan pasti digunakan ataupun tidak digunakan lagi.
Maklumat peribadi
Jalan pintas
WP:USERBIO
Maklumat peribadi orang lain tanpa kebenaran mereka.
Maklumat peribadi yang tidak sesuai atau berlebihan dan tiada kaitan dengan Wikipedia.
Kandungan Wikipedia yang tidak sesuai dengan ruang pengguna
Jalan pintas
WP:UP#NOTSUITED
Imej-imej yang anda tidak bebas gunakan (biasanya imej-imej
kegunaan wajar
;).
Kategori dan templat yang dimaksudkan untuk kegunaan lain, terutamanya bagi rencana dan garis panduan.
Umumnya, jika anda ada bahan-bahan yang anda tidak ingin orang lain sunting, ataupun tidak sesuai untuk Wikipedia, ia seharusnya diletakkan dalam tapak sesawang peribadi. Terdapat banyak perkhidmatan hos web, e-mel dan weblog, baik percuma mahupun berharga rendah, sebagai tempat yang sesuai untuk kandungan yang tiada kaitan dengan Wikipedia. Bagi kolaborasi komuniti ala wiki, anda boleh muat turun perisian
MediaWiki
dan memasangnya ke dalam pelayan (server) anda jika anda inginkan kawalan sepenuhnya, atau menggunakan mana-mana satu daripada berbilang
ladang wiki
(seperti
Wikia
).
Sokongan terhadap perilaku yang nyata sekali tidak senonoh tanpa faedah kepada projek
Kenyataan-kenyataan atau laman-laman yang kelihatan menyokong, menggalakkan atau membiarkan kelakuan-kelakuan berikut:
Note 1
laku musnah
pencabulan hak cipta
perang sunting-menyunting
gangguan
pelanggaran privasi
fitnah
, dan
tindakan-tindakan keganasan
(termasuk segala bentuk keganasan tetapi
bukan
semata-mata kenyataan menyokong pihak penuh kontroversi yang boleh ditafsirkan sebagai menggalakkan keganasan).
Kenyataan-kenyataan ini boleh dipadamkan, disunting oleh
dilipat
oleh sesiapa untuk menghindari tampak kebolehterimaan, dan
kriteria penghapusan segera
yang sedia ada juga boleh digunakan. Untuk menjaga kebebasan ruang pengguna yang seadanya, jenis-jenis bahan yang lain wajar diuruskan seperti yang diterangkan di
bawah
melainkan ada tindakan yang dipersetujui sebulat suara.
Kategori, templat dan lencongan
Maklumat selanjutnya:
Wikipedia:Pengkategorian § Mengkategorikan laman pengguna
Jangan
letakkan laman pengguna atau sublaman anda, termasuk rencana draf, ke dalam
kategori kandungan
Terutama sekali, diingatkan bahawa templat dan notis rencana tuas sering menambahkan kategori dengan sendiri. Anda boleh menghalangnya sementara rencana didrafkan dengan meletakkan
tlx|
di antara {{ dan nama tempat, seperti ini:
{{
tlx
|stub|any parameters}}
Anda juga boleh memaksa pengabaian sebahagian teks dengan meletakkan
selepasnya, atau dengan membubuh tanda titik bertindih sebelum "Kategori", seperti ini:
[[:Kategori:Jambatan]]
untuk memaksa pautan kategori bertindak sebagai pautan wiki biasa.
Laman perbincangan pengguna
seharusnya tidak melencong ke mana-mana selain
laman perbincangan akaun yang dikawal oleh pengguna yang sama.
Laman yang menyerupai rencana, laman salinan, laman projek
Jalan pintas
WP:FAKEARTICLE
WP:UP#COPIES
WP:STALEDRAFT
Ruang pengguna ini
bukan hos web percuma
dan tidak boleh digunakan untuk menempatkan laman-laman yang menyerupai rencana,
semakan lama
, atau kandungan terhapus, atau versi kandungan meragukan yang anda sukai. Salinan peribadi laman yang digunakan semata-mata untuk tujuan arkib jangka panjang mungkin tertakluk kepada
penghapusan
. Penempatan rencana-rencana yang mungkin sahih dan lain-lain kandungan yang munasabah dalam pembangunan atau sedang aktif digunakan biasanya boleh diterima (templat {{
userspace draft
}} boleh diletakkan di atas laman untuk mengecamkannya). Apabila laman ruang pengguna mencapai takat di mana dia boleh dijadikan rencana, maka ia boleh
dipindahkan
ke dalam ruang utama atau kandungannya digunakan secara berpatutan di rencana-rencana lain yang berkenaan.
Ruang pengguna ini juga bukan ganti kepada ruang projek (
Wikipedia:...
), dan juga tidak patut digunakan sebagai pendokumenan utama bagi sebarang dasar, garis panduan, latihan atau konsep mantap Wikipedia. Jika laman pengguna anda yang berkenaan dengan projek menjadi kerap digunakan atau dipautkan dengan ruang projek, ataupun fungsinya seakan-akan laman projek, apa kata anda pindahkannya ke dalam ruang projek atau menggabungkan dengan lain-lain laman yang seumpamanya yang sudah wujud di sana.
Pemilikan dan suntingan laman pengguna
Jalan pintas
WP:UP#OWN
Bahagian ini berkaitan dengan semua laman ruang pengguna anda.
Secara tradisi, Wikipedia menyediakan ruang yang agak luas kepada para pengguna untuk mengurus ruang pengguna mereka dengan cara yang mereka suka. Namun, laman-laman di dalam ruang pengguna dimiliki komuniti. Laman-laman ini
bukan
laman peribadi, dan tidak dimiliki pengguna. Laman-laman ini sebahagian daripada Wikipedia dan wujud semata-mata untuk membantu kerjasama antara para penyunting.
Pengguna lain atau bot boleh menyunting halaman-halaman ruang pengguna anda atau meninggalkan pesanan untuk anda, mahupun mengikut resmi pengguna lain secara amnya tidak akan menyunting laman pengguna anda selain (amat jarang) daripada menangani isu besar ataupun meletakkan tag berkaitan projek. Bahan yang difikirkan tidak menjurus kepada tujuan projek boleh dibuang (lihat bawah), seperti juga suntingan daripada pengguna yang
dilarang
. Kebanyakan polisi tapak termasuk
Larangan serangan peribadi
dan
Biografi orang hidup
dikenakan terhadap ruang pengguna anda. (Polisi-polisi yang hanya berkaitan kandungan seperti
Larangan penyelidikan asli
Pandangan berkecuali
, dan lain-lain lazimnya tidak dikenakan kecuali penulisan tersebut dipindahkan ke dalam ruang utama).
Sama dengan semua suntingan, sumbangan ruang pengguna dilesenkan (tanpa boleh ditarik balik) di bawah lesen-lesen
Creative Commons Attribution/Share-Alike License
dan
GNU Free documentation license
Akhir sekali, sebilangan kecil notis dan tag, jika diletakkan pada ruang pengguna anda,tidak boleh diubah kepada bahagian yang tersorok ataupun dibuang tanpa perbincangan.
Catatan
Layanan seperti memaafkan, mengecilkan, atau membiasakan isu-isu ini sebagai boleh tahan atau kurang pentingnya (cth. dengan menjelaskan sokongan kepada laku musnah sebagai 'humor' atau perang sunting-menyunting sebagai cara penyelesaian isu kandungan yang munasabah) juga dianggap sama kesannya dengan membiarkan kelakuan itu, oleh itu harus disingkatkan.
Lihat juga
Kategori:Pengguna
Polisi dan garis panduan utama Wikipedia
Gambaran umum
Dasar dan garis panduan
WP:DASAR
) •
Senarai dasar
WP:SD
) •
Senarai garis panduan
WP:SGP
Prinsip sejagat
Wikipedia bukanlah
WP:BUKAN
) •
Polisi lanjutan
WP:EXPOL
) •
Polisi menyunting
WP:SUNTING
) •
Kesalahan biasa
WP:SALAH
) •
Abaikan semua peraturan
WP:ABAI
Polisi kandungan fail
Hak cipta
WP:HC
Polisi piawai rencana
Pandangan berkecuali
WP:NPOV
) •
Pengesahan
WP:V
) •
Tiada penyelidikan asli
WP:NOR
) •
Biografi orang yang masih hidup
WP:BLP
) •
Polisi penghapusan
WP:DEL
) •
Kriteria penghapusan segera
WP:KPS
Polisi tingkah laku
Anggaplah niat baik
WP:AGF
) •
Kesopanan
WP:CIV
) •
Larangan serangan peribadi
WP:NPA
) •
Tiada ancaman undang-undang
WP:LEGAL
) •
Pemilikan rencana
WP:MILIK
) •
Peraturan batalkan tiga kali
WP:3RR
) •
Perang sunting
WP:WAR
) •
Pengguna boneka
WP:SOCK
) •
Polisi sekatan
WP:BLOCK
Polisi penyelesaian
Sepersetujuan
WP:CON
) •
Penyelesaian pertikaian
WP:DR
Panduan tingkah laku
Etiket
WP:EQ
) •
Jangan menggendalakan Wikipedia untuk menggambarkan pendapat
WP:POINT
) •
Jangan hentam pengguna baru
WP:BITE
) •
Jangan memainkan sistem
WP:GAME
) •
Apakah itu Troll
WP:TROLL
) •
Penyuntingan yang mengganggu
WP:GANGGU
Panduan pengelasan
Sublaman
WP:SP
) •
Senarai
WP:L
) •
Kategori
WP:CAT
) •
Templat
WP:TMP
Panduan kandungan
Konflik kepentingan
WP:COI
) •
Jangan masukkan salinan sumber asli
WP:NPS
) •
Nyahkekaburan
WP:D
) •
Jangan melakukan tipu helah
WP:HOAX
) •
Kelayakan
WP:N
) •
Karut nyata
WP:PN
) •
Laman pengguna
WP:PENGGUNA
) •
Laku musnah
WP:VAN
Panduan suntingan
Saiz rencana
WP:SIZE
) •
Berani mengemaskini
WP:BOLD
) •
Bina web
WP:BTW
) •
Ringkasan suntingan
WP:ES
) •
Tandatangani laman perbincangan
WP:SIG
) •
Laman perbincangan
WP:TALK
) •
Sunting kopi
WP:SUNTINGKOPI
Gaya penyuntingan
Manual gaya penulisan
WP:MGP
) •
Tajuk rencana
WP:NC
Diambil daripada "
Kategori
Polisi dan panduan Wikipedia
Ruang pengguna Wikipedia
Wikipedia
Laman pengguna
Tambah topik
US