Wikipedia:Penyelia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Pergi ke kandungan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan pintas
WP:ADMIN
Pentadbiran
Papan kenyataan
Polisi
Tanggungjawab
Birokrat
Pemeriksa
Permohonan
Pengundian
Senarai penyelia
Log hak pengguna
Peralatan pentadbiran Wikipedia lazimnya mempunyai persamaan dengan
mop
janitor, seseorang yang diberi kuasa menyelia dan tugas mentadbir di Wikipedia mestilah dianggap sebagai seseorang "yang diberikan mop".
Catatan
:Ini bukan halaman untuk meminta perhatian penyelia.
Sila kunjungi halaman
papan kenyataan penyelia
untuk memohon bantuan penyelia.
Penyelia Wikipedia
Administrator
atau
Pentadbir
ataupun
sysop
) ialah pengguna Wikipedia yang diberi peralatan teknikal bagi melakukan tindakan-tindakan tertentu dalam mengurus pentadbiran
Wikipedia
. Alatan-alatan tersebut membolehkan para penyelia menghapuskan rencana, melindungi laman rencana, dan melakukan sekatan serta menyahsekat pengguna Wikipedia, dan juga menamakan semula laman tanpa batasan. Seorang penyelia harus mematuhi dan mengetahui polisi-polisi Wikipedia kerana mereka adalah anggota yang dianggap boleh dipercayai dalam komuniti ini. Penyelia ialah antara pengguna yang melaksanakan tanggungjawab tambahan secara sukarela, namun penyelia tidak diwajibkan mengguna peralatan tambahan. Penyelia bukanlah penyumbang yang dibayar gaji sebagai pekerja
Yayasan Wikimedia
Ketika Wikipedia mula dibangunkan, kesemua pengguna yang ada berfungsi sebagai penyelia, dan pada awalnya mereka masih berfungsi sedemikian. Setiap pengguna dapat melakukan tugas sebagaimana seorang penyelia, meskipun mereka tidak diberikan hak istimewa tambahan sebagai penyelia. Sejak dari dulu lagi, telah ditegaskan bahawa para penyelia bukanlah sebuah kumpulan tersendiri dalam komuniti. Akan tetapi, mereka adalah sebahagian daripada komuniti yang ada sama seperti pengguna biasa. Namun demikian, mereka memperoleh hak istimewa tambahan yang mungkin agak berbahaya jika diberikan kepada semua pengguna.
Sehingga kini, seramai
13
penyelia di Wikipedia Bahasa Melayu.
Tindakan yang boleh dilakukan penyelia
Penyelia boleh menjalankan perkara-perkara berikut:
Menyekat
akaun pengguna dan alamat IP daripada menyunting
Melindungi halaman
dengan menghadkan jenis penyunting untuk sesuatu halaman
Menghapuskan
halaman dan rencana
Memindahkan halaman kepada apa jua tajuk
Mengabaikan tajuk senarai hitam
Menyunting halaman yang dilindungi sepenuhnya
Menyemak dan mengembalikan halaman yang telah dihapuskan
Menyembunyi dan menghapuskan semakan halaman
Menjalankan lagi beberapa tugas khas seperti yang disenaraikan di
Wikipedia:Tanggungjawab penyelia/Panduan
Mengikut resam, penyelia selalunya bertanggungjawab dalam menilai keputusan sesuatu perbincangan, seperti perbincangan penghapusan, pemindahan, dan semakan, walaupun dalam keadaan biasa ia juga boleh dilakukan oleh penyunting biasa.
Sejarah
Pada awal pembangunan
Wikipedia
, semua pengguna mempunyai kuasa sebagai penyelia untuk melakukan pelbagai fungsi penyelia, dengan menggunakan kata kunci tunggal yang diberikan secara percuma.
Bentuk kuasa penyelia kini adalah kesan daripada pengubahsuaian daripada akses kata kunci kepada
kawalan capaian berasaskan peranan
. Melalui ini, akaun individu boleh ditandakan untuk peranan yang boleh mereka lakukan, seterusnya menentukan fungsi dan alat yang mereka boleh guna.
Semasa perpindahan ini, amat ditekankan agar penyelia tidak membuat kumpulan tersendiri dalam komuniti. Apa yang sepatutnya, penyelia terlibat bersama komuniti seperti penyunting lain yang tiada kuasa atau keistimewaan, apabila bertindak sebagai penyunting. Penyelia juga diharapkan memahami tatacara bagaimana Wikipedia berlangsung. Apapun, hampir segala kemaskini dan penyeliaan aspek Wikipedia boleh dilakukan oleh sesiapapun, tanpa fungsi teknikal khusus yang ada pada penyelia. Ulasan yang selalu
Jimmy Wales
sebutkan pada Februari 2003—merujuk kepada "sysops" adalah:
Saya hanya ingin berkata bahawa menjadi penyelia *bukanlah apa-apa*.
Saya akan bersikap acuh tak acuh dan memilih beberapa orang yang telah lama berada di Wikipedia diangkat menjadi penyelia. Saya mahu membuang persepsi "autoriti" yang berlingkar pada jawatan tersebut. Ia hanyalah berkenaan teknikal yang memberi kuasa kepada penyelia dan bukannya kepada semua orang.
Saya tidak suka di sini ada perasaan megah bahawa mendapat status penyelia adalah satu yang istimewa.
Jimmy Wales,
arkib entri wikimedia.org
Kata mudahnya, penggunaan alat dan pengendalian yang betul memang penting, cuma "menjadi seorang penyelia" tidak sepatutnya menjadikan seseorang itu bongkak dan bermegah dengan kuasa yang ada.
Dengan perkembangan budaya Wikipedia dari semasa ke semasa, dan pertambahan komunitinya pada setiap masa, tugas penyelia juga berubah mengikutnya.
Menjadi penyelia
Di Wikipedia Bahasa Melayu sesiapapun boleh memohon menjadi penyelia. Walau bagaimanapun, pemohon mestilah mempunyai pengetahuan asas tentang
dasar dan garis panduan
di Wikipedia Bahasa Melayu.
Sebelum memohon atau menerima pencalonan, calon hendaklah seorang penyumbang yang aktif dan kerap di WBM sekurang-kurangnya dalam tempoh beberapa bulan, biasa dengan prosedur dan amalan Wikipedia, menghormati dan memahami polisinya, dan mendapat kepercayaan daripada komuniti. (rujuk:
Syarat perlantikan penyelia
Hak penyelia diberikan tanpa had masa dan disingkirkan apabila mendapat permintaan, berlaku campur tangan yang tinggi (salah guna kuasa), atau penyelia tersebut tidak aktif lagi.
Jika anda berminat untuk menjadi penyelia, anda boleh pergi ke
Wikipedia:Penyelia/Permohonan
Jangkaan sebagai penyelia
Berhati-hati dan pernilaian
Pengendalian penyelia
Kebertanggungjawaban
Lihat
Wikipedia:Tanggungjawab penyelia
Keselamatan
Keterlibatan penyelia
Komuniti dapat meminta penyelia untuk melakukan tugas pemeliharaan tertentu yang memerlukan akses yang hanya dimiliki oleh penyelia. Antaranya, adalah memantau artikel-artikel yang diberikan
tag
untuk dihapus, dimajukan, dan memerlukan pendapat sesama komuniti bagi topik-topik tertentu, mengawasi gejala vandalisme, dan memenuhi permintaan tertentu yang memerlukan akses penyelia. Penyelia dianggap sebagai anggota yang mempunyai pengalaman di Wikipedia dan menjawab permintaan bantuan oleh para pengguna yang seringkali berkaitan pertanyaan nasihat dan informasi. Secara amnya, para penyelia harus mengamalkan sikap pandangan berkecuali ketika memberi nasihat dan informasi serta kekal dengan dalam lingkungan persoalan-persoalan tersebut.
Lihat
Wikipedia:Penyelia/Senarai penyelia
Rungutan daripada pengguna (salahguna kuasa penyelia)
Semakan dan pelucutan kuasa penyelia
Lihat
Wikipedia:Penyelia/Senarai penyelia#Bekas penyelia
Emrrans
Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Emrrans sebagai penyelia 21 Julai 2007
Edmundwoods
Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Kes penyalahgunaan akaun ke atas Edmundwoods (Penyelia)
Pengembalian kuasa penyelia
Yk Yk Yk
Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Yk Yk Yk sebagai penyelia 10 Mei 2010
Polar
Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Polar sebagai penyelia 24 Jun 2016
CyberTroopers
Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Perlantikan jawatan penyelia CyberTroopers 1 Jun 2022
Lihat juga
Senarai penyelia automatik
Senarai penyelia harapan
Khas
Khas:Log/delete
- log penghapusan
Khas:Log/protect
- log perlindungan
Khas:Log/patrol
- log rondaan
Khas:Log/block
- log sekatan
m:Stewards
(Inggeris)
m:Developers
(Inggeris)
Panduan kepenyeliaan
Wikipedia:Tanggungjawab penyelia
Wikipedia:Pengguna aktif
Wikipedia:Penyelia
Wikipedia:Penyelia/Permohonan
Wikipedia:Penyelia/Polisi
Wikipedia:Tanggungjawab penyelia/Panduan
Wikipedia:Penyelia bukanlah
Alat penyelian
Senarai alat penyeliaan
yang disediakan oleh Wikimedia Tool Labs(wmftools)
Nota kaki
nostalgia:Wiki Administrators
Pautan luar
Statistik tugas kepenyeliaan tiga bulan terakhir
Statistik tugas kepenyeliaan sepanjang masa
Statistik Wikipedia Bahasa Melayu
Pentadbir di semua versi Wikipedia
Meta-Wiki
Penyelia
Wikipedia Bahasa Melayu
Penyelia
Kini
SNN95
bincang
sumbangan
26 Ramadan
bincang
sumbangan
Polar
bincang
sumbangan
Rachun Dunia
bincang
sumbangan
Tofeiku
bincang
sumbangan
PeaceSeekers
bincang
sumbangan
Wiki Farazi
bincang
sumbangan
Rulwarih
bincang
sumbangan
Bekas
Kowey
Emrrans
PM Poon
Ychmatematik
Abangmanuk
Meursault2004
Alistair
Dekoelie
Aeonimitz
Hayabusa future
Master2841
Edmundwoods
Didie
Niduzzi
Che090572
Aviator
Yk Yk Yk
JerichoNation
Adikhebat
Ranking Update
Aplikasi
Piecemealcranky
MGA73
Ma Hzi Wong
Kamalzack
Algazel
Smim90
Malekhanif
Hezery99
Diagramma Della Verita
Kurniasan
Azuru79
Irfanshaharuddin
Ricky250
Birokrat
Kini
Aurora
bincang
sumbangan
Zamwan
bincang
sumbangan
Ustad abu gosok
bincang
sumbangan
CyberTroopers
bincang
sumbangan
Bekas
Dekoelie
Yosri
Diambil daripada "
Kategori
Penyeliaan Wikipedia
Kategori tersembunyi:
Laman projek Wikipedia yang separuh dilindungi
Wikipedia
Penyelia
Tambah topik