Wikisumber:Apa itu Wikisumber? - Wikisumber, perpustakaan bebas dalam talian
Pergi ke kandungan
Daripada Wikisumber
Berkenaan Wikisumber
Apa itu Wikisumber?
projek saudara
rencana Wikipedia
item Wikidata
Meta
Jalan pintas
WS:WIW
Laman ini menyediakan lakaran umum berkenaan apa itu Wikisumber, serta menerangkan dasar berkaitan dan lain-lain perkara. Laman ini bagus untuk rujukan pada peringkat permulaan tetapi
tidak sepatutnya
digunakan untuk mencari maklumat khusus. Jika ingin mencari akan maklumat selanjutnya, sila lihat
Indeks
Wikisumber
Sebuah Perpustakaan Bebas
– merupakan sebuah projek
Yayasan Wikimedia
yang bertujuan untuk mencipta sebuah pustaka
kandungan bebas
dalam talian yang sentiasa berkembang bilangan naskhah sumbernya, serta
penterjemahan
naskhah sumber dari mana-mana bahasa.
Laman ini cuba untuk mentakrifkan apa yang berkaitan dengan Wikisumber, apa yang bukan, dan apa yang membezakannya daripada projek-projek Wikimedia lain. Penerangan pada laman ini agak
ringkas
, tetapi mengandungi pautan ke laman dasar yang lebih terperinci.
Perbincangan
dasar-dasar tersebut hendaklah dilakukan pada laman perbincangan dasar yang berkaitan.
Sejarah
sunting
Wikisumber
(bahasa Inggeris:
Wikisource
) – pada asalnya dikenali sebagai
Project Sourceberg
merupakan nama projek berinspirasikan
Project Gutenberg
– bermula pada November 2003, berfungsi sebagai koleksi naskhah sokongan untuk rencana di Wikipedia. Projek ini berkembang dengan pesat sehingga mencapai sejumlah 20,000 unit naskhah dalam pelbagai bahasa menjelang 18 Mei 2005.
Pada sekitar Ogos dan September 2005, Wikisumber berpindah ke pelbagai subdomain untuk pelbagai bahasa yang berbeza.
Untuk maklumat lanjut berkenaan sejarah penubuhan dan perkembangan Wikisumber, sila lihat:
Rencana Wikipedia Bahasa Inggeris tentang Wikisumber
(sejarah terperinci, terutamanya berkaitan tahap perkembangan awal projek tersebut)
Perspektif sejarah peribadi mengenai Wikisumber sejak awal penubuhannya
(laman ini mengandungi pelbagai pautan ke pelbagai laman pendokumenan bersejarah)
Rencana Meta berkenaan Wikisumber
(perbincangan bersejarah sebelum pelancarannya)
Apa yang boleh atau tidak boleh dimasukkan di Wikisumber?
sunting
Jalan pintas
WS:IO
Beberapa kandungan yang boleh
dimasukkan
di sini termasuklah:
Naskhah sumber
yang sebelum ini diterbitkan oleh mana-mana pengarang
Terjemahan
naskhah asal
Dokumen bersejarah
yang berkaitan dengan kepentingan nasional atau antarabangsa
Bibliografi
pengarang yang karyanya telah wujud di Wikisumber
Namun sudah tentulah sumbangan di wiki ini tidak terhad kepada senarai ini sahaja.
Beberapa kriteria asas untuk naskhah
dikecualikan
daripada Wikisumber adalah seperti berikut:
Pencabulan hak cipta
Penulisan asal
oleh penyunting di wiki ini
Data, formula dan rajah
matematik
Kod sumber
(untuk komputer)
Data sumber
statistik
(seperti keputusan pengundian)
Apa yang tersenarai di atas adalah kriteria yang paling asas dan jelas untuk kandungan naskhah dikecualikan daripada Wikisumber. Mungkin terdapat juga perkara lain yang dikecualikan bergantung pada dasar dan kelaziman Wikisumber.
Untuk maklumat lanjut, sila lihat:
Apa yang boleh dimasukkan ke dalam Wikisumber
Kandungan Wikisumber Bahasa Melayu
sunting
Wikisumber merupakan sebuah projek berbilang bahasa. Naskhah dan terjemahan naskhah kesemua bahasa dialu-alukan pada subdomain yang sesuai dan secara amnya di laman wiki berbilang bahasa
wikisource.org
Namun, Wikisumber Bahasa Melayu ini
mengutamakan
kandungan:
Naskhah sumber yang sememangnya dalam bahasa Melayu (yang termasuklah naskhah bahasa Melayu Kuno, kesemua naskhah bahasa Melayu Klasik yang bertulisan Jawi, dan semua naskhah bahasa Melayu Moden bertulisan Rumi yang secara jelas isytihar bahasa karyanya ialah "bahasa Melayu").
Segala naskhah linguistik berbahasa asing yang secara khusus membincangkan bahasa Melayu.
Salinan selari asli berbahasa Melayu untuk karya asli yang bahasa asalinya mungkin merupakan bahasa asing. Kedua-dua salinan selari dan karya asli itu bersumber pengarang yang sama.
Terjemahan atau transliterasi inisiatif pengguna Wikisumber sendiri untuk naskhah sumber yang aslinya berbahasa asing (yang mungkin ada salinan naskhah asli pada Wikisumber edisi bahasa asing) ke dalam bahasa Melayu pada ruang nama Terjemahan.
Pemautan dan pengklasifikasian naskhah serta terjemahannya merupakan tugasan penting di Wikisumber Bahasa Melayu ini supaya kandungannya mudah dicapai oleh semua orang.
Untuk maklumat lanjut berkenaan bahasa serta terjemahan, sila lihat:
Wikisumber:Terjemahan
Wikisumber dan projek Wikimedia lain
sunting
Wikisumber ke Wikibuku?
sunting
Perbezaan antara kedua-dua projek ini agak mudah.
Wiki
sumber
memberi tumpuan kepada bahan yang telah diterbitkan di tempat lain.
Wikisumber
boleh dianggap sebagai sebuah perpustakaan karya yang sama ada dalam domain awam atau dilesenkan secara bebas.
Wiki
buku
pula merupakan
bahan pengajaran
yang ditulis
oleh penyumbang itu sendiri
(contohnya: panduan pembelajaran, buku teks kelas, dan teks beranotasi untuk kegunaan kelas).
Sejauh mana
anotasi
naskhah sumber merupakan sesuatu yang samar, dengan terdapat pertindanan yang dibenarkan antara Wikisumber dan Wikibuku. Untuk garis panduan berkenaan hal ini, sila lihat laman maklumat berkenaan topik tersebut pada kedua-dua projek:
Wikisumber:Anotasi
Wikibuku:Teks beranotasi
Wikisumber ke Wikipedia?
sunting
Wikipedia ialah sebuah
ensiklopedia
, manakala Wikisumber merupakan sebuah
perpustakaan
. Wikipedia mengandungi rencana berkenaan sesebuah buku, manakala Wikisumber mengandungi kandungan buku itu sendiri. Sehingga ke tahap tertentu kedua-duanya mungkin termasuk bahan bibliografi yang berkenaan pengarang.
Melindungi laman
sunting
Laman-laman wiki pada kebanyakan projek Wikimedia direka khas untuk berubah-ubah selama-lamanya. Contoh yang paling biasa ialah rencana-rencana di Wikipedia atau panduan-panduan pembelajaran di Wikibuku.
Namun berlainan dengan projek-projek Wikimedia lain, Wikisumber merupakan sebuah perpustakaan naskhah yang sudah diterbit dengan kandungan yang tidak berubah. Dalam kebanyakan kes, naskhah yang ada di Wikisumber ini tidak dimaksudkan untuk diubah atau dikembangkan, dan sebarang perubahan terhadap kandungannya akan merosakkan keutuhan kandungan naskhah asal! Makanya, Wikisumber telah menerapkan dasar untuk mengekalkan kualiti naskhah dan "melindungi" laman tersebut daripada sebarang suntingan lanjutan apabila laman naskhah tersebut dianggap telah diformat dengan betul dan bebas daripada ralat. Sebarang komen tentang perubahan mahupun pembetulan kandungan yang diperlukan sentiasa boleh dilakukan pada laman perbincangan naskhah tersebut, dan jika perlu laman naskhah yang telah dibincangkan itu boleh dinyahlindungkan.
Dari aspek ini, Wikisumber adalah seakan dengan Wikiberita yang "melindungi" laman-laman berita dalam arkib berita untuk keutuhan kandungan bersejarah.
Untuk maklumat lanjut, sila lihat:
Wikisumber:Dasar perlindungan laman
Pandangan berkecuali
sunting
Jalan pintas
WS:NPOV
WS:POV
WS:Neutral
WS:Neutrality
Lihat juga:
meta:Neutral point of view
Pandangan berkecuali
merupakan sebuah dasar utama yang diikuti oleh kebanyakan tetapi bukan semua projek Wikimedia. Pandangan berkecuali di Wikisumber bermaksud penghasilan semula kandungan naskhah asal dengan setepat mungkin pada masa yang sama naskhah asal diberi penghargaan, tanpa penyunting meletakkan penekanan mereka pada sesetengah bahagian naskhah atau menghasil semula sesetengah bahagian naskhah tersebut
Tidak ada keperluan untuk naskhah asal untuk mempunyai pandangan berkecuali, malah hakikatnya kesemua naskhah asli yang ada di sini mempunyai pandangan berat sebelah dalam pelbagai bentuk penulisan secara tersurat mahupun secara tersirat. Dalam hal ini, penyunting seharusnya mengekalkan kandungan asal naskhah tersebut walaupun naskhah itu mengandungi kenyataan yang salah atau meragukan. Sebarang bentuk pembetulan kenyataan yang sudah sedia ada terkandung dalam naskhah tersebut oleh mana-mana penyunting sebenarnya sudah bertentangan dengan takrifan "pandangan berkecuali" Wikisumber.
Namun, sebarang bahan pengenalan atau keterangan terhadap naskhah karya (contoh di bahagian "Catatan" sewaktu menyunting ruang nama "Indeks:") perlulah sentiasa ditulis dengan pandangan berkecuali oleh para penyunting di sini.
Hak cipta
sunting
Undang-undang hak cipta terpakai pada Wikisumber sebagaimana pada projek Wikimedia lain, maka hal ini
mesti
sentiasa diingati.
Untuk mengetahui tentang dasar hak cipta di Wikisumber secara lanjut, sila lihat:
Wikisumber:Dasar hak cipta
Wikisumber:Perbincangan hak cipta
(ruang untuk menyenaraikan pelanggaran hak cipta yang dicurigai)
Lihat juga
sunting
Wikisumber:Berkenaan Wikisumber
– maklumat ringkas dan pautan yang paling berkaitan
Diambil daripada "
Kategori
Wikisumber
Wikisumber
Apa itu Wikisumber?
Tambah topik
US