Wikipedia:Manual gaya penulisan/Pemformatan teks - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Pergi ke kandungan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wikipedia:Manual gaya penulisan
Garis panduan
ini ialah sebahagian
Manual gaya penulisan
Wikipedia Bahasa Melayu. Gunakan akal anda ketika mengamalkannya; sekali-sekala ada pengecualiannya.
Jalan pintas
MGP:TEKS
WP:MGPTEKS
Mesej laman ini secara ringkas:
Halaman ini memberikan panduan tentang
bila
hendak memformatkan teks dalam rencana. Untuk mendapatkan arahan tentang
bagaimana
hendak melakukannya, lihat
Bantuan:Penanda wiki § Format
Panduan Gaya (MOS)
Kandungan
Kebolehcapaian
Biografi
Laman nyahkekaburan
Teks tersembunyi
Kotak info
Pautan
Rujukan sendiri
Perkataan perlu berhati-hati
Pemformatan
Singkatan
Huruf besar
Tarikh dan nombor
Sebutan
Ejaan
Pemformatan teks
Tajuk
Tanda sengkang
Imej
Kapsyen
Galeri
Ikon
Imej
Reka letak
Reka letak
Bahagian utama
Tajuk bahagian
Jadual
Bahagian trivia
Senarai
Senarai semat
Senarai
Senarai kerja
Persimpangan jalan
Senarai tersendiri
Undang-undang
Undang-undang
Tanda dagang
Mengikut topik
Seni
Komik
Filem
Lirik dan puisi
Novel
Falsafah
Televisyen
Permainan video
Seni visual
Menulis tentang fiksyen
Muzik
Contoh muzik
Carta rekod
Alat muzik bertali
Kategori
Rantau
Konvensyen penamaan khusus
Canada
China
Perancis
Hawaii
India
Ireland
Jepun
Korea
Filipina
Poland
Singapura
Agama
Islam
Latter Day Saints
Sains
Kimia
Sains komputer
Pengkomputeran
Matematik
Perubatan
Garis panduan berkaitan
Penulisan yang lebih baik
Saiz rencana
Tajuk rencana
Kategori, senarai, dan templat navigasi
Pengkategorian
Memetik sumber
Tajuk imej
Tutorial imej
Bahagian
Nota atas
Nota kaki
Nama khas
Sejarah ketenteraan
Tandatangan
Sublaman
Panduan laman perbincangan
Ruang nama templat
Kebolehfahaman
Laman pengguna
Gambaran keseluruhan
Kandungan
Tips
Ini bahagian Manual gaya penulisan Wikipedia yang meliputi apabila hendak
memformatkan teks
dalam rencana, seperti teks mana yang patut
ditebalkan
atau
dicondongkan
Teks tebal
sunting sumber
Jalan pintas
MGP:T
MGP:TEBAL
Teks tebal (
teks seperti ini
) biasa digunakan dalam mana-mana rencana, tetapi dianggap sesuai hanya untuk kegunaan tertentu.
Untuk mencipta teks tebal, kelilingi teks yang ingin ditebalkan dengan tiga tanda petik tunggal (
'''blah blah'''
).
Untuk menunjukkan kepentingan, keseriusan, atau keperluan mendesak menggunakan
penanda
semantik, anda juga boleh menggunakan elemen HTML
...
, atau templat
{{
strong
}}
yang boleh digunakan oleh pembaca skrin dan perisian kebolehaksesan lain, namun sokongan untuk elemen ini sangat berbeza bergantung pada teknologi yang digunakan dan bagaimana ia dikonfigurasikan oleh pengguna akhir (ertinya, ia mungkin tidak berkesan langsung pada pembaca skrin tertentu secara lalai, tetapi mungkin berguna bagi sesetengah orang dalam keadaan tertentu).
Tajuk rencana
sunting sumber
Teks tebal sering digunakan pada kemunculan pertama perkataan atau frasa tajuk rencana dalam bahagian pengenalan. Ini juga dilakukan pada kemunculan
pertama
istilah (biasanya sinonim dalam pengenalan) yang melencongkan kepada rencana atau salah satu subseksyennya, tanpa mengira jika istilah tersebut muncul dalam pengenalan atau tidak (lihat
§ Penggunaan lain
, di bawah).
Ini tidak wajib: contohnya, ia mungkin tidak diingini apabila banyak istilah melencong kepada satu rencana, seperti satu spesies tumbuhan dengan puluhan nama tempatan.
Penebalan automatik
sunting sumber
Dalam kes-kes berikut, teks tebal akan digunakan secara
automatik
sama ada oleh perisian MediaWiki atau oleh pelayar web:
Tajuk
subseksyen aras 3 dan ke bawah (
===Subheading===
====Sub-subheading====
, dan sebagainya). Terdapat lima aras tajuk yang digunakan dalam penulisan rencana (aras teratas dikhaskan untuk nama halaman yang dipaparkan secara automatik).
Istilah-istilah atau entri dalam senarai penerangan (contoh:
Glosari pengkomputeran
).
Tajuk
dan kapsyen jadual (tetapi bukan kapsyen imej).
Pautan ke halaman di mana pautan itu muncul, dipanggil pautan sendiri (
self link
).
Penandaan teks tebal yang ditambah secara manual dalam kes-kes ini akan menghasilkan fon tebal berganda yang berlebihan (berat 900).
Penggunaan lain
sunting sumber
Jalan pintas
MGP:TEBAL#LAIN
MGP:TEBALLENCONG
Gunakan
teks tebal
dalam rencana hanya dalam beberapa kes istimewa:
Selepas mengikuti lencongan
: Istilah yang melencong ke rencana atau seksyen tertentu biasanya ditebalkan apabila ia muncul dalam beberapa perenggan pertama bahagian pengenalan, atau di permulaan seksyen lain (contohnya, subtopik yang diterangkan dalam seksyennya sendiri atau nama alternatif untuk topik utama – lihat
§ Tajuk rencana
, di atas
).
Objek matematik
yang kadangkala ditulis dalam teks tebal, seperti
vektor
dan set khas tertentu, seperti simbol nombor rasional
Dalam beberapa format petikan, untuk nombor jilid jurnal atau karya pelbagai jilid.
Templat petikan, seperti
Templat:Citation
, akan menyediakan semua format secara automatik (seperti condong, teks tebal, dan tanda petik).
Penekanan
...
HTML, yang biasanya dipaparkan sebagai teks tebal, boleh digunakan dalam tanda petik untuk menandakan bahan itu ditebalkan dalam bahan asal. Ia juga boleh dipaparkan dengan templat
{{
strong
...
}}
Apabila taip tebal patut dielakkan
sunting sumber
Jalan pintas
MGP:JGNTBL
MGP:TAKTEBAL
Elakkan mengguna teks tebal untuk penekanan dalam teks rencana. Sebaliknya, gunakan elemen HTML
...
atau templat
{{
em
...
}}
(yang biasanya dipaparkan condong).
Elakkan mengguna teks tebal untuk memperkenalkan istilah baharu. Sebaliknya, teks condong lebih disarankan (lihat §
Words as words
). Elakkan mengguna teks tebal (atau gimik fon lain) dalam pengembangan akronim, seperti dalam
ertubuhan
angsa-bangsa
ersatu
(lihat Wikipedia:Manual gaya penulisan/Singkatan § Akronim untuk panduan mengenai gaya akronim)
. Begitu juga, elakkan menjelaskan secara berlebihan istilah lakuran; hindari klausa seperti
Pawagam datang daripada
pa
nggung
wa
yang dan
gam
bar
Walaupun menebalkan abjad bukan Rumi seperti Yunani atau Cyrilik boleh dilakukan, ia patut dielakkan.
Penandaan
{{
strong
}}
secara amnya tidak sesuai dalam teks rencana kecuali dalam bahan yang dipetik (lihat di atas), namun ia biasa digunakan dalam halaman projek, pendokumenan templat, diskusi halaman perbincangan, dan dalam konteks bukan rencana yang lain.
Teks condong
sunting sumber
Jalan pintas
MGP:CONDONG
MGP:MIRING
Teks condong atau miring (
teks seperti ini
) dihasilkan dengan dua tanda petik tunggal di keliling kandungan yang akan dicondongkan:
''...''
Teks condong, bersama-sama dengan penekanan semantik (biasanya dipaparkan condong), digunakan untuk pelbagai tujuan khusus dalam Wikipedia, yang digariskan di bawah.
Penekanan
sunting sumber
Jalan pintas
MGP:TEKAN
Penggunaan huruf condong untuk penekanan atau penegasan di Wikipedia hendaklah mengikut gaya penulisan bahasa Melayu yang baik. Cara yang paling
berketersampaian
, iaitu boleh dimanfaatkan oleh semua orang termasuk OKU, untuk menunjukkan penekanan adalah dengan elemen HTML
...
atau dengan mengapit teks yang ditekankan dalam templat
{{
em
...
}}
. Penanda condong HTML (
''...''
, atau
...
) sering digunakan untuk penekanan, tetapi penggunaan ini bukan penanda yang betul dari segi semantik, jadi penanda penekanan lebih diutamakan. Penanda teks condong hendaklah digunakan bukan untuk tujuan penekanan, seperti untuk tajuk buku dan frasa bahasa asing, seperti yang diperincikan di bawah.
Penekanan boleh digunakan untuk menarik perhatian kepada perkataan atau frasa penting dalam ayat, apabila poin atau teras ayat itu mungkin tidak jelas kepada pembaca, atau untuk menegaskan kontras:
Lukman mengakui bahawa ilmu mestilah ilmu
tentang
sesuatu perkara.
Ada baiknya penekanan dielakkan terus dengan menulis semula ayat dengan lebih jelas. Menggunakan penekanan lebih daripada sekali dalam satu ayat jarang membantu pembaca, kecuali perkataan yang ditekankan sedang dibandingkan secara langsung (sering kalinya kes perkataan sebagai perkataan untuk teks condong biasa). Lihat juga: § Quotations, di bawah.
Penggunaan teks condong untuk tujuan bukan penekanan harus menggunakan penanda
''...''
bukan
atau
{{em}}
Jangan gunakan teks tebal untuk penekanan, seperti yang diterangkan dalam §
Apabila taip tebal patut dielakkan
di atas. Jangan gunakan garis bawah, huruf besar semua, atau huruf besar kecil untuk penekanan, seperti yang diterangkan dalam §
Cara salah membuat penekanan
di bawah.
Nama dan judul
sunting sumber
Jalan pintas
MGP:NDJ
MGP:NAMADANJUDUL
Teks condong hendaklah digunakan untuk jenis-jenis nama dan gelaran berikut, atau singkatannya:
Karya besar dalam seni dan rekaan
, seperti album, buku, permainan video, filem, muzikal, opera, simfoni, lukisan, arca, surat khabar, jurnal, majalah, puisi epik, drama, program atau siri televisyen, rancangan radio, komik, dan
lerang komik
. Medium terbitan atau penyampaian bukanlah faktor; karya video yang hanya dikeluarkan dalam bentuk pita video, cakera, atau Internet dianggap sebagai "filem" untuk tujuan ini, dan sebagainya.
(Lihat
WP:Manual gaya penulisan/Tajuk § Huruf condong
untuk butiran.)
Karya kecil
(dan mana-mana pecahan yang ada tajuk khusus daripada satu karya besar yang dicondongkan tajuknya) hendaklah dituliskan dalam tanda petik berganda, bukan condong, walaupun tajuknya bukan dalam bahasa Inggeris. (Untuk butiran, lihat
§ Apabila taip condong patut dielakkan
.)
Kes-kes ini adalah konvensyen yang sudah mapan serta disahkan dalam kebanyakan panduan gaya. Jangan gunakan teks condong untuk kategori atau apa-apa yang berkaitan hanya kerana anda rasa ia kreatif atau artistik (contoh: gerakan dalam permainan atau sukan, hujah logik, produk "artisan", aliran pemikiran, dan sebagainya).
Nama kes mahkamah
FCC v. Pacifica
. (Maklumat
petikan kes
atau laporan undang-undang hendaklah ditulis dalam fon biasa.)
Nama saintifik
tertentu
Gen
(tetapi bukan
protein
yang dikodkan oleh gen).
Genus
(dan singkatannya) serta semua
takson
yang lebih rendah (termasuk spesies dan subspesies), tetapi bukan takson yang lebih tinggi (contohnya famili, order, dan sebagainya). Seluruh nama saintifik harus dicondongkan, kecuali jika terdapat interpolasi dalam atau dilampirkan pada namanya.
(Untuk butiran, lihat
§ Nama saintifik
.)
Kapal, pesawat atau kereta api yang khusus dinamakan
nama khas
diberikan kepada:
Kapal, dengan awalan kapal, simbol klasifikasi, nombor panji, dan jenis dalam fon biasa:
USS
Baltimore
(CA-68)
. Condongkan nama kapal apabila ia muncul dalam nama-nama kelas kapal (contohnya
kapal penjajap kelas
Baltimore
).
Pesawat:
Spirit of St. Louis
Kapal angkasa (termasuk fiksyen):
Space Shuttle
Challenger
balai cerap angkasa
Gaia
USS
Enterprise
NCC-1701
kapal bintang kelas
Constitution
. Jangan condongkan nama misi, siri, atau kelas kecuali jika ia sama dengan nama kapal:
Eagle
ialah
pendarat bulan Apollo 11
Voyager 2
dilancarkan sebagai sebahagian daripada
program Voyager
Kereta api dan lokomotif:
City of New Orleans
(kereta api)
Konvensyen ini
tidak dipakai
untuk pengangkutan kecil seperti kereta, trak, dan bas, atau kepada nama misi. Selain itu, kebanyakan kapal angkasa dan roket dunia sebenar pada masa ini tidak diberi nama khas, oleh itu
Apollo 11
Saturn V
Falcon 9
, dan sebagainya tidak sesuai digunakan untuk kapal angkasa.
Gunakan pautan paip untuk mencondongkan teks dengan betul dalam pautan wiki: "
USS
Baltimore
(CA-68)
, kapal utama
penjajap kelas
Baltimore
", dihasilkan dengan
[[
USS Baltimore (CA-68)
USS
''Baltimore''
(CA-68)
]]
, kapal utama penjajap kelas Baltimore
[[
Penjajap kelas Baltimore
penjajap kelas
''Baltimore''
]]
Perkataan sebagai perkataan
sunting sumber
Jalan pintas
MGP:PSP
MGP:PERKATAANSEBAGAIPERKATAAN
Gunakan teks condong apabila menulis mengenai perkataan sebagai perkataan, atau huruf sebagai huruf (untuk menunjukkan perbezaan antara penggunaan dan penyebutan). Contoh:
Istilah
panning
berasal daripada
panorama
, yang dicipta pada tahun 1787.
Deuce
bermaksud 'dua'.
(Glos linguistik ditulis dalam tanda petik tunggal.)
Huruf
banyak digunakan dalam bahasa Melayu.
Apabila penggunaan teks condong boleh menyebabkan kekeliruan (seperti apabila teks condong sudah banyak digunakan dalam sesuatu halaman untuk tujuan lain, contohnya, banyak perkataan dan frasa asing), tanda petik berganda boleh digunakan untuk membezakan perkataan sebagai perkataan. Tanda petik juga boleh digunakan apabila satu ayat penuh disebut (Contohnya:
Kata arah dalam
Dia duduk di atas kerusi
ialah
di
; atau
Kata arah dalam "Dia duduk di atas kerusi" ialah "di"
. Untuk aksara yang sangat kecil dan duduk secara sendirian, gaya kod adalah berguna:
(ini dihasilkan oleh:.
).
Jalan pintas
MGP:TEKNIKAL
MGP:ISTILAH
Apabila istilah teknikal atau jargon baharu diperkenalkan, ia sering dirujuk sebagai perkataan daripada mengikut peranan tatabahasanya yang biasa; jika begitu, istilah itu harus dicondongkan atau ditanda petik, biasanya dicondongkan. Kemunculan pertama istilah tersebut juga biasanya perlu dipautkan jika ia mempunyai rencana (atau seksyen, atau entri glosari) sendiri yang sepadan dengan maksudnya apabila digunakan dalam rencana.
Teks condong juga boleh digunakan apabila tag
atau templat
{{
dfn
}}
menandakan penggunaan pertama, definisi, pengenalan, atau makna tersendiri sesuatu istilah di halaman tersebut. Perlu diingat bahawa tag
dan templat
{{
dfn
}}
tidak menerapkan pemformatan teks, jadi teks condong (atau petikan) mesti ditambah jika diingini. Contohnya:
Kesedaran akses
ialah fenomena di mana maklumat dalam minda kita boleh diakses untuk laporan lisan dan penaakulan.
''
dfn
Kesedaran akses
dfn
''
ialah ...
Namun, jika suatu istilah merupakan nama alternatif untuk subjek rencana (sering kali menjadi sasaran lencongan), maka teks tebal harus digunakan daripada teks condong atau tanda petik pada kemunculan pertama istilah tersebut (lihat
§ Istilah tajuk rencana
di atas):
Bahasa Het
, juga dikenali sebagai
bahasa Nesa
, ialah suatu bahasa Indo-Eropah yang telah pupus.
Umumnya, gunakan salah satu sahaja daripada gaya ini pada satu masa (jangan condongkan dan letak tanda petik, atau letak tanda petik dan tebalkan, atau condongkan dan tebalkan) untuk tujuan perkataan sebagai perkataan. Akan tetapi, dua gaya boleh digabungkan untuk tujuan yang tertentu, contohnya tajuk filem dicondongkan dan juga ditebalkan dalam ayat pengenalan rencana mengenai filem tersebut:
The Journal of African History
ialah jurnal akademik kajian semula setara yang ditinjau tiga kali setahun.
Gaya gabungan juga sah dalam rencana tentang istilah atau apabila istilah penting melencong kepada satu rencana, seperti dalam:
Dunia Baru
" ialah istilah yang digunakan untuk...
Jangan tukar-tukar gaya dalam material yang sama (contohnya, menggunakan teks condong untuk perkataan sebagai perkataan dalam satu perenggan, kemudian tanda petik dalam perenggan lain).
Istilah asing
sunting sumber
Jalan pintas
MGP:ISTASGCONDONG
MGP:ASINGCONDONG
MGP:CONASG
Wikipedia secara amnya menggunakan huruf condong untuk perkataan dan frasa daripada bahasa bukan Melayu jika ia ditulis menggunakan
abjad Rumi
. Ini tidak terpakai bagi
kata atau frasa pinjaman
yang digunakan sehari-hari dalam bahasa Melayu dan bukan bidang khusus, seperti
kuetiau
Gestapo
samurai
—kerana ini sudah sebati dengan perbendaharaan kata bahasa Melayu.
Selaras dengan
Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu
(1972-1992),
terdapat tiga jenis kata pinjaman yang boleh ditangani dengan berbeza:
Istilah asing yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dalam sebutan dan ejaan hendaklah dikekalkan ejaannya, seperti
pencen
basikal
gelas
Istilah yang belum sepenuhnya diserap ke dalam bahasa Melayu hendaklah dikekalkan ejaan dan sebutannya seperti dalam bahasa sumber serta dicondongkan, seperti
ibid
ad hoc
landrover
Istilah yang belum sepenuhnya diserap dan memerlukan penyesuaian ejaan dan sebutannya hendaklah dieja mengikut
Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu
sambil bentuk asalnya dapat dikenal pasti.
Selain itu, gunakan ejaan asli perkataan asing yang menggunakan abjad Rumi, dengan atau tanpa diakritik—jika tidak, anda ejaannya hendaklah dimelayukan. Contohnya:
Gustav I dari Sweden
suka bersarapan roti rangup (
knäckebröd
) ditaburkan isi seperti
messmör
(mentega susu kambing), ham dan sayur-sayuran.
Kod:
[[
Gustav I dari Sweden
]]
suka bersarapan roti rangup (
{{
lang
sv
knäckebröd
}}
) ditaburkan isi seperti
{{
lang
sv
messmör
}}
(mentega susu kambing), ham dan sayur-sayuran.
Bagi istilah atau nama khas yang ditulis dengan sistem tulisan lain, ejaan Inggerisnya diambil kemudian disesuaikan dengan bahasa Melayu, seperti
pogrom
Kung Fu Tze
dan
Shinzo Abe
Templat
{{
lang
}}
dan variannya menyokong semua kod bahasa
ISO 639
, dapat mengenal pasti bahasa dengan betul dan mencondongkan teks secara automatik untuk anda. Sila gunakan templat ini daripada mencondongkan material bahasa asing secara manual.
Gunakan kosa kata asing dengan berjimat cermat; untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat
Wikipedia:Garis panduan penulisan yang lebih baik § Kurangkan penggunaan bahasa lain
. Sesetengah istilah pakar atau bukan Melayu tidak dicondongkan, termasuk istilah muzik seperti
minuet
dan
adagio
. Petuanya, jangan condongkan perkataan yang muncul dalam banyak kamus besar bahasa Melayu.
Jalan pintas
MGP:BADCONDONG
Jika istilah yang ditulis dalam tulisan selain Rumi perlu dimasukkan, istilah tersebut boleh diletakkan dalam kurungan.
Teks dalam tulisan bukan Rumi
(seperti
Yunani
Cyrilik
atau
Cina
tidak boleh dicondongkan atau ditebalkan atas alasan ia bahasa asing
, walaupun ia boleh dilakukan; perbezaan sistem tulisan sudah mencukupi untuk menunjukkan bezanya. Walau bagaimanapun,
tajuk karya besar yang perlu dicondongkan
tetap dicondongkan dalam sistem tulisan yang menyokong ciri tersebut (seperti Rumi, Yunani, dan Cyrilik); jangan guna penanda teks condong pada sistem tulisan yang tidak menyokongnya (seperti Cina, Jepun, dan Korea).
Beberapa nama khas—seperti nama peribadi, nama tempat, dan nama organisasi—biasanya tidak dicondongkan sebagai perkataan asing.
Namun, ini boleh dicondongkan atas sebab lain, seperti
apabila nama itu sendiri dirujuk
. Sebagai contoh, nama asing yang disenaraikan sebagai terjemahan dalam pendahuluan rencana harus dicondongkan, contohnya
Nuremberg
Jerman
Nürnberg
. Nama asing bagi karya harus dicondongkan sama seperti dalam bahasa Melayu, contohnya
Les Liaisons dangereuses
. Apabila nama tidak seharusnya dicondongkan, penanda bahasa tetap boleh memastikan sebutan yang betul dihasilkan oleh alat pembaca skrin, dengan menggunakan parameter
|italic=unset
{{
lang
|de|italic=unset|Nürnberg}}
Untuk
ketersampaian
yang lebih baik, petikan Latin tidak boleh dihurufbesarkan semuanya ataupun huruf besar kecil. Apabila ditulis balik kandungannya, inskripsi yang asalnya dalam huruf besar semuanya harus ditulis mengikut peraturan tatabahasa bahasa Melayu bagi huruf besar. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa menukarkan huruf besar bulat-bulat mungkin akan menyebabkan kesilapan penulisan; contohnya, huruf besar "V" dalam Latin boleh mewakili konsonan "v" atau vokal "u". Teks yang menggunakan semua huruf besar atau sebaik-baiknya huruf besar kecil boleh dikekalkan sekiranya ia berguna untuk konteks, seperti dalam bahan
linguistik
teknikal dan perihalan
artifak
. Para penyunting harus berhati-hati dalam membuat tafsiran sendiri semasa mentranskripsikan apa-apa epigrafi dan syiling. Khususnya pada syiling, aksara yang kelihatan seperti huruf mungkin sebenarnya
angka Rumi
, jenis mata wang, atau simbol. Untuk rencana-rencana yang menyalin epigrafi atau muka syiling, penyunting harus merujuk kepada ortografi sumber sekunder pakar (lihat juga transkripsi diplomatik).
Catatan
sunting sumber
Dari segi teknikalnya, menggunakan elemen HTML
...
untuk teks tebal dan elemen
...
untuk italik adalah dibolehkan, tetapi itu bukan gaya yang disarankan di Wikipedia, kecuali dalam kes (kebanyakannya dalam kod templat) di mana ia diperlukan secara teknikal.
Beberapa rencana undang-undang di Wikipedia menggunakan gaya petikan undang-undang
Bluebook
, yang menghendaki huruf condong untuk nama-nama kes dalam kandungan artikel (Peraturan 2.1(a)), dan taip biasa (Roman) untuk petikan bernota kaki (Peraturan 2.2(a) )(i)).
Untuk menunjukkan tajuk karya, ketiga-tiga bahasa ini mengelilingi tajuk dengan jenis kurungan yang berbeza. Untuk penekanan, teks bercetak dalam bahasa Cina, Jepun dan Korea biasanya menggunakan tanda penekanan khas yang diletakkan di bawah setiap aksara (atau kana Jepun atau blok suku kata hangul Korea), tetapi sokongan untuk ini dalam HTML adalah lemah.
Rujukan
sunting sumber
"Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP"
prpmv1.dbp.gov.my
. Dicapai pada
2024-08-29
Mengenai gaya untuk nama organisasi, lihat, sebagai contoh:
Chicago Manual of Style
, di "11.8 Foreign institutions": "Jika diberikan dalam bahasa asal, nama institusi dan perniagaan asing ... dipaparkan dalam taip rumi dan huruf besar ...".
National Geographic Style Manual
, di "Foreign terms": "1b. institusi dan organisasi ... dalam tulisan rumi".
Government of Canada – Writing Tips
, di "Italics": "Perkataan Perancis dan asing: Jangan condongkan nama organisasi Perancis atau asing".
Manual gaya penulisan
Gambaran keseluruhan
Direktori
Tips
Kandungan
Kebolehcapaian
Biografi
Laman nyahkekaburan
Teks tersembunyi
Kotak info
Pautan
Rujukan sendiri
Perkataan perlu berhati-hati
Pemformatan
Singkatan
Huruf besar
Tarikh dan nombor
Sebutan
Ejaan
Pemformatan teks
Tajuk
Tanda sengkang
Jawi
Imej
Kapsyen
Galeri
Ikon
Imej
Reka letak
Reka letak
Bahagian utama
Tajuk bahagian
Jadual
Bahagian trivia
Senarai
Senarai semat
Senarai
Senarai kerja
Persimpangan jalan
Senarai tersendiri
Undang-undang
Undang-undang
Tanda dagang
Seni
Anime & Manga
Komik
Filem
Lirik dan puisi
Novel
Televisyen
Permainan video
Seni Visual
Menulis tentang fiksyen
Muzik
Muzik
Contoh muzik
Carta rekod
Regional
Canada
China
Perancis
Hawaii
India
Ireland
Jepun
Korea
Malaysia
Filipina
Poland
Singapura
Agama
Islam
Latter Day Saints
Sains
Kimia
Perintah komputer
Pengkomputeran
Matematik
Perubatan
Taksonomi
Sukan
Sukan kiu
Snuker
Berkaitan
Penulisan yang lebih baik
Saiz rencana
Tajuk rencana
Kategori, senarai, dan templat navigasi
Pengkategorian
Memetik sumber
Tajuk imej
Tutorial imej
Bahagian
Nota atas
Nota kaki
Nama khas
Sejarah ketenteraan
Tandatangan
Sublaman
Panduan laman perbincangan
Ruang nama templat
Kebolehfahaman
Laman pengguna
Carian
Kategori
Diambil daripada "
Kategori
Garis panduan gaya Wikipedia
Halaman menggunakan bar sisi dengan parameter child
Wikipedia Manual gaya penulisan (pemformatan)
Kategori tersembunyi:
Laman menggunakan templat Lang-xx
Wikipedia
Manual gaya penulisan/Pemformatan teks
Tambah topik
US